Sunday, 18 October 2009

Pembodohan Mahasiswa Uniten oleh pihak pentadbiran, Uniten perlukan pro-M

Aku dijentik dengan penulisan Kayrail Fareast dalam postnya yang lepas. Antaranya kekangan kalau ada pro-M di Uniten :


Ianya akan dicantas oleh HEP kerana beranggapan pelajar bermain politik di kampus.Ada yang sokong kerajaan dan sokong pembangkang.


Bagi aku, pro-M wujud bukan semata-mata menyokong pembangkang didalam Kampus, tetapi pentingnya pro-M kepada mahasiswa Uniten sebagai pembela nasib mahasiswa/wi Uniten supaya tidak diperbodohkan oleh Pihak Pentadbiran Universiti.

1. Alasan pihak keselamatan bahawasanya tahap keselamatan uniten tidak diperketatkan sebab

Beliau berkata UNITEN adalah IPTS dimana UNITEN berkonsepkan perniagaan.Maka pelajarnya adalah aset penting universiti kerana merekalah pelanggan.Majikan pihak keselamatan UNITEN ialah UNITEN sendiri.Dan pelanggan UNITEN ialah pelajar UNITEN sendiri.

Jika pelajar adalah ‘pelanggan’ maka kewajipan keatas pihak Uniten untuk menjaga pelanggannya termasuk keselamatan pelanggannya supaya tidak lari/marah/menyampah dengan mereka. Bukannya bersikap terbuka supaya pelanggan lain lebih banyak masuk untuk sesi hadapan! Mahasiswa UNITEN diperBODOHkan dengan alasan yang bodoh!

Kenapa Mahasiswa Uniten diperbodohkan sedemikian rupa? Kerana tiada pembela di UNITEN! tiada pembela nasib pelajar di UNITEN.

2. Bagi yang lain, aku bersetuju dengan Kayrail Fareast tetapi aku mengharapkan UNITEN dapat juga melahirkan pemimpin yang profesional, bukan hanya graduan yang profesional dari segi pelajaran, malah boleh memimpin negara, yang berfikiran luar daripada skop ‘tempurung’ kampus. Janganlah nama IPTS menjadi singkatan kepada = Institut Pengajian Tinggi yg Senang diperbodohkan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

MPP sdg menjalankan usaha untuk perbaiki masalah ini. Sila rujuk web MPP di http://metalab.uniten.edu.my/~srcuniten.

Mmg pihak keselamatan seolah-olah tidak endahkan keselamatan pelajar. 1 resolusi akan dibuat tp pelajar perlu bangkit dan beri sokongan. Kelab2 juga patut tlg skali cm PPI.

All students wake up! We have to work together! Not only MPP! but ALL!

Anonymous said...

skrg ni pulak uniten naik yuran penginapan sharing jd rm200, single room jd rm280, lepas tu pulak duit api, air bayar sendiri..ape yg MPP buat?? baik tak payah jd MPP klu juz nk popular je...klu juz jd fesi utk fresh student, baik x payah..tu bkn keje MPP...UNITEN bkn hak milik pegurusan!!!

 
^ Scroll to Top