Monday, 18 January 2010

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

Pemandangan di Tasik Uniten

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Malangnya, setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25, gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universiti tersebut.

Katanya, kemalangan membabitkan mahasiswa tahun dua dari Fakulti Teknologi Maklumat itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 pagi.

'Mengikut laporan, mahasiswa berusia 20 tahun yang memandu kereta Perodua Viva bersama seorang mahasiswi itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya semasa mahu keluar dari kawasan kampus.

'Keretanya terbabas lalu melanggar pagar besi di situ lalu mengenai seorang polis bantuan,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke HKL selepas itu.

Selepas dua hari bertarung nyawa, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini.

Che Hussin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mahasiswa terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kecuaian menyebabkan kematian.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm

Komen:

1. Allah berfirman,"...Jangan kamu menghampiri zina....". Maksudnya di sini, Alllah bukan setakat mengharamkan zina, bahkan perbuatan seperti 'dating',berdua-duaan serta apa juga perbuatan yang boleh menimbulkan nafsu melakukan maksiat mesti dijauhi.

2. Masalah ini sebenarnya dah lama berleluasa di UNITEN, bukan setakat di tasik, malah di ILMU, AMANAH, CENDI dan lain-lain tempat. Memang ada hikmat kenapa kejadian minggu lepas menyebabkan kematian seorang guard. Mungkin Allah nak sedarkan kita warga UNITEN akan gejala buruk yang berlaku di kawasan kita. Apa-apa pun kita mesti berbaik sangka dengan segala takdir Allah.

3.Masalah ini bukan berada di bawah kuasa Keselamatan Uniten, Masjid mahupun mana-mana individu sahaja. Tetapi ia adalah tanggungjawab bersama muslim dan warga Uniten yang lain untuk menegur kawan-kawan kita yang lain supaya menjauhi perbuatan yang Allah tidak suka.

14 comments:

Sesumpah said...

haihhh. bodoo due ekor tuh. Arwah da la nk bertunang da ;0 (dengar kate la)

syafiqahderani said...

Salam.. same2 kita suma amik iktibar k... :p
jgn bermusuh2 jgn bergaduh.. kita doakan roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. selebihnya bkn tugas kita dah..

Anonymous said...

kenaPA PENULIS letak gambar tasik? ataupun sekadar hiasan?

Keng said...

dh kate berkhalwat..dok mane lg dpn tasik la tgh2 mlm bute yg sejuk tkde org kaco katekan...terkejut lari langgor pagar bajet bukak lagi...end

Anonymous said...

kat swimming pool la keng. tatau cite jgn bajet kite tau ok.

Anonymous said...

i dengar dari resident citenyer laen.. couples tu naked n one above another in a locked car depan swimming pool masa guard on duty conveyed torch light n knocked d car window.. bukannyer dkat tasik pun.. pas tu dua ekor tu dah panic,terus start engine n pecut..guard on duty called postguard to close d gate,masa tu ler abang miang kiter terlanggar gate yg baru guard tgah tutup stengah.. buat malu plajar uniten jer..

Anonymous said...

Ni citer aku dgr dari guard sendri..yg ade malam tu.. couples tu MMG naked n one above another in a locked car depan swimming pool masa guard on duty conveyed torch light n knocked d car window..pas tu dua ekor tu dah panic,terus start engine n pecut..guard on duty called postguard to close d gate,Masa sampai kat gate depan, die xnak brenti n rempuh je gate, thats why guard yang kat blakang gate tu parah..End

Anonymous said...

Btw, one above another = Girl on top

KHATEEB said...

Gambar Tasik hanyalah hiasan semata-mata. Tempat kejadian tidak dapat dipastikan kerana ada pelbagai versi cerita. Ada yang mengatakan ianya berlaku di parking stadium,ada yang kata di parkir COIT dan lain-lain tempat. Mungkin saya memerlukan bantuan dari sesiapa yang boleh mengesahkan maklumat sebenar.
-KHATEEB-

member sesumpah said...

1.hotel bape la sgt
seat blakang sempit kot

2.da kantoi tu kantoi jela
cuak lak

3.brani buat brani tanggung

p/s; ank dato mantap lah.
hahaha

Anonymous said...

buat malu uniten jek...org msuk uniten coz iktiraf dunia...tp ble da msuk paper cte psal mcm ni...sape je nk msuk uniten lg?? khalwt then bunuh....mak bpk pn tkot nk antar bdk msuk uniten nie...bkn kt bangi je...uniten muazam shah pn xde org nk msuk..effect nye kekal sbg bile2...arap2 budak2 baru jgn ikot insiden ni...ambil la sbg iktibar...msuk uniten utk study..bia prot mak sjuk lahirkan korg kt dunia nie...

Anonymous said...

kasi tepek gambar jalang dan jantan terhebat ini~ huahaha x pon email aku faridkun@gmail.com

Anonymous said...

mmg dah berleluasa sbb tak mengamalkan ajaran islam sebenar (baca, faham, amal) Quran & Hadis Rasulullah.
Sistem pun dah rosak sbb korang pilih pemimpin korup cam UMNO.
Last time masa aku rush dgn bini aku kat depan kolej Murni the next day tayar keta aku pancit..celaka punya budak, dah la buat projek dlm keta! Buat malu Melayu jek, patut la tak maju!

Abe@Sydney

COE0106 said...

haha, another shallow minded comment. it's so freaking easy to lay it all on UMNO these days I guess, even when it's not even relevant.

so tayar kereta kau pancit, itu sebab UMNO ke sebab tak amalkan Quran & Hadith?

You, are a joke my friend.

 
^ Scroll to Top