Wednesday 20 January 2010

Cadangan Pembentukan Parlimen Mahasiswa UNITEN.

Objektif Parlimen Mahasiswa UNITEN.

Memantapkan sistem penyampaian aduan mengenai pembelajaran dan kehidupan kampus siwa-siswi UNITEN.

Mewujudkan ruang bagi siswa-siswi UNITEN untuk menyuarakan pandangan,cadangan,kritikan dan keluhan ke pengetahuan MPP dan pihak Pengurusan Universiti.

Membentuk sebuah sistem pemantauan dan pengimbang (check and balance) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan MPP didalam memperjuangkan hak-hak siswa.

Melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan untuk Universiti dan Negara di masa hadapan.

Menyemai semangat demokrasi dikalangan siswa-siswi UNITEN.

Syarat asas.

Pelajar semasa Universiti yang berdaftar sepenuh masa.

CGPA sekurang-kurangnya 2.30.

Tidak pernah didakwa atau disabitkan apa-apa kesalahan dalam atau di luar UNITEN.

Pecahan keanggotaan Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya

Keanggotaan secara otomatik :

Majlis Perwakilan Pelajar - 12 orang

Wakil Pelajar Kelompok Penginapan - 8 orang

Wakil Persatuan / Kelab - 8 orang

Wakil Persatuan Sukan - 2 orang

Wakil Persatuan Akademik - 2 orang

Jumlah = 32 orang

Keanggotaan secara undi

Yang Di Pertua / Speaker - 1 orang

Jumlah Peruntukan Keanggotaan Parlimen Mahasiswa UNITEN = 33 orang


Jumlah 33 kerusi adalah berdasarkan nisbah wakil dan jumlah pelajar UNITEN Kampus Putrajaya dimana seorang wakil akan bertanggungjawab kepaa 150 orang pelajar.

Wakil bagi ii,iii,iv, dan v dipilih berdasarkan Mesyuarat/Perhimpunan diantara kelompok masing-masing. Mereka dilantik bagi mewakili kumpulan-kumpulan yang berkenaan.

Speaker dipilih melalui undi ahli-ahli otomatik pada Persidangan Sesi Pertama Parlimen Mahasiswa.

Presiden MPP akan bertindak sebagai Pengerusi Sementara sehingga Parlimen Mahasiswa membuat pemilihan Speaker.

Tempoh Masa Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya.

Penggal Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya adalah selama 1 tahun.

Tempoh yang dicadangkan bermula dari tarikh keputusan pilihanraya sehingga notis pembubaran MPP.

Parlimen Mahasiswa UNITEN secara otomatik akan dibubarkan serentak dengan notis pembubaran MPP.

Jumlah Persidangan

Parlimen Mahasiswa akan bersidang sebanyak 4 kali setahun.

Tempoh masa persidangan minima adalah sehari atau 8 Jam.

Walaubagaimanapun, Speaker boleh mengeluarkan notis persidangan khas jika mendapat permohonan mana-mana ahli parlimen dan disokong oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada keseluruhan ahli parlimen.

Perbezaan diantara MPP dan Parlimen Mahasiswa UNITEN

Parlimen Mahasiswa UNITEN adalah organ perundingan dan penetapan keputusan-keputusan yang berkait rapat dan kualiti dan kehidupan siswa-siswi UNITEN.

MPP adalah organ pelaksana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Parlimen Mahasiswa UNITEN

Jika MPP hendak melaksanakan dasar baru atau perubahan, MPP hendaklah mencadangkan perkara tersebut ke pengetahuan Parlimen Mahasiswa UNITEN untuk kelulusan.

Jika usul atau cadangan telah diluluskan oleh Parlimen Mahasiswa UNITEN, MPP berkuasa penuh untuk melaksanakan usul tersebut tanpa gangguan atau campur tangan Parlimen Mahasiswa UNITEN. Sebarang bantahan atau campur tangan hendaklah mempunyai kelulusan Parlimen Mahasiswa. Speaker boleh memanggil sidang khas mengikut budi bicara dan pertimbangan beliau sekiranya ada permohonan.

MPP mempunyai kuasa eksekutif. Ini bermakna MPP boleh menggunakan kuasa untuk membuat perlantikan AJK, Ketua Pengarah Program, Ketua Projek. MPP boleh menggunakan peruntukan kewangan yang mereka ada tanpa campur tangan Parlimen Mahasiswa UNITEN. MPP boleh mewujudkan hubungan dengan mana-mana MPP IPT dalam dan luar Malaysia. MPP boleh menganjurkan apa-apa program di dalam dan luar UNITEN. MPP boleh mengeluarkan surat arahan atau makluman, notis kepada di dalam UNITEN.

Parlimen Mahasiswa UNITEN pula boleh untuk mempersoalkan mana-mana di dalam perkara 5 di atas, hanya dengan adanya usul yang dibuat di dalam Parlimen Mahasiswa. Parlimen Mahasiswa boleh membuat usul untuk menyekat mana-mana usaha atau perancangan MPP, jika mempunyai undi majoriti di dalam Parlimen Mahasiswa.

Penerai V


7 comments:

clorets said...

gila...grand plan...=D
aku mngarapkan ada kelab yang hntar cdngan ini ke TNC/NC/Chancellor UNITEN.

encikmasen said...

good job bro..
apapun, cadangan hanya akan tinggal cadangan sekiranya tiada siapa yang boleh menjadikannya kenyataan..

any takers? mpp09/10?

Anonymous said...

aku cadangkan agar MPP atau sapa-sapa utk at least adakan forum khas bertajuk, Relevankah Parlimen Mahasiswa di UNTEN???

panggil wakil HEP, wakil MPP semasa dan sorang aktivis pelajar, takpun ex MPP mcm saudara syafeeq ka.

Jemput pelajar2 dtg utk berikan pandangan dan idea...

mender nie kan ilmu, mohon En. Arif IKAL, atau bebudak Malaysian Studies ka...

kamon...aku cabar korang nie, takkan forum takut nak wat??

encikmasen said...

apekata empunya diri yg tulis post ni jadi panel..wakakakaka..

kamon bro panerai..

Anonymous said...

rasanya saudara masen ini lebih sesuai kerana tuan adalah antara bekas pimpinan MPP tahun lepas.

Saya kira, tuan lebih layak..

apapun molek kalo Tuan juga menyokong usaha ini

Unknown said...

salam...act PRS akan menganjurkan sembang siswa tajuk "HILANGNYA MPP"...

PANEL:
EN. AZIZUL HAKIM
ASYRAF NURUDDIN
MOHD FAIRUZ A. GANI

Date:
Wednesday, February 3, 2010
Time:
8:00pm - 11:00pm
Location:
DEWAN KULIAH 1 COIT, UNITEN, PUTRAJAYA

Anonymous said...

tahniah PRS...harap2 isu parlimen mahasiswa dapat dibincangkan dengan lebey mendalam dgn para penelis terbilang itu

tahniah

 
^ Scroll to Top