Thursday 28 January 2010

Perkembangan Pilihan Raya Kampus (PRK) 09-10: ‘Kempen saat-saat akhir’ cemarkan pilihanraya UKM!

Sumber: Zainulfaqar
January 28, 2010 at 4:11 am

BUKTI pencemaran demokrasi kampus oleh pentadbiran Universiti sendiri.

KAKiTANGAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini didakwa menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam tadi.

Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti, Afendy Abdul Rahim berkata, terdapat pondok panas didirikan di luar kawasan pembuangan undi; di beberapa kolej kediaman untuk melancarkan ‘kempen saat-sat akhir’, demi memenangkan calon Pro Aspirasi Universiti (Aspirasi).

Bercakap dari pusat pengundian Kolej Kediaman Keris Mas, beliau berkata, taktik kempen saat-saat akhir tersebut bertentangan dengan peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Sukarelawan kami (ProM) datang sendiri ke pondok panas ini dan mendapati (kakitangan akademik dan felo) SPKG (Sistem Penilaian Kopetansi Generik) sedang kempen saat-saat akhir dengan mengedarkan risalah kempen di mana terdapat hanya (gambar) muka, nombor calon dan nama calon Aspirasi sahaja,” jelas Afendy ketika pagi tadi.

Beliau yang juga bekas anggota MPP representasi Fakulti Pendidikan berkata, Universiti melayan beliau secara tidak profesional apabila beberapa perkara tersebut dibangkitkan.

“Malah ada (risalah kempen) yang dilekat di pintu masuk Universiti, apabila tanya (kepada mereka yang terbabit), salah seorang Felo menengking saya : Kau buat kerja kau dan biar aku buat kerja aku,” jelasnya.

Ujarnya lagi, mereka yang terbabit terus mengedarkan risalah kempen tersebut secara terbuka dan mencabar ProM untuk menghalang tindak-tanduk mereka yang salah itu.

Pengetua bagi Kolej Kediaman Keris Mas, Prof Madya Salahuddin Md Nor kemudiannya cuba dihubungi untuk mendapat maklum balas, namun beliau terus mematikan telefon sejurus mengetahui a identiti Harakahdaily.

Disebabkan insiden tersebut, dilaporkan ProM sedang mendesak Universiti supaya melakukan injunksi serta-merta demi membendung penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan akademik dan fello Universiti terbabit. -END

No comments:

 
^ Scroll to Top