Saturday 9 January 2010

Politik Baru Kampus UNITEN

Pada masa ini, kengkawan kita daripada kampus IPTA sibuk dengan pilihanraya kampus (PRK). Ada yang pro-Mahasiswa, ada yang pro-Aspirasi, ada yang Cap aYam tidak berpihak kemana-mana pihak. Ramai juga yang membantah tentang E-Voting. Dan kita daripada kampus UNITEN sibuk dengan ‘test’, asinmen, dan final year projek (FYP), yang mana yang final sem macam aku.

Topik yang aku ingin hidupkan disini bukan topik yang tidak asing lagi, tapi topik yang biasa diperbincangkan di mana-mana kampus di Malaysia mahupun Indonesia, Politik Kampus Mahasiswa. Busuk sangatkah UNITEN sehinggakan tiada yang sanggup terlibat dengan Kelab dan Persatuan mahupun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)? Tidak sebusuk yang disangka apabila ramai yang mendaftar untuk Unitencup 2010. Sampai ada yang sanggup ponteng kelas sebab semata-mata beralasan “aku ada match petang ni”.

Setelah lama penulis menganalisis, setelah lama MPP dikutuk, tapi tiada suara-suara mana yang membalas dengan lebih berat. Baru ku tahu tahap politik kampus UNITEN yang berada pada tahap 0 a.t.m. Baru ku perasan yang politik kampus UNITEN hanya boleh dihidupkan dengan ‘persamaan’. Yess....Persamaan, bukan ‘perbezaan’ yang di suarakan di kampus-kampus lain.

Persamaan disini, aku namakan politik baru kampus UNITEN. Dimana tiada pihak yang menang, tiada pihak yang kalah sebab kita kecilkan perbezaan, kita tinggikan persamaan.

Penulis tahu, ramai yang tidak suka dengan perkataan ‘politik’ sebab apa? sebab politik kotor, sebab politik jijik, sebab korupsi dalam politik. Tapi yang kata tu sedar tak yang negara, kehidupan, ekonomi MALAYSIA sekarang dikawal oleh politik negara? Stabil politik negara maka stabillah ekonomi negara tersebut. Ramai yang mengimpikan akan ‘grad’ dengan aman dari UNITEN, kerja sebagai Engineer atau Pegawai IT sebagai Robot (tiap-tiap bulan dapat gaji) selama 20 tahun, ada keluarga, ada anak isteri, sudah memadai hidupnya di atas Muka Bumi ini?

Pemikiran yang semacam diatas adalah pemikiran engineer yang sempit. Jadikan UNITEN sebagai pentas politik, jadikan tempat belajar ini tempat yang korang boleh ambil pengalaman semaKsimum Mungkin sebelum korang grad dan TERbergelumang dengan politik yang sebenar yang mengawal hidup korang, anak cucu korang nanti. Betul jika dikatakan yang ijazah yang korang ambil di UNITEN bukannya ‘sains politik’ tetapi kejuruteraan ataupun IT ataupun banking, tetapi apa yang penulis cakapkan ini bukannya bersifat akademik, tetapi sebahagian daripada kehidupan kita.

Penulis bukan mengharapkan UNITEN akan menjadi tempat penguatkuasaan AUKU, tetapi sebagai tempat belajar mengenai kehidupan. Kesedaran yang kehidupan dan politik tidak dapat dipisahkan cuma namanya mungkin lain, mengikut tempat, ada yang menggelarnya siasah kampus supaya bunyinya ‘baik’ sedikit.

Berbalik kepada Politik Baru Kampus UNITEN, siapa aku untuk mencipta politik baru kampus ini? Tidak, aku bukan dewa yang bakal mengubah segalanya. Korang (Unitenians), unitenians bukannya penalist unitenkini, tetapi seluruh pelajar UNITEN yang bakal mengubah masa depan korang sendiri. Kenapa perlu diubah? Sebab politik kampus uniten sudah membusuk hingga ke usus. Sama ada MPP yang sedia ada bersedia untuk berubah menjadi ‘berfikir diluar kotak’ untuk kebaikan kelab-kelab dan pelajar-pelajar UNITEN, ataupun MPP yang sedia ada berfikir dalam ‘loop’ korang dan menunggu untuk pemilihan MPP yang seterusnya dalam 7-8 bulan lagi.

1) Aku mencadangkan setiap presiden kelab terlibat secara langsung dalam MPP sebagai Majlis Penasihat MPP (senang untuk mendapatkan suara unitenians secara kolektif).

2) Juga memikirkan kuasa MPP dibesarkan sehingga boleh menjadi ‘majlis bertindak’ jika ada apa-apa kes yang berat sebelah, sama ada berat ke arah HEP ataupun mana-mana kuasa besar.

3) Perjuangan MPP selepas ini bukan bersifat ‘individual’ tapi bersifat kesejagatan yang memberi manfaat kepada semua dalam majlis MPP dan pelajar UNITEN.

4) MPP memperjuangkan agenda kebajikan secara bersama. Bukan MPP yang membentuk MPP tetapi MPP dibentuk oleh suara mahasiswa UNITEN.


“Bukan setiap yang diketahui wajar diperkata, bukan setiap yang diperkata telah sampai masa, dan bukan setiap yang telah sampai masa, dihadiri oleh orang sepatutnya!”

No comments:

 
^ Scroll to Top