Monday 11 January 2010

Parlimen Mahasiswa Uniten??

Asalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

YB. Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju secara dasarnya mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM). Ini berdasarkan laporan akhbar berbahasa Ingggeris semalam yang menyebut usaha ini sebagai memenuhi gagasan 1Malaysia dimana Mahasiswa Didahulukan.

Beliau berpendapat usaha ini akan mewujudkan sebuah pelantar untuk semua pelajar menyuarakan hasrat kapada pihak pengurusan universiti dan Kerajaan.

Rakan-rakan boleh mengetahui lebih lanjut perkara ini di link url seperti berikut

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/4/nation/5406278&sec=nation

Apa yang saya ingin kupaskan disini, Adakah Idea Ini Sesuai Dilaksanakan di UNITEN? Jujur saya katakan...YA dan ianya sesuai dilaksanakan di UNITEN Pusaka Tersayang ini.

Ini berdasarkan pemerhatian saya selama saya menuntut ilmu dan pengalaman disana. Pada awal pembabitan saya di dunia aktiviti pelajar UNITEN, saya amat mempercayai sistem republik yang kuat dimana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sepatutnya mempunyai kuasa eksekutif yang kuat. Ini bertujuan memberikan ruang dan peranan yang kukuh kepada pimpinan MPP terutamanya Presiden MPP untuk merencana dan melaksanakan janji-janji mereka kepada pelajar-pelajar.

Seiring dengan waktu, saya merasakan kuasa eksekutif yang kuat umpama Presiden Amerika Syarikat ini menampakkan ketirisan dan kelemahan. Ini bukan disebabkan kelemahan sistem, akan tetapi individu yang diberi mandat untuk memakmurkan kerusi pimpinan itu. Di negara-negara maju dan sistem strong precidency ini kukuh dan membuahkan hasil, prinsip pengasingan kuasa dan people centric ini menjadikan negara itu kuasa besar dan kuasa ekonomi dunia.

Perlu saya nyatakan disini, tidak semua pimpinan-pimpinan MPP sebelum ini merosakkan sistem ini, ada sesetengahnya memaksimumkan peluang yang diberikan oleh sistem ini dan mencipta kejayaan demi kejayaan didalam perjuangan memartabatkan MPP dan pelajar-pelajar UNITEN seperti Saudara Fairuz Ghani dan Saudara Syafeeq Hashim. Akan tetapi sebahagian besar pimpinan termasuklah pemimpin diperingkat kelompok dan kelab/persatuan kurang menyedari manfaat sistem ini dan mereka lebih senang memandu organisasi mereka seperti sebuah organisasi kecil dan bermotifkan politik populis tanpa memandang jauh kehadapan.

Di samping itu, keadaan ini juga melahirkan pemimpin yang sukar ditegur, kurang peramah dengan rakyat, ’poyo’ dan menganggukkan kepala kepada kuasa atau individu yang bagi mereka berkuasa. Mereka ini tidak lagi mengembalikan diri mereka ke akar umbi, lantas lupa janji dan manifesto yang jeritnya padu sewaktu kempen-kempen pilihanraya.

Alhamdulillah, berita yang secara tidak sengaja disedari semalam mengenai usaha mahasiswa USM di sesi teh tarik bersama YB Menteri KPT mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa sangat bertepatan dengan situasi dunia aktivit pelajar UNITEN. Sistem ini memberikan kembali check and balance kepada organisasi MPP. Ia memberikan alternatif kepada siswa-siswi UNITEN bagi memperbaiki hak pelajar yang jika dibiarkan akan terhakis.

Kewujudan Parlimen yang dianggotai oleh bukan sahaja MPP malah Jawatankuasa Kelompok dan wakil Kelab/Persatuan akan memberikan perencah yang meransang jiwa muda pemimpin kita, ia juga bakal memberikan peluang memperhalusi sesuatu perkara itu dengan teliti untuk kebaikan semua siswa-siswi UNITEN.

Jangan samakan organisasi ini seperi Majlis Presiden Kelab dan Persatuan (MPKP). Majlis ini kurang fungsinya untuk mengetengahkan isu-isu asas pelajar-pelajar. Ianya hanya platfom penyelarasan aktiviti diantara penganjur-penganjur program di UNITEN. Majlis ini kecil skopnya, terbatas otoritinya. Malah ianya dibawah Exco kelab dan Persatuan sebelum ini. Kecil sekali peranannya. Ditambah dengan kurangnya kefahaman ahli-ahli Majlis memanfaatkan kepentingannya menjadikan ia hanya perkara wajib sekadar melepaskan batuk di tangga.

