Saturday 30 January 2010

Pencerahan Minda dan Politik UNITEN.

oleh : Panerai

Salam sejahtera sahabat semua. Pencerahan atau Enlightenment adalah perkara yang menyegarkan. Ia akan menyedarkan semua deria kita mengenai kehidupan semasa dan sekeliling kita.

1) Saya amat tertarik dengan artikel-artikel terkini di UnitenKini mengenai perjalanan pilihanraya kampus di IPTA-IPTA. Bagaimana kecamuk, ghairah dan berahi siswa/i di sana mengangkat kumpulan atau ideologi mereka. Mereka sungguh bersemangat untuk mewujudkan kabinet mereka di dalam MPP.

2) Saya kadang-kadang terfikirkan perlukan UNITEN mempunyai sistem tersebut? Saudara Syafeeq Hashim di dalam forum anjuran RTM ada menyatakan "Ia adalah replika politik negara". Bersediakah siswa/i UNITEN menerima replika yang beliau maksudkan?

3) Bagi saya sebelum replika tersebut di laksanakan di UNITEN. Perlulah siswa/i UNITEN mempunyai pencerahan yangs saya maksudkan di atas. Pencerahan atau kebangkitan diri mereka dari menjalankan kehidupan 'robot' yang selama ini mereka selesa dan agungkan. Sistem selamat yang menjamin mereka memperoleh pointer yang tinggi tanpa ada apa-apa pengalaman dan keseronokan di Universiti.

4) Jika tidak, adaptasi replika ini hanya akan melahirkan kelompok taksub dan asabiyah. Malah akan memecahbelahkan satu kesatuan yang perlu utk kesinambungan kecemerlangan UNITEN. Adaptasi tanpa persediaan akan juga membentuk generasi yang tidak akan membesar dan matang, mudah di perkotak-katikkan oleh golongan politik rakus dan kejam di luar sana.

5) Oleh yang demikian, haruslah kita bersedia. Biar lambat asal selamat. Marilah kita semaikan dahulu ko msep asas demokrasi. marilah kita tetapkan diri siswa/i kita mengenai hak-hak siswa di UNITEN. Marilah kita lengkapkan diri siswa/i kita dengan ilmu asas perjuangan. Politik matang dan tanggungjawab.

6) Maka haruslah ada satu platform untuk mencapai misi diatas...Parlimen Mahasiswa di UNITEN. Mari kita cuba dahulu. Einstein ada menyebut, "Apa bila seseorang itu takut akan kesilapan, maka dia adalah seorang yang tidak ingin pembaharuan"

7) Marilah sahabat-sahabat..cuba lar dahulu, cuba lar tanpa ada prejudis, cuba lar dengan niat yang baik

5 comments:

Anonymous said...

Perlaksanaan sistem parlimen di uniten agak ganjal untuk dilakukan kerana telah jelas sekali di kalangan mahasiswa bahawa komitmen selain daripada peperiksaan adalah bersifat bebanan dan bukannya peluang untuk menerokai pengalaman baru . Jelas sekali peranan mahasiswa amat penting kerana sistem parlimen memerlukan dokongan ideologi dan kelantangan mempertahankannya sebagai kunci kepada berdirinya parlimen bersama sama sistem dua parti itu sendiri. Tambah merumitkan kerana uniten barisan kepimpinan uniten sendiri buat masa kini tidak tergolong dari kalangan dua parti.

Anonymous said...

walaupun kita mendapat pendedahan mengenai keadaan politik kampus di IPTA lain, tidak bermakna kita wajib ikut bulat-bulat apa yang mereka buat...kita boleh ambil sebagai contoh sahaja...politik UNITEN, biar pelajar UNITEN yang mencorakkan sendiri...

Mengenai idea pembentukan 'Parlimen Mahasiswa', saya amat bersetuju kerana selama ini pelajar UNITEN berasa selesa...malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan kelab-kelab & persatuan-persatuan di UNITEN bersifat PENTINGKAN DIRI...kerana tidak menyokong kuat ke arah pembentukan sistem MPP yang ampuh serta mampu menjadi pelindung pelajar UNITEN...Tidak dapat tidak, semua persatuan kena libatkan diri dalam menyumbang kepada pembentukan politik kampus melalui 'Parlimen Mahasiswa'!

Anonymous said...

Bagaimana kita ingin mengumpan kelab/persatuan yang PENTINGKAN DIRI ini untuk bersama-sama di dalam usaha membentuk parlimen mahasiswa?

Saya ingin menarik perhatian semua pembaca UnitenKini ini. Mari kita usaha lebih kuat untuk menarik perhatian "ahli-ahli" mereka melalui tahap perdebatan yang tinggi.

Rasanya kelompok pimpinan yang PENTINGKAN DIRI ini terpaksa akhirnya mengikut kehendak "ahli-ahli" mereka.

Jika tidak? nampak sangat mereka bukan pimpinan berdasarkan mandat tetapi berdasarkan nafsu populis pimpinan.

Jom kawan2...dengan meningkatkan tahap perdebatan dan penulisan-penulisan kreatif, boleh menyedarkan kelompok2 ini.

"Mata Pena Lebih Tajam dan Berbahaya dari Mata Pedang"

Anonymous said...

kpd pencadang, jgn asyik nak melontarkan pendapat anda mengenai isu parlimen uniten melalui medium ini, biar parlimen uniten menjadi realiti dan bawa benda ni terus kpd TNC ke, NC ke. Bincang dgn mereka mengenai cadangan penubuhan parlimen uniten anda terus. Setakat nak heboh kat sini sampai bila2 pun hasrat anda tidak akan tercapai. Sekian

Anonymous said...

Sembang Siswa saya boleh kira sebagai berjaya, tahap kehadiran mencecah lebih 100 orang.

tahniah PRS.

Panelis juga berjaya menghidupka suasana, terutamanya Saudara Fairuz Ghani. Nyata aura seorang pemimpim masih sebati di dalam dirinya. Kehadirannya menghasilkan satu perasaan kagum dan bangga dengan produk uniten ini.

Persoalan Parlimen Mahasiswa juga diutarakan, Panelis bersetuju dengan idea tersebut. Maka saya ingin menyeru mana2 kelab/persatuan atau PRS untuk mengadakan sekali lagi Sembang Siswa atau Forum untuk mengupas lebih lanjut mengenai Isu ini.

Parlimen Mahasiswa Mengikut Acuan Politik Kampus UNITEN.

panerai

 
^ Scroll to Top