Thursday 21 January 2010

Rasional Pembentukan Parlimen Mahasiswa di UNITEN.

Oleh : Panerai

. Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 organ utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Ketiga-tiga cabang berkhidmat dan berkepalakan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Mana-mana siswa/i yang mengambil subjek Perlembagaan Malaysia di UNITEN sudah pasti amat memahami isi penting Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk oleh bapa – bapa pengasas negara bangsa kita.

Legislatif adalah Parlimen. Parlimen adalah badan perundangan tertinggi di negara kita. Parlimen adalah lambang demokrasi. Parlimen adalah badan pembuat undang-undang dan organisasi yang berhak meminda undang-undang tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan.

Eksekutif pula adalah organ pelaksana. Badan yang menggerakkan kerajaan keseluruhannya. Badan membuat dasar dan polisi BERDASARKAN undang-undang yang DITETAPKAN oleh Parlimen. Ketuanya adalah Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan.

Kehakiman pula cukup disinonimkan oleh Ketua Hakim Negara dan mahkamah-mahkamah, tidak kiralah Mahkamah Persekutuan, Rayuan, Tinggi, Sesyen dan Majistret. Ianya ditugaskan untuk memastikan undang-undang ditegakkan. Perlembagaan dipatuhi dan semua keputusan atau polisi selaras dengan undang-undang.

Molek saya tegaskan bagaimana kita boleh tunjukkan disini keindahan pengasingan kuasa ini melalui siapakan yang melantik kepala ketiga-tiga ini. Tiada diantara mereka berkuasa melantik antara satu sama lain, hanya SPB YDP Agong. Mengapa pengasingan ini diperlukan??

INI ADALAH UNTUK MENJAMIN TIADA PIHAK ATAU INDIVIDU UNTUK BERKUASA PENUH DI DALAM KERAJAAN. TIADA DIKTATOR ATAU PEMERINTAH TUNGGAL. IA JUGA UNTUK MEMASTIKAN SETIAP ORGAN MELAKSANAKAN TUGAS – TUGAS MEREKA. SEBUAH SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGIMBANGAN YANG EFISEN SEPERTI PENGASINGAN INI AKAN MENJAMIN HAK-HAK DAN KEHIDUPAN RAKYAT DIANGKAT DAN DIPELIHARA.

Konsep ini lah yang cuba diterapkan melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa di UNITEN. Saban kali kita dengar ada keluhan-keluhan mengenai kepayahan dan kesusahan rakan – rakan siswa/I kita mengenai kualiti hidup dan akademik mereka. Kita juga ada mendengar cadangan – cadangan bagaimana permasalahan itu boleh diselesaikan. Tetapi di manakah semua suara – suara ini??

Ia senyap kerana ada atau tiada pihak yang sepatutnya mengutip idea – idea ini (mungkin) tidur atau (mungkin) tidak berminat mengenainya. Mereka ini (mungkin) hanya berminat dengan nama dan kemahsyuran. Mereka ini (mungkin) lebih berminat untuk menganjurkan program – program yang (mungkin) mereka rasakan berfaedah untuk siswa/i.

Bagaimanakah siswa/I dapat memantau mereka – mereka ini?? Jawapan standard adalah :

“HEP ada untuk bantu, takkan depa nak susahkan kita”

“Aik, kan ada Minggu Maklum Balas??

“Saudara-saudari diharapkan dapat hadir ke majlis mesra kami”

“HEP akan menganjurkan Kursus dimana semua pemimpin pemimpin pelajar akan bersama brainstorm untuk kebaikan semua”

Saya ingin menarik perhatian pembaca sekalian untuk berfikir sendiri, adakah ianya benar – benar membantu siswa/I UNITEN. Adakah aduan-aduan itu diambil tindakan? Atau adakah aduan – aduan itu sekurang-kurangnya dimajukan ke pengetahuan pihak pemtadbiran?? Atau adakah perhimpunan atau mesyuarat mereka sekadar membincangkan program – program ??

Oleh itu?? Bagaimana kita hendak memantau mereka?? Dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka yang sepatutnya (berjanji) untuk memperjuangkan hak siswa/i dan pembangunan siswa/I di UNITEN??