Berbalik kepada penubuhan Parlimen Mahasiswa di UNITEN (InsyaAllah), Ia dapat memberikan asas kukuh untuk siswa-siswi UNITEN melengkapkan diri bagi menyertai kabinet MPP di masa depan. Ia dapat memberikan latihan dan peluang kepada semua untuk memahami keperluan dan kehendak siswa-siswi semasa. Melatih pewaris-pewaris kepimpinan negara kelak, berbahas, membuat penyelidikan, memberikan penerangan, merangka dan memantau polisi. Nah, begitu banyak manfaatnya bukan sahaja kepada siswa-siswi UNITEN malah individu yang menduduki kerusi Parlimen Mahasiswa ini.

Majlis Perwakilan Pelajar juga akan mengalami penambahbaikkan dan penjenamaan yang selama ini mereka dambakan. Saya sedang membayangkan Presiden MPP akan bersoal-jawab dengan semua ahli-ahli Parlimen ini. Sesi wajib seperti yang digunakan di House Of Commons di England atau ’Prime Minister Questions’ akan memberikan ruang siswa-siswi UNITEN mengajukan apa jenis soalan berkaitan kehidupan mereka di UNITEN. MPP juga akan bersedia dengan jawapan-jawapan berkualiti dan bernas. Mereka terpaksa bersedia, membuat penyelidikan, melaksanakan polisi mereka. Bertungkus lulus menjelmakan polisi atau keputusan malah membuat laporan lengkap untuk pihak-pihak berkepentingan di universiti. Suasana yang kondusif dan mesra pelajar akan merealisasikan MPP hamba siswa-siswi.


Apapun, pelaksanaan sistem ini akan melahirkan individu yang berintegriti dan berwawasan. Berkeupayaan menangani kepayahan dan situasi mencabar dan menghasilkan jiwa yang tegas dan berilmu. Ia juga seiring dengan moto UNITEN iaitu Menjana Professional. Pewaris-pewaris ini bukan sahaja berjaya melengkapkan diri mereka dengan ijazah-ijazah mereka, malah menjadi insan yang terbilang dan segala aspek kehidupan seorang professional yang ulung.

Akhir artikel inii, saya ingin menyeru semua, baik siswa-siswi, pemimpin mahupun pihak pengurusan UNITEN terutamanya Timbalan Naib Canselor (HEPAP) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar untuk menilai cadangan ini. Buatlah satu kajian menyeluruh mengenai cadangan ini, dapatkan pandangan professional dari pakar pendidikan, pensyarah-pensyarah malah siswa-siswi UNITEN sendiri untuk mengetahui kesan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang untuk UNITEN, baik siswa dan universiti. Tanyalah pendapat dan kongsikan pandangan. InsyaAllah, jika niat kita semua baik, maka baiklah hasil yang kita usahakan.

Oleh : Panerai

3 comments:

clorets said...

Saya rasa, semua idea daripada blog ini patut dikompilekan dan dijadikan satu memorandum pelajar kepada pihak yang boleh mengubah sistem : TNChep, NC, or even MPP. Atau boleh dihantar melalui persatuan kpd pihak berkuasa : PRS, wawasan, kelab-kelab lain yang berpengaruh...

Suatu kuasa blog mengambil masa lama untuk sampai ke pihak yang berkuasa kalau tiada tndakan susulan, lama-lama penulis akan berasa bosan sebab penulisan semacam 'tidak dihiraukan'.

Anonymous said...

kalo nak sesuatu usul atau cadangan diambil kira, kena harap pihak pengurusan dengar dan pandang kita.

skang nie, depa dok pekak jer...apa lagi MPP..time nie lar nak wat referendum.

wat ad-hoc program, forum ke, discussion ker mengenai usul parlimen nie...bley tambah bilangan program.

open kat dewan coit...

raise the debate bout this to all student

panerai

Anonymous said...

Ramai orang tak faham penulisan ni..minta tulis dalam bentuk points, baru bbdak uniten cepat tangkap apa yang yang diperkatakan.

 
^ Scroll to Top