Friday, 12 February 2010

Saiful Bukhari, UNITEN dan kes liwatnya


Bagi warga UNITEN secara umumnya, nama Saiful Bukhari tidaklah berapa dikenali sangat walaupun beliau merupakan bekas Timbalan Presiden 1 MPP UNITEN sesi 2006/07. Hayatnya tidak lama di UNITEN, kerana dalam masa kurang setahun selepas menang pilihan raya MPP 2006/07 beliau telah dibuang universiti kerana mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut. Namun namanya mula dikenali rakyat Malaysia umumnya, warga UNITEN khusus sejak timbul kes pengakuan liwat oleh beliau sendiri iaitu pada bulan JUN 2008. Warga UNITEN, khususnya dalam kalangan pelajar seakan baru mengenali beliau kerana jarang sekali mendengar mengenai penglibatannya dalam mana-mana kelab. Setakat yang diketahui, beliau pernah menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 anjuran Unit Akademik, Pusat Islam UNITEN (kini dikenali sebagai PPIP). Mungkin beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Pusat Islam UNITEN serta staf di sana pada ketika itu, telah menyebabkan beliau dipilih untuk mengarah sebuah program kebajikan yang disertai oleh semua pelajar yang mengambil subjek ‘Islamic Studies’.

Persoalan pertama yang timbul, kenapa beliau boleh mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut setelah menjadi MPP? Sedang syarat calon yang ingin bertanding dalam MPP mesti mendapat 3.00 ke atas. Jika beliau sudah melepasi syarat akademik semasa masuk bertanding, kenapa akademiknya boleh jatuh dalam masa dua semester berturut-turut?

Mengikut kronologi peristiwa, beliau menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 dahulu kemudian baru menyertai pilihan raya MPP pada tahun yang sama juga. Kemudian setahun berlalu dengan rekod buruk pada separuh penggal kedua sebagai timbalan Presiden 1 MPP UNITEN. Ada khabar mengatakan bahawa beliau sudah terlibat secara aktif dengan aktiviti luar kampus melebihi peranannya sebagai MPP di dalam kampus dalam satu masa. Pada tahun 2008, beliau terlibat dengan kempen pilihan raya Umum ke-12. Pada bulan Jun tahun yang sama juga, beliau telah membuat pengakuan telah diliwat.

Persoalan seterusnya yang timbul, kenapa beliau mesti terlibat dengan dengan aktiviti luar pada masa sama masih mempunyai tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden MPP UNITEN? Kemudian setelah keluar dari UNITEN, beliau terlibat dengan kempen PRU ke-12 dan selepas itu mengaku diliwat? Penulis mempunyai dua andaian bila melibatkan kes liwatnya.

Pertama, beliau ini kurang akal (baca: BODOH) kerana telah menyebabkan dirinya diliwat(jika tuduhan beliau diliwat benar). Kedua, beliau ini seorang yang bijak kerana pandai menaikkan namanya sendiri sehingga ke peringkat nasional dan dunia. Secara peribadi, penulis lebih kuat mengatakan ‘YA’ pada kemungkinan kedua, kerana daripada kronologi hayatnya di UNITEN telah membuktikan beliau ini seorang yang bijak serta licik.

Mungkin kita harus berbangga kerana nama UNITEN telah naik selepas pengakuan beliau telah diliwat. Apakah nasib yang akan terjadi pada MPP selepas ini? Adakah lagi MPP seperti Saiful Bukhari akan dilahirkan pada masa akan datang di UNITEN? Nasib UNITEN dan MPP terletak kepada pelajar UNITEN sendiri, bagaimana yang mereka kehendak itulah coraknya.

13 comments:

Admin said...

Wahh...lama aku menunggu post yg semacam ini...

conbellydiobeterisme said...

saiful bahari seolah2 meperbodohkan diri sendiri dan sekaligus menhancurkan maruah diri,adalah bersesuaian jika dia dikatakan cetek akal(dengan kata lain 'bodoh')kerana membuat pengakuan sedemikian.Persoalannya kenapa orang seperti saiful ni yang berkaliber malahan pernah mejawat jawatan timbalan mmp sanggup diperlakukan sedemikian...wallahualam..

Anonymous said...

isu yang sangat sensitif.

Nama UNITEN gah lagi seantero dunia.

Bukan sebagai Universiti Premier, bukan sebagai Universiti terbaik dunia mahupun ASEAN.

