Monday, 8 February 2010

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.



Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.


Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.


"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

MPP tolong ambil perhatian perkara ini. Adakan kajian kepentingan sudut pidato di UNITEN. Gerakkan satu referendum pelajar mengenai kewujudan sudut pidato di UNITEN. Cari satu lokasi sesuai untuk diwujudkan.

Buat lar satu perbincangan dengan HEP dan Kelab Bahas mengenai peraturan dan style yang sesuai dengan keadaan semasa UNITEN.

Jangan sesekali anggap sudut ini tempat membambu atau menghentam MPP. Jadikan ia sumber maklumat melalui kritikan2 yang bernas. Barang siapa yang mengkritik menggunakan sudut ini, Nyata dia bukan pengecut dan pengkritik belakang tabir seperti yang sebahagian MPP ura-urakan.

panerai

KHATEEB said...

Saya bersetuju dengan cadangan untuk diadakan sudut pidato ini. Untuk jangka masa panjang, ia akan melahirkan mahasiswa yang berani bersuara & ke hadapan, peka dengan isu-isu semasa serta mempunyai wawasan hidup.

Kita tidak mahu uniten hanya melahirkan profesional "robot". Apa yang lebih penting, kita mahu melahirkan insan yang berkualiti.

Secara umumnya, mahasiswa uniten takut bersuara & takut untuk ke hadapan kerana akan dianggap salah oleh orang lain. Buangkan persepsi ini! Ayuh kita bina jati diri mahasiswa UNITEN melalui sudut pidato!

Anonymous said...

Bagi mengelakkan ada bunyi menyatakan "Kritikan adalah Pgencut, kalo berani amik borang jadi MPP, Kamu tatau MPP keja mcmana, so jangan menyalak saja"

So...MPP wujudkan speakers corner lar, Kalo tanak jugak wat, MPP sebenarnya lagi selesa dengan "salakan2" kritikan yang mereka cemuh, pasal senang mereka nak "bunuh" dengan alasan remeh iaitu "Bacul"

Bagi lar ruang utk pengkritik2 ini mengkritik di Speakers Corner. Jangan lar takut, set lar peraturan agar tidak sensitif dan molek bahasanya.

 
^ Scroll to Top