Friday, 26 February 2010

3 Politeknik Premier

sumber: Berita Harian Online

Oleh Azrina Ahzan


Universiti politeknik ditubuh 2015: Taraf premier pelopori usaha tawar pengajian teknikal kepada pelajar antarabangsa

PUTRAJAYA: Tiga politeknik semalam menerima taraf premier yang menjadi asas ke arah penubuhan universiti politeknik menjelang 2015.

Politeknik itu ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Johor Bahru, Johor.


Watikah Politeknik Premier itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Politeknik Premier itu berperanan menjalankan program dalam bidang tujahan, selain mempelopori usaha menawarkan program pengajian berbentuk teknikal kepada pelajar antarabangsa, terutama di kalangan negara membangun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata transformasi berkenaan boleh dijayakan melalui inovasi sistematik bagi menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan serta latihan politeknik.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan universiti politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi.

"Universiti politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya.

Beliau berkata, pendidikan aliran itu dapat melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus menjadi penyumbang kepada penjanaan kekayaan baru negara.
“Peningkatan kualiti pendidikan berteraskan kemahiran mesti diperkasakan dan dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, inovasi dalam pengurusan pendidikan politeknik selain mampu menarik minat pelajar terbaik mengikuti pendidikan vokasional dan teknik, ia juga boleh dikembangkan dengan memberi pengecualian kredit kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik.

"Langkah menawarkan pengecualian kredit seperti diamalkan ketika ini akan membolehkan lulusan politeknik mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam tempoh lebih singkat.

"Ini akan menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian di universiti teknikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata lebih banyak Politeknik Premier akan dipilih pada masa depan jika memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada Politeknik Premier terbabit akan dinaik taraf sebagai universiti politeknik kerana ia bergantung kepada pencapaian semua politeknik itu menjelang 2015.

"Tumpuan utama kementerian ketika ini untuk meningkatkan jumlah kemasukan di peringkat diploma di semua 27 politeknik daripada 60,840 orang pada 2009 kepada 87,440 orang pada 2012".

Sunday, 14 February 2010

Gong Xi Fa Cai dari Unitenkini

Unitenkini mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca, pelajar serta staff UNITEN dan berharap Tahun Harimau ini akan membawa keamanan dan keadilan kepada semua warga UNITEN dan rakyat Malaysia.

Friday, 12 February 2010

Saiful Bukhari, UNITEN dan kes liwatnya


Bagi warga UNITEN secara umumnya, nama Saiful Bukhari tidaklah berapa dikenali sangat walaupun beliau merupakan bekas Timbalan Presiden 1 MPP UNITEN sesi 2006/07. Hayatnya tidak lama di UNITEN, kerana dalam masa kurang setahun selepas menang pilihan raya MPP 2006/07 beliau telah dibuang universiti kerana mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut. Namun namanya mula dikenali rakyat Malaysia umumnya, warga UNITEN khusus sejak timbul kes pengakuan liwat oleh beliau sendiri iaitu pada bulan JUN 2008. Warga UNITEN, khususnya dalam kalangan pelajar seakan baru mengenali beliau kerana jarang sekali mendengar mengenai penglibatannya dalam mana-mana kelab. Setakat yang diketahui, beliau pernah menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 anjuran Unit Akademik, Pusat Islam UNITEN (kini dikenali sebagai PPIP). Mungkin beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Pusat Islam UNITEN serta staf di sana pada ketika itu, telah menyebabkan beliau dipilih untuk mengarah sebuah program kebajikan yang disertai oleh semua pelajar yang mengambil subjek ‘Islamic Studies’.

Persoalan pertama yang timbul, kenapa beliau boleh mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut setelah menjadi MPP? Sedang syarat calon yang ingin bertanding dalam MPP mesti mendapat 3.00 ke atas. Jika beliau sudah melepasi syarat akademik semasa masuk bertanding, kenapa akademiknya boleh jatuh dalam masa dua semester berturut-turut?

