Monday, 28 September 2009

Definisi melayu: Kesimpulan

Sebagai kesimpulan daripada dua artikel ‘Definisi Melayu’ yang telah ditulis sebelum ini, Bangsa Melayu yang wujud dari dahulu sehingga sekarang ialah satu golongan masyarakat yang berasal dari kawasan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai nusantara serta menetap di sekitar kawasan tersebut. Kedua, bangsa Melayu juga memiliki identiti sendiri dengan pengekalan akidah Islam sejak ketibaan seruan dakwah Islam di Nusantara. Ketiga, bahasa pertuturan yang digunakan bagi bangsa Melayu ialah bahasa Melayu (ataupun bahasa Indonesia).

Melihat kepada faktor pertama bagi definisi melayu iaitu kewujudan bangsa Melayu berasal dari kawasan Nusantara, menunjukkan bahawa mereka adalah kumpulan manusia yang paling awal menetap di Asia Tenggara atau Nusantara. Ini adalah fakta sejarah, kerana sebelum ini timbul isu bahawa orang Melayu bukan penduduk asal Malaysia. Alasannya ialah sebahagian besar keturunan orang Melayu yang ada di Malaysia pada hari ini datang dari luar Malaysia. Sungguhpun begitu, alasan ini sungguh lemah kerana definisi orang Melayu tidak terhad kepada orang