Thursday, 14 January 2010

""COE PARKING CAMPAIGN""

Assalammualaikum w.b.t

Kalo korang prasan dlm inbox korang, korang ade dpt email from Dr Azree pasal final year project sorang student ni regarding on COE parking campaign.. yang mana, dlm projek tersebut, dia adakan kempen, LETS PARKING @ BV PARKING LOT..

Apa PENDAPAT korang pasal nih..??
Excellent?? Ridiculous?? OK? Bagus?? X LOGIK??

Dr pandangan ak,,
1) bleh thn la idea tuh.. utk sesape yg mmg kelas die kat COE je dr awal pg smpai petang boleh la..
2) ntah pappa... sbbnya.. benda nih pernah dijalankan skali dlu.. mse guard buat kawalan ketat kat COE parking awal sem lepas...
3) n then.. cne kalo korang ade kelas kat COIT n COE.. n kelas korang xde gap...
nak ke korang rushing dr COIT.. parking kat BV.. jln kaki g BM masuk kelas?
da la rushing, penat... masuk kelas blajar lg.. bleh concentrate ke..??
4) ape mslh nak buat parking br??

bg la pendapat korang ek..
tp.. overall ak rasa benda nih ridiculous.. :p

-Siti Nursyafiqah Derani-

11 comments:

Anonymous said...

aqu rasa Uniten kena buat parking mcm UIA gombak, time jam, jalan yang 2 lane, jadik 1 lane...mmg khaskan 1 lane tu jadi parking kete...hu2

Amzar said...

no komen...uniten tak cukup duit nak buat parking baru...hahaha...ada student dah buat rekomen untuk uniten tak payah kuar duit pun tidak dilayan...rasanya uniten suh pakai public transport yang free ....tapi lembab.....kesimpulannya..parking dua tingkat memang uniten tak nak buat...imej la kot ....

KHATEEB said...

Kalau parking kat BA okay jer..
Yang masalah, kat COE..dari pagi sampai ke petang...
Cadangan: Mungkin MPP @ mana-mana pihak yang bertanggungjawab boleh buat appeal utk pindahkan separuh kelas di COE ke BA, bertujuan untuk kurangkan kesesakan di COE...pape pun kena kaji jumlah kelas yg ada di BA dulu...

puterakuda said...

salam alaik...semoga semua dirahmati Allah dalam menjalani kehidupan sebagai khalifahnya..

ade dengar2, klu korang perasan, kat parking belakang tu ade tempat orang angkut tanah merah, betul x? so, dr khabr yg ana dapat, i.Allah kawasan parking kat coe akan diperluaskan..

kite xbleh la nk salahkan mpp sekarng ni..isu ni kan dh lame, ntah dr sesi mpp mane kan...

so, jangan salahkan sesiapa, semua terletak ditangan kita..^_^

maap salah n siap..salam alaik

syafiqahderani said...

haha.. yup2.. cme ak mcm rasa mslh parking nih mcm lawak. berkurun2 x selesai .. then.. kalo korg search kat youtube "terhangat di UNITEN" ade x-student kowt yg buat lagu pasal masalah parking.. huhu :P..

thanx2. tp bab parking kat BV still mcm x best jerk

Amzar said...

hahah...yang video tuh budak2 batch abang aku buat...siot jerk....ok fullstop..

yup...betul puterakuda....memang ada parking kat belakang tuh...memang syukur la selama ni mintak parking dah bagi...tak tengok lak besar mana dia buat parking tuh...

harap2 tempat parking baru leh selesaikan masalah parking
< think positive >

puterakuda said...

i.Allah a.amzar..hope boleh menyelesaikan masalah ini walaupun x 100%...tp ade tindakan..

http://pepiasbangi.blogspot.com/

ade bnde menarik kat blog ni...bc la..bukan UNITEN aje yg ada 'masalah' student xsuke ngan ape uniten buat...pastu kite renungkan bersama..^_^..

zulhafiy said...

salam,
pada aku, xde masalahnye kalau nk jalan siket dari bv ke bm, kalau nk parking kat coe pon makan masa gak, nk cari parking, pusing2 last2 parking haram. satu lagi, budak foundi yg bawa kete tu, paham2la parking kat coe tu tuk student first year dan keatas. rules mmg da dibuat untuk memudahkan, bukan untuk menyusahkan. kempen ni bagus juga sebnarnya. sekurang2nya, ada usaha..

Syafeeq Hashim said...

Salam semua warga uniten,

Untuk pengetahuan semua, setelah begitu byk mesyuarat mpp bersama, dekan coe, timbalan dekan coe, dan acting tnc ketika itu, pihak mpp telah akhirnya mendapat parking tambahan pada Julai 2009 lepas. Parking baru yang boleh menempatkan 100 biji kereta ini sepatutnya dan dijanjikan dibuat pada bulan september atau oktober 2009. Tanah merah yang anda lihat skrang adalah hasil tanah yang dikorek hasil projek IOI.Tetapi kerusi mpp telah bertukar tangan pada Ogos 2009. Namun setelah berkali-kali diigtkan kepada pihak barisan mpp baru, tiada tindakan yang dapat dilihat. Saya rasa kecewa kerana parking coe yang baru ini sepatutnya menjadi satu hadiah yang besar kepada pelajar uniten daripada mpp.. Saya cadangkan mpp mengumpulkan aduan2 besar pelajar dan membuat petisyen(minta tandatangan pelajar) untuk dibawa ke pihak pengurusan. Mengenai parking di BV, saya sokong tindakan coe kerana ia dapat mengurangkan kesesakan di coe. Pelajar disarankan menerima dan menggunakan kemudahan yang diberi dan tidak menolak kemudahan ini. Jika disebut tentang kemahuan"nak atau tak parking kat bv", itu adalah pilihan individu, tetapi harus diingatkan bahawa parking di bv juga adalah satu bentuk kemudahan. Terima kasih kerana masih mempunyai kepercayaan terhadap mpp.

Sekian terima kasih
Mohammad Syafeeq Bin Hashim

Anonymous said...

Salam,

perlu diigt, parking adalah satu PRIVILEGE, dan ianya bukan hak mutlak kepada pelajar.

tapi ada yg 2-3 kerat ni anggap, mereka perlu diberi hak utk parking kereta. Kalau boleh lagi dekat. Kalau boleh nak parking depan pintu.

itu yg jadi masalahnya.

Parking di BV yg cuma ambil masa kurang 5 minit nak ke COE pun tak boleh nak terima??...

kalau nak diikutkan, parking ni banyak.... boleh je parking mana2. kat upten, masjid...BA, BV, COE, BW...BH, BJ....kat cendi, ilmu, amanah...

ini parking coe tu penuh kiri kanan. Dah lah menyusahkan orang.. membahayakan org....

yg 2-3 kerat ni...hidup semua nak senang..

Anonymous said...

memang la, hidup memang semua nak senang...spe nak susah...

bila ditnyakan tentang keselamatan dalam kampus yang kureng.."Oh disebabkan uniten adalah ipts, maka pelajar adalah pelanggan kami...kami tak nak ketatkan sangat keselamatan sebab kami mengutamakn pelanggan...xnak pelanggan merungut lari"

Tapi bila mempersoalkan hak student sebagai pelanggan untuk mendapat 'kesenangan' sebab masuk ipts..jawapan yang diberi terus berbeza.."Parking di BV yg cuma ambil masa kurang 5 minit nak ke COE pun tak boleh nak terima??... " apadaaaa...

 
^ Scroll to Top