Kami berpegang pada falsafah Mahasiswa/wi bakal memimpin negara pada masa akan datang.
Begitu juga dengan Mahasiswa/wi UNITEN. Produk yang terhasil daripada UNITEN bakal mencorakkan bangsa Malaysia suatu hari nanti menjadi satu negara yang berkembang pesat bukan sahaja dari segi teknologi dan ekonomi malah dari segi produk yang dihasilkan daripada universiti, sekolah, dan didikan rumah adalah produk yang tinggi nilai akhlak moralnya, ilmu agama serta tutur katanya.
Dalam perjalanan untuk menghasilkan pemimpin yang luas pemikirannya untuk memimpin bukan sekadar menjadi 'pak turut' yang hanya mampu mengikut tanpa mengeluarkan idea-idea baru untuk masyarakat, blog ini ditubuhkan bagi pelajar-pelajar UNITEN mengeluarkan idea-idea yang bernas, mencabar minda, serta mempunyai unsur 'tajdid' iaitu pembaharuan dalam politik sosial masyarakat kampus UNITEN. Perbincangan daripada penulisan blog ini adalah bebas membincangkan isu kampus, negara mahupun Dunia.
Unitenkini ditubuhkan di atas dasar 3 prinsip :
1. Kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan idea, kritikan, dan kerangka pemikiran yang tersendiri.
2. Kemampuan untuk mengubah 'bumi' UNITEN kearah yang lebih baik dari segala aspek.
3. Kemampuan untuk menjana potensi diri sebagai mahasiswa yang berani, berketerampilan, dan mempunyai 'idealism' tersendiri dalam proses mentarbiyyah diri.
-MT Admin Unitenkini