Mengikut kronologi peristiwa, beliau menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 dahulu kemudian baru menyertai pilihan raya MPP pada tahun yang sama juga. Kemudian setahun berlalu dengan rekod buruk pada separuh penggal kedua sebagai timbalan Presiden 1 MPP UNITEN. Ada khabar mengatakan bahawa beliau sudah terlibat secara aktif dengan aktiviti luar kampus melebihi peranannya sebagai MPP di dalam kampus dalam satu masa. Pada tahun 2008, beliau terlibat dengan kempen pilihan raya Umum ke-12. Pada bulan Jun tahun yang sama juga, beliau telah membuat pengakuan telah diliwat.

Persoalan seterusnya yang timbul, kenapa beliau mesti terlibat dengan dengan aktiviti luar pada masa sama masih mempunyai tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden MPP UNITEN? Kemudian setelah keluar dari UNITEN, beliau terlibat dengan kempen PRU ke-12 dan selepas itu mengaku diliwat? Penulis mempunyai dua andaian bila melibatkan kes liwatnya.

Pertama, beliau ini kurang akal (baca: BODOH) kerana telah menyebabkan dirinya diliwat(jika tuduhan beliau diliwat benar). Kedua, beliau ini seorang yang bijak kerana pandai menaikkan namanya sendiri sehingga ke peringkat nasional dan dunia. Secara peribadi, penulis lebih kuat mengatakan ‘YA’ pada kemungkinan kedua, kerana daripada kronologi hayatnya di UNITEN telah membuktikan beliau ini seorang yang bijak serta licik.

Mungkin kita harus berbangga kerana nama UNITEN telah naik selepas pengakuan beliau telah diliwat. Apakah nasib yang akan terjadi pada MPP selepas ini? Adakah lagi MPP seperti Saiful Bukhari akan dilahirkan pada masa akan datang di UNITEN? Nasib UNITEN dan MPP terletak kepada pelajar UNITEN sendiri, bagaimana yang mereka kehendak itulah coraknya.

Thursday, 11 February 2010

Konvoi IPT iLuvislam Hari ke-3: berakhir di UNITEN

sumber: iLuvislam

Konvoi IPT iLuvislam Hari Ke-3..Best!

www.iLuvislam.com



Alhamdulillah, konvoi IPT iLuvislam hari ke-3 berjalan lancar. Konvoi semalam lebih menarik kerana ia turut disertai Deputy Chairman, Director's Office, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB); En. Muhammad Nasir Hamzah.


Bersama Timbalan Naib Canselor UKM, Timbalan Pengerusi KKSB dan ahli Kelab Wawasan UKM.


Bermula di UKM, destinasi lain adalah UPM, Institut Perguruan Islam Bangi, Kompleks PKNS Bangi dan UNITEN kampus Putrajaya.


Pelajar UPM bersama tabloid dan teddy bear iLuvislam.

Dalam ucapan-ucapan En. Nasir, beliau mengatakan bahawa 'brand' Islam di mata dunia adalah kurang baik. Islam dikaitkan dengan keganasan, kemalasan dan lain-lain. Melalui iLuvislam, beliau berpendapat bahawa kita dapat sama-sama membantu mengembalikan semula ketamadunan Islam.


Kami beramai-ramai di Kompleks PKNS, Bangi.

En. Hashim Anang, Pengurus Hubungan Korporat KKSB, menceritakan tentang sejarah penubuhan tabloid iLuvislam. Menurut beliau, ia adalah cetusan idea setelah KKSB mengambil iluvislam.com sebagai anak angkat pada 1 Mei 2009. Pihak KKSB berasa tanggungjawab untuk membantu membawa iluvislam.com ke satu tahap yang lebih jauh melalui kekuatan KKSB, iaitu percetakan. Ia merupakan salah satu sebab utama penubuhan tabloid ini.


Pelajar-pelajar Institut Perguruan Islam, Bangi.

Konvoi IPT iLuvislam akan diteruskan lagi dan hari ini, ia merupakan konvoi yang unik kerana kami telah memilih sebuah sekolah terkenal untuk disinggahi, Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS); 'the only school' yang kami pilih.

Selepas KISAS, kami akan ke KUIS, USIM dan UNITAR Kelana Jaya.


Pusat Islam, UNITEN.

Kritikan dan Pandangan : Adakah ini BACUL dan PENGECUT ?

Oleh : panerai


Saya selalu bertanya, adakah Pandangan dan Kritikan itu berbeza? Mengapakah perkataan Kritikan itu sering disalah ertikan niatnya. Mengapakah Kritikan sering kali diingati sebagai sesuatu yang sangat negatif dan menjatuhkan seseorang. Fonemena kritikan sebagai satu perkara yang hitam ini saya dapat lihat sewaktu saya menjadi mahasiswa. Apabila saya melontarkan ”kritikan”, saya sering dituduh sebagai pengecut dan bacul. Saya mengkritik atas kefahaman saya dan niat saya untuk membantu kerana saya tidak berada di posisi yang untuk membuat perubahan.


Sering saya alami, mereka yang berada di posisi untuk membuat perubahan amat meluat dengan idea dan pendapat saya. Maka keluarlah pelbagai tohmahan dan ayat – ayat benci menyatakan saya ini pengecut, hanya tahu menyalak umpama anjing tidak dapat tulang. Ada juga diantara mereka secara baik menyatakan yang saya tidak memahami situasi sebenar ”mereka”, banyak perkara perlu difikirkan dan dibuat.

”Anda tidak faham situasi kami, Jangan hanya pandai berkata-kata, Masuklah bertanding dan buat perubahan”

Berdasarkan ayat diatas saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya kira kalian semua pembaca dan pemimpin mahasiswa harus pertimbangkan.


Kenapa kita perlu berada diposisi yang sepatutnya untuk membuat perubahan?

Adakah saya sebagai pelajar (ketika itu) tidak boleh bersuara jika tidak berkuasa?

Saya tidak nafikan, apabila seseorang itu berada di posisi khas untuk membuat perubahan, maka lebih mudah dan lebih pantas. Untuk melaksanakan perubahan, penambahbaikan pemimpin itu perlukan ilmu. Dengan ilmu dan kuasa maka semua yang diharapkan dapat berhasil (InsyaAllah). Ilmu itu luas dan tidak pernah cukup untuk manusia memilikinya. Saya ingin bertanya,

Adakah apabila kamu dilantik sebagai pemimpin, secara otomatiknya kamu memiliki ilmu memerintah, ilmu mentadbir dan segala jenis ilmu, sehinggakan kamu tidak perlu mendengar pandangan orang lain?

Busuk sangatkah pandangan dan kritikan orang luar organisasi kamu untuk kamu nilai dan mudahnya kamu mengandaikan mereka hanya menyalak, menarik perhatian, kecewa, dengki dan hasut?

Mereka yang mengkritik memang wujud pelbagai tujuan. Ada yang baik dan ada yang buruk niatnya. Saya tidak boleh menjamin semua kritikan itu berniat membantu. Apa yang saya boleh katakan, ada segelintir yang berniat baik, dan mereka harus diberi perhatian dan sambutan oleh para pemimpin.


Maka moleklah jika pemimpin merendahkan diri untuk melayan mereka. Mungkin ada diantara idea dan pandangan tersebut boleh kalian ambil dan laksanakan. Idea – idea ini mungkin radikal dan jauh dari kemampuan diri. Tetapi ia masih idea dan MAMPU dicapai. Saya kira, idea – idea ini juga boleh membantu pemimpin – pemimpin meningkatkan kekuatan pentadbiran mereka, meraih lebih banyak sokongan pelajar kepada mereka, mencapai lebih banyak kejayaan.

Atas isu inilah, saya tergerak untuk menghasilkan artikel ini. Lama telah berlaku, tiada sebarang perubahan. Konsep ”Jangan Dengar Kritikan – Kritikan dari media alternatif ini” sudah berakar umbi dan menusuk dalam di dalam perawakan pemimpin – pemimpin di UNITEN kita. Mereka hanya ingin mendengar pandangan dalam bentuk paling tradisional, Borang Aduan dan Maklum Balas. Itu lah yang sah bagi mereka.


Wahai pemimpin di UNITEN, Janganlah kamu menghadkan kemampuan kamu. Janganlah kamu letakkan diri kamu sebagai tradisionalis. Janganlah kamu terkongkong dengan amalan – amalan yang telah lama dilaksanakan.

Pelbagaikan medium membuat aduan, menyampai kritikan, meluaskan pandangan. Selepas itu dengar mereka, beri perhatian kepada mereka. Selalu tanya diri, apakah yang kami masih kurang perjuangkan sehingga kami dikritik. Jangan lar melatah. Jadikan diri professional. Kumpulkan bijak pandai yang kamu ada untuk membantu kamu dan jangan bodohkan diri sendiri dengan mengangap orang lain bodoh.

DENGAR MEREKA, SELAMI HASRAT MEREKA, FAHAMI IDEA MEREKA.

Monday, 8 February 2010

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.



Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.


Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.


"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Sunday, 7 February 2010

Saya Ada Hak Rampas ID anda!!

Al-kisah seorang camera man hendak mengambil gambar sempena “photography competition” di halang guard uniten di main gate….

Rasa tidak puas hati ini disebabkan guard datang terus kata “anda lakukan satu kesalahan”

Tangkap gambar dalam uniten satu kesalahan?????

Lepas tuh secara paksa dia meminta ID aku dan ikutnya ke pejabat

Aku cakap aa buat apa nak bagi ID..apa salah saya??…

Guard berkata : MENGIKUT ARAHAN PUAN ZARINA > DILARANG MENANGKAP GAMBAR DALAM UNITEN TANPA SURAT KELULUSAN…WTFun

So apa gunanya photography competiton??...mana pegi hak kita sebagai student untuk menangkap gambar dalam uniten??...apesal strict sangat sampai gambar pun tak boleh tangkap….Keselamatan??.....wah tangkap gambar leh rosakkan nama uniten ke…hebat….

Lepas tuh guard tuh emo….dia cakap “awak tau tak kami saper”……aku cakap la guard

Lagi dia emo cakap “bukan, Kami Pegawai kesalamatan” bukan nak peril tapi apa point dia nak cakap....ok selesai

Lepas tuh dia cakap, kami ada hak untuk rampas ID kamu…sekali lagi aku tanya…ada ke aku buat salah??…kalo aku orang luar pun nak amik jugak ke ic orang tuh….

Then dia tak puas hati lagi tak dapat ID….dia kata “ kalo tak nak bagi ID, jangan tangkap gambar”….ok, fine aku pun balik aaa….lepas tuh guard tuh ikut aku nak cek no plate keta n keta apa aku bawak…aku pun pelik la ape la masalah dia ni….

Then last kali paling best..guard berkata….”awak ingat kami tak kenal awak, kami nampak awak setiap hari, kami boleh cam awak(ayat last tuh xsure, lebih kurang ayat dia)….so ape motif dia??...nak ugut??....

Nak fakta aku leh bagi fakta….kat student tak dapat pun surat mengatakan tak leh tangkap gambar dalam uniten..fakta lagi…kalo nak samakan macam rokok haram buat dalam uniten…yet ramai jerk rokok dalam uniten…..

Last kali aku bagi ID aku dalam keadaan dia merajuk…yang lawaknya dia tulis atas kertas je ID tuh…tak perlu masuk office

Kesimpulan, Cmna orang nak respect guard kalo cakap dengan student macam tuh….sikap tuh penting melambangkan pegawai tersebut. Kalo guard mintak no ID jer boleh je cek kat database….tak perlu la sampai masuk2 office…macam aku buat kesalahan berat lak….last kali kalo photography tak leh buat dalam uniten, at least bagitau student dlu….information tak sampai kat student langsung
 
^ Scroll to Top