Caranya ada dan telah dibuktikan berkesan. Parlimen Mahasiswa.

Rakan –rakan pembaca jangan beranggapan saya mencadangkan yang Majlis Perwakilan Pelajar adalah teruk dan tidak berkesan. Tidak. MPP adalah sebuah sistem yang baik dan boleh dinaik tarafkan. MPP saya boleh ibaratkan di sini sebagai badan EKSEKUTIF siswa/I di UNITEN. Mereka adalah badan pelaksana keputusan. Mereka juga boleh melaksanakan polisi – polisi baru, pembaharuan untuk kebaikan semua siswa/I UNITEN. Mereka mempunyai kuasa melantik individu untuk aktiviti siswa/i, menguruskan kewangan yang diperuntukan, meyelia tahap kehidupan pelajar. Satu – satuya organisasi yang sah dan dilindungi oleh Perlembagaan UNITEN melalui Artikel 49 . Mereka berhak untuk memajukan apa-apa aduan kepada pihak pengurusan UNITEN.

Dan adakah ini bermakna Parlimen Mahasiswa tidak diperlukan kerana ianya hanya redaduncy di dalam memperjuangkan hak pelajar?? Tidak rakan - rakan pembaca sekalian. Parlimen Mahasiswa adalah salah satu alternatif untuk meningkatkan tahap pengumpulan aduan dan penyampaian permasalahan kepada pihak pengurusan. Ia juga dapat memberikan sistem check and balance untuk memastikan tugas – tugas dan kualiti perkhidmatan MPP sentiasa ditahap terbaik. Parlimen Mahasiswa adalah jalan yang tertib dan bermaruah untuk mana – mana pihak atau individu menyuarakan permasalahan, cadangan, idea bernas. Tiada lagi bunyi – bunyi sumbang dan salakan dari jauh menyatakan ketidakpuasan hati. Parlimen Mahasiswa adalah konsep syura atau mesyuarah yang dianggotai oleh wakil kelompok atau kumpulan mahasiswa di UNITEN. Mereka ini akan memperjuangkan rasa hati dan kehendak mereka kepada kepada MPP untuk di ambil tindakan.

Jadi tiada alasan lagi MPP tidak menerima aduan rasmi, tiada alasan lagi siswa/i UNITEN mengeluh suara tidak didengari oleh pihak pengurusan, tiada lagi alasan untuk MPP mendiamkan diri tanpa sebarang justifikasi tindakan atau keputusan mereka, tiada alasan lagi untuk pihak pengurusan universiti merasakan pelanggan UNITEN itu lemah dan senang diperkotak-katikkan, tiada lagi alasan untuk menghentam MPP membuta-tuli.

Sungguhpun idea ini lewat dilaksanakan di IPT. Saya dapat merasakan sistem ini dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan siswa/i di UNITEN sekaligus membantu meningkatkan kecemerlangan akademik mereka. Selain itu, sistem ini juga dapat melahirkan pemimpin – pemimpin yang berkualiti dan berintegriti. Pembudayaan akauntabiliti dan integeriti dapat direalisasikan. Amanah dan tanggungjawab diserapkan di dalam diri. Pengetahuan dan ilmu ditempa. Akhir hasilnya Professional yang Berjaya.

Saya juga ingin menyeru rakan – rakan siswa/i untuk menyahut idea ini. Meningkatkan tahap perdebatan isu ini melalui komen – komen bernas di mana – mana forummaya dan blog. Masukkan isu ini ke dalam perbualan seharian kalian. Saya juga mencabar pihak MPP atau mana – mana persatuan untuk menganjurkan satu forum mengenai isu ini bagi semua bersama – sama memikirkan yang terbaik untuk semua. Kepada MPP, ambil ini sebagai satu peluang keemasan kalian, bukan satu bala atau kesusahan. Anjurkan lar forum, pidato, perbincangan, adakan kutipan suara atau suvey. Marilah bersama – sama memanfaatkan peluang yang jarang hadir ini.

3 comments:

admin said...

aku macam nk cetak je artikel ni byk2..pastu edar kt uniten...=D

Anonymous said...

itu adalah hak tuan admin

Amzar said...

jangan cetak aku punya komen...hahahaha

 
^ Scroll to Top