Penat Unit Strategik UNITEN menrangka UNITEN 10, tapi kes beliau sudah cukup.

Apapun, kita harap ini dapat bukak minda dan kunci hati Unitenian, untuk bangun dan membaiki imej UNITEN.

Percayalah...kalian semua, terutamanya yang akan grad atau ke Latihan Industri, Soalan pertama yang ditanya oleh majikan adalah...

"Kamu Kenal Saiful Bukhari??"
"Dia Macmaner orang nya?"

Malu beb.....apa bley wat?

Mohon MPP dan semua pimpinan pelajar di UNITEN bersatu utk mencipta sejarah baru bagi menghilangkan isu ini

Anonymous said...

Diharap kes liwat yang Saiful Bukahri dapat digugurkan melalui keputusan mahkamah hari ini ..kerana mengikut proses mahkamah..ternyata fakta-fakta kes seolah-olah direka untuk memfitnah DSAI.Semoga kes liwat itu dapat digugurkan dan seterusnya aib uniten tidak semakin parah..Hidup Keadilan

Anonymous said...

betul ke saiful bukhari baik dengan PPIP?

dulu dia ahli kelab unicomserve atau kelab SAQ?

memalukan betul...

viruze-ping said...

saiful tidak pernah join sahabat unicommserv atau sahabat ALQURAN.kepada penulis sila dptkan story yg btul..post kamu ada yg berunsur fitnah terutama kepada pusat islam uniten. sekian~

-presiden sahabat unicommserv-

Anonymous said...

berkenaan dengan kenyataan "Mungkin beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Pusat Islam UNITEN..." adalah secara umum,tidak merujuk secara tepat kepada sesiapa di PPIP.

kepada pembaca setia Unitenkini, harap tidak membuat andai secara melulu...

terima kasih atas perhatian saudari viruze-ping...

-blackness guy-

viruze-ping said...

beliau pernah menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 anjuran Unit Akademik, Pusat Islam UNITEN (kini dikenali sebagai PPIP). Mungkin beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Pusat Islam UNITEN serta staf di sana pada ketika itu, telah menyebabkan beliau dipilih untuk mengarah sebuah program kebajikan yang disertai oleh semua pelajar yang mengambil subjek ‘Islamic Studies’.


Saudara blackness sy tidak membuat andaian melulu..petikan di atas totally SALAH sama sekali.Dan sepatutnya jika anda tidak tahu tidak perlulah nk tulis.Diharap anda delete petikan di atas.Sekian

Peace no war

Anonymous said...

bukan yg saiful lead tu prog bwah hep ke?

blackness ni cm ske2 hati je..

tlg bg facts bleh?

neway, tlg la xyah nk cite2 sjarah itam yg x pekdah nye.. nk bruk2 kn uniten wtpe? bdak tu kne buang kot.. ko nk cite sal dia lg wtpe?

namun, satu yg ak ske, ko dorong plajar uniten mengubah nasib sendiri n suruh plajar sedar dan harumkan nme uniten...

harap xde slah phm.. neway, if ko ad niat yg bek.. buatlah cre baik... x elok bruk2 kn org lain.

thx

Anonymous said...

Kisah Saiful..ini.. menunjukkan product uniten di mata luar.Walaupun tidak mewakili semua mahasiswa uniten ttp tetap memberikan imej buruk kepada universiti.Pada masa yg sama,respon kita sebagai muslim perlu jelas dengan tindakan Saiful ini.Berkenaan dengan fakta dalam artikel.bukanlah isu sebenar..ttp fakta yang sebenarnya di mahkamah yg sedang berbicara yang menjatuhkan maruah org lain disamping sikap muslim yang tidak mencerminkan Islam..

Aidi-Safuan said...

haha..maybe niat author nih nak suruh readers semua jauhi lah perkara negatif dari entry nih kot. :)

chanleong said...

uniten penjana profesional. profesional secara positif atau negatif terpulanglah pada individu masing masing

Anonymous said...

juz realize diz blog.keep up d good work!

jz nk betolkn fakta sikit, Baktisiswa Kemerdekaan 2006 DEFINITELY NOT under PPIP n program tu xwajib disertai oleh plajar Islamic Studies. Program tersebut adlh program BAKSIS (under HEP) yg dilaksanakan pd bln ogos 2006 - sambut kemerdekaan dgn pnduduk kg sedili, kota tinggi. peserta2 yg pergi sume ats dsr sukarela. so please,perbetolkn fakta anda.
thanks

 
^ Scroll to Top