Friday, 9 October 2009

UNITEN oh UNITEN

Salam ukhwah fillah dan salam sejahtera...

Memandangkan diri ini salah seorang pelajar UNITEN dan diberi hak untuk memberi pendapat dalam mengimarahkan UNITENKINI,maka ada sesuatu yang mahu aku kongsikan dengan sahabat sekalian.Setuju atau tidak itu pendapat masing-masing.

Untuk pengetahuan kalian,aku pernah bekerja rapat dengan pihak pengurusan keselamatan UNITEN apabila aku dan persatuanku menjalankan suatu kerjasama yang perlu ku rahsiakan untuk kebaikan agama Islam di UNITEN.Sebagai AJK Tertinggi program tersebut,aku sering dipanggil bermesyuarat bersama pihak keselamatan UNITEN untuk membincangkan gerak kerja untuk operasi kami.

Pihak yang kami membuat rundingan ialah Penyelia Keselamatan UNITEN dan namanya perlu dirahsiakan.Sejak dari saat itu aku tahu kenapa pihak keselamatan UNITEN tidak mengambil berat soal keselamatan di UNITEN.Apakah sebab musabab utama yang dia hujahkan?Sudah tentu perniagaan.Beliau berkata UNITEN adalah IPTS dimana UNITEN berkonsepkan perniagaan.Maka pelajarnya adalah aset penting universiti kerana merekalah pelanggan.Majikan pihak keselamatan UNITEN ialah UNITEN sendiri.Dan pelanggan UNITEN ialah pelajar UNITEN sendiri.Disini kelihatan siapa yang lebih tinggi dalam kedudukan di UNITEN.Pelajar UNITEN tertinggi kerana kuasanya sebagai pelanggan diikuti pengurusan UNITEN dan syarikat keselamatan yang diberi tender oleh UNITEN adalah Security UNITEN itu sendiri.Maka kesimpulannya,Security UNITEN dibawah pelajar itu sendiri.

Ini memang fakta.Penyelia terbabit mengatakan bahawa,jika pihak keselamatan UNITEN mengetatkan tahap keselamatan di dua pintu masuk utama,maka akan berlaku konflik yang berpanjangan.Pelajar UNITEN dan ibubapa mereka akan memikirkan kesusahan kerana tahap disiplin yang terlalu tinggi.Ini akan menyebabkan kurang minat pelajar UNITEN mahu memasuki UNITEN pada tahun yang akan datang kerana kelihatan seperti di IPTA.Mindset mereka mengatakan IPTS adalah bebas dan merekalah yang berkuasa dalam banyak hal kerana duit mereka memberikan sumber rezeki kepada pihak UNITEN itu sendiri.

Pelajar yang memasuki UNITEN bukan calang-calang orang.Beliau ada menyatakan,konflik UNITEN dan pelajarnya ada juga berlaku dimana ada juga dibawa kepada tribunal pengguna.Ini memburukkan nama UNITEN.Dalam hal ini tidak diketahui salah siapa tetapi kadang-kadang pelajar UNITEN yang bersalah tidak mahu mengaku kesalahannya dan membawa sesuatu perkara yang boleh diselesaikan hanay di meja rundingan.Tak perlu dibawa hingga ke mahkamah tribunal pengguna.Last-last ianya diselesaikan di luar juga kerana kes yang dibawa oleh pelajar tersebut tidak kukuh.

Mengenai kecurian di UNITEN,memang menggila dan semakin menjadi-jadi.Terbaru ada motor 125z kawan yang lesap disambar orang walaupun dikunci dengan mangga.Bulan lepas kereta Honda yang diletakkan di perkarangan parking COE juga dicuri orang dan Security perasan masa kereta tersebut dibawa keluar UNITEN iaitu kira-kira 15 minit selepas pelajar yang memiliki kereta itu masuk ke kuliah.Apa tindakan Security dalam hal ini?Hanya memandang sepi?Terbaru lagi,berlaku pula kisah seorang pelajar UNITEN lelaki membawa pelajar perempuan ke AMANAH!Security di AMANAH sangat teruk berbanding di Cendi namun di Cendi pun kes kehilangan barangan elektronik tak pernah surut.Tapi kontra akan berlaku pula apabila kempen keselamatan dijalankan di AMANAH,dimana pelajar Asasi dan Tahun Pertama UNITEN yang membawa kereta tanpa sticker akan memaki hamun Security yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak atasan.Bila kereta dan motor hilang kerana tiada pengawasan Security,pihak ini juga dipersalahkan.Maka Security UNITEN menjadi 'bahan' antara dua pihak iaitu pelajar UNITEN dan pengurusan UNITEN.

Hal kedua yang mahu dikongsi bersama ialah,adakah kita memerlukan Pro-Asprirasi dan Pro-M di UNITEN menjelang pilihanraya MPP kelak?Aku sendiri berpendapatan kita memerlukan dua kelompok yang berlainan ideologi ini namun banyak kekangan akan dihadapi antaranya:

  1. Ianya akan dicantas oleh HEP kerana beranggapan pelajar bermain politik di kampus.Ada yang sokong kerajaan dan sokong pembangkang.
  2. Pelajar UNITEN yang ramainya lemau yang hanya tahu belajar sahaja tanpa mengaktifkan diri dengan kepimpinan.Namun keputusan peperiksaan majoritinya tidak pun gempak.
  3. Pelajar UNITEN berbeza dengan pelajar IPTA.IPTA adalah terpilih namun syarat memasuki UNITEN rendah berbanding IPTA.Maka kualiti yang memasuki UNITEN tidak sebaik IPTA.
  4. Kempen pilihanraya MPP UNITEN disponsor oleh siapa?Pelajar atau UNITEN?Yuran pengajian UNITEN yang mahal membantutkan minat pelajar menceburi bidang kepimpinan kerana mereka tidak mahu merugikan duit yuran yang mahal dengan tidak skor dalam pengajian.Maka dipinggirkan kepimpinan.
  5. Lebih ramai yang mengutuk MPP dari yang mahu membantu mereka dari belakang.Benda yang baik tak pernah dihargai namun yang buruk senantiasa diingati.Itu lumrah kehidupan manusia.
Insya-Allah,aku akan luahkan lagi apa yang perlu diperbaiki oleh pengurusan UNITEN dan juga pelajar UNITEN itu sendiri agar impian UNITEN menjadi universiti top di Malaysia menjadi kenyataan.Nasihat dan luahan ini pendapatku sendiri.Untuk kebaikan bersama.Tanpa pengurusan UNITEN,tiada tempat kita belajar dan tanpa pelajar UNITEN,tiada juag sumber perniagaan pengurusan UNITEN.Kedua-duanya saling memerlukan.

Admin Destinasimu.blogspot dan Penalis Unitenkini...

10 comments:

KHATEEB said...

satu tulisan yang bernas daripada faiz...
"..adakah kita memerlukan Pro-Asprirasi dan Pro-M di UNITEN menjelang pilihanraya MPP kelak?Aku sendiri berpendapatan kita memerlukan dua kelompok yang berlainan ideologi ini namun banyak kekangan akan dihadapi...."
Bagi saya, tidak timbul kewujudan dua kelompok ini di UNITEN sebab suasana di IPTA tidak sama dengan UNITEN. Pelajar UNITEN lebih suka buat kerja yang melalaikan daripada perkara yang berfaedah. Suka buang masa dengan melepak tak tentu hala daripada melibatkan diri dengan aktiviti kelab persatuan. Di sinilah kekurangan pelajar UNITEN,kurang kesedaran.Jadi untuk mewujudkan suasana yang elok, kesedaran perlu wujud dahulu.

KaYRaiL FaREasT said...

Jazakallah...

silent reader said...

tahniah di atas pandangan penulis...penulisan yg berhemah di setakan dengan hujah & pandangan yg bernas...

tahniah sekali lagi...

cakap belakang said...

posting yang begitu baik sekali, aku pun pernah bertemu dengan penyelia keselamatan tersebut dan komen beliau adalah sama seperti apa yang penulis katakan..

apa pun, aku sedikit sebanyak tidak bersetuju dengan perenggan ini..

"Pelajar UNITEN berbeza dengan pelajar IPTA.IPTA adalah terpilih namun syarat memasuki UNITEN rendah berbanding IPTA.Maka kualiti yang memasuki UNITEN tidak sebaik IPTA."

adakah ini bermakna pelajar IPTS secara amnya dan pelajar IPTS secara khususnya adalah pelajar IPT kelas kedua? apakah terbukti bahawa pelajar IPTA lebih baik dan cemerlang daripada pelajar IPTS?

sekiranya perkara ini benar, mengapakah terjadinya lambakan mahasiswa yang majoritinya adalah graduan IPTA? mungkin ini disebabkan nisbah pelajar sesebuah IPTA itu lebih besar daripada IPTS namun jangan dilupakan bahawa terdapat 40++ IPTS diseluruh negara yang bertaraf universiti atau kolej universiti..

KaYRaiL FaREasT said...

Jazakallah cakap belakang...
"Pelajar UNITEN berbeza dengan pelajar IPTA.IPTA adalah terpilih namun syarat memasuki UNITEN rendah berbanding IPTA.Maka kualiti yang memasuki UNITEN tidak sebaik IPTA." - Penerangan:
Yang dimaksudkan ialah kualtiti pelajar bukan kualiti pengajian di insititusi berkenaan.Kualiti pelajar yang memasuki IPTA majoritinya baik berbanding di IPTS.Oleh itu untuk mendapatkan kursus terbaik di IPTA perlukan CGPA Matrik dan stpm yang tinggi berbanding memasuki kursus yang sama di IPTS kecuali UTP.Namun lambakan berlaku kerana kualiti pengajian di IPTA rendah sedikit berbeza dgn IPTS.Pelajarnya masih IPTA baik sedikit berbanding IPTS.Cuma buah fikiran.Asif

cakap belakang said...

saudara, bolehkah sekiranya diberikan perbandingan mengenai kelayakan untuk memasuki IPTA, UTP, dan Uniten agar dapat sama-sama kita menilainya..

sekiranya benar apa yg saudara katakan, maka adakah uniten ini merupakan tempat lambakan pelajar yang gagal menempatkan diri di IPTA atau dalam bahasa yang lebih kasar, bahan buangan IPTA? ya, saya, anda, dan semua yang membaca ni hanyalah bahan buangan IPTA? gitu?

Jihardist said...

aku pun kurang stuju ngan ko faiz..
Uniten bkn tmpat lmbakan bbdak yg xleh g IPTA...cuma uniten sbgai IPTS...apa slahnya IPTS?
aku dlu dpt je twaran kt UIA, tapi fikir-2 balik...uniten kors dlm engine lebih berkualiti...
dan ramai je yg msuk uniten ngan scholarshipp...

KaYRaiL FaREasT said...

Salam..
Kepada cakap belakang,sy terasa mcm itu sebab kegagalan saya ke jerman beberapa tahun lalu.Maka kami dari JPA dan MARA yang gagal ke oversea semua ke UNITEN dan kami tidak langsung tak diterima ke mana-mana IPTA.

KaYRaiL FaREasT said...

Bukanlah topik yang mahu dibualkan ialah IPTS tempat lambakan pelajar yang gagal ke IPTA.Tetapi kebanyakkan ramai yang tak dapat ke IPTA ataupun mahu ke course yang mereka ingini seperti engineering di UTM dan UM, mereka mengubah hala ke IPTS seperti UNITEN dan UTP untuk mendapat course yang sama yang setaraf dengan IPTA tersebut.Tarafnya kecemerlangan graduate yang dikeluarkan adalah sama dan cuma perbebezaan berlaku untuk kelayakan untuk masuk ke course berkenaan di UTM ataupun UM.Jika diperhatikan mereka yang berada di matrik mempunyai CGPA 3.5 above layak untuk course engineering UTM dan UM.(Mengambil pengalaman sebagai Fasi Fresh Degree yang mana majoritinya CGPA di Matrik tak cecah 3.5 dan tidak dapat course yang mereka ingini).... Sekian..

Anonymous said...

maaf.
tidak baik berkata kite tidak cemerlang. maaf jika ada ayat saya mengusik jiwa.keputusan saya d matrik 3.5 dan 9A spm.sanggup memilih uniten berbanding utm, walhal pelajar di sana semua 3.5 ke atas. saya memilih kerana yakin uniten lebih baik. malu kalau budak ipta baca post ni..macam uniten universiti kelas kedua.

 
^ Scroll to Top