Monday 25 January 2010

Wahai Siswa-Siswi UNITEN

oleh : Panerai

Post ini adalah yang tersingkat pernah aku tuliskan di laman UnitenKini.

Isu berkenaan Parlimen Mahasiswa ini nampaknya kurang disambut oleh mahasiswa/i UNITEN. Mungkin benar, Siswa/i siswi hanya berminat dengan hidup yang mudah dan tidak memeningkan. Bangun tidur, solat, pergi ke kelas, makan tengahari, pergi ke kelas, ke ITMS main internet, petang ke padang main bola, balik umah, mandi, dating ngn kekasih, main game, wat asignment, tido.

itular rutin asas untuk melahirkan siswa/i yang mempunyai pointer yang tinggi dan berharap selepas grad nnt akan memperoleh kerja-kerja di multinational company mcm Shell, Petronas, Exxon dan segalanya.

benar kah??

Saya cabar tuan dan puan sekalian untuk at least terlibat di dalam perdebatan mengenai isu ini. Bukan untuk melibatkan secara langsung dengannya. cukup sekadar berbual mengenainya di UPTEN, COE Foodcourt, Masjid dan kelompok masing-masing.

Tulis lar sedikit komen di dalam blog - blog yang mengulas perkara ini. Yang paling mudah untuk menghadiri Sembang Siswa anjuran PRS UNITEN di COIT pada 3 feb ini. Panel - panelnya sangat berwibawa.

Saudara Fairuz Ghani, bekas Presiden MPP 04/05, tokoh pelajar yang berjaya mengangkat MPP sebagai pejuang hak pelajar. Beliau berjaya menggerakkan seluruh bala tenteranya untuk menuntut supaya diskaun penginapan yang dinikmati siswa/i  dapat diteruskan. Beliau berjaya menarik perhatian Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie untuk MPP mengadakan perbincangan yang bersejarah dan berjaya menjadikan diskaun terebut dinikmati sehingga kini.

Saudara Presiden MPP 09/10 juga tidak kurang hebatnya. Berbekalkan pengalaman yang luas di dalam dunia aktiviti pelajar sejak beliau di tahun asas lagi. Menjadi MPP kali ini adalah yang kedua baginya. Beliau amat dikenali sebagai seorang yang ramah dan mesra kepada semua terutamanya kakitangan beliau.

tajuk yang dibincangkan adalah "Hilangnya MPP", Saya rasa ianya amat bertepatan untuk kita semua membincangkan Parlimen Mahasiswa di UNITEN.

rakan-rakan sekalian, Parlimen Mahasiswa tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Ia adalah platform untuk semua kelompok atau kumpulan di UNITEN mengajukan permasalahan dan cadangan secara rasmi dan direct kepada MPP UNITEN.

Ia juga dapat dijadikan badan yang dapat menjadikan semua siswa/i sebagai badan pemantau prestasi MPP. Ia juga dapat menguatkan usaha siswa/i dalam memohon penambahbaikkan di dalam kehidupan semua.

MPP juga dapat menggunakan badan ini untuk mengesahkan semua perancangan dan usaha. Segala polisi baru dan pembaharuan akan sampai kepada semua siswa/i UNITEN.

Apa-apa pun....molek lar jikalau semua dapat terlibat sama. Andai idea ini terlampau tinggi untuk di"synchronise"kan dengan tahap kematangan dan keintelektual siswa/i UNITEN, cukup lar ia dapat membuka mata semua dan menambah pengetahuan.

4 comments:

jambancomel said...

mungkin masyarakat uniten ini tidak didedahkan dengan terperingci dengan parlimen uniten ini...saya sendiri bersetuju,kalau boleh uniten perlu ada sidang parlimen sendiri..'leadership dalam diri mereka akan dapat dipupuk..insyaallah..

Anonymous said...

rakan di atas menyatakan masyarakat di UNITEN ini tidak didedahkan dengan terperinci dengan usul parlimen ini.

apa yang saya boleh nyatakan, perlu ada pihak untuk menggerakkan usaha tersebut.

tak kira lar, MPP, PRS UNITEN, Kelab Bahas, Kelab Rukun Negara hatta PPI pun boley menganjurkan pelbagai bentuk forum dan perbincangan. Kelab Bahas boleh mengadakan speakers corner untuk semua berpeluang menyatakan pandangan.

Even, siswa-siswi subjek Malaysian Studies, Malaysian Constitution, Moral boleh mengadakan program khas di bawah subjek mereka.

mana-mana persatuan yang mempunyai newsletter boleh mengadakan sesi temubual dengan pemimpin-pemimpin siswa/i, pensyarah-pensyarah, dekan dan pengurusan.

Yang penting, hangatkan perdebatan,perbincangan

Anonymous said...

Rata-rata mahasiswa uniten lebih bersikap sambil lewa dan gembira dilabel sebagai "robot" dengan rutin harian yang membosankan . Benarkah ??
. Anehnya bagaimana mahasiswa yang digembargemburkan dengan tinggi kualitinya lebih bersikap pasif dan langsung tidak sensitif terhadap isu2 semasa. Jika inilah definisi student uniten .. terimalah hakikat yang kita akan diayam itikkan pihak pentadbiran sehingga muncul satu generasi mahasiswa baru yang tidak takut untuk berubah

Anonymous said...

aku ex-unimas, 1st of all aku nk SALUTE TO ALL OF YOU UNITEN PRO-M!
GREAT JOB! Unimas MPP ape kbr??? sorok telor dlm poket TNC ke?? hahaha..hopefully, buruh tani,mahasiswa rakyat miskin kota, bersatu padu rebut demokrasi!

 
^ Scroll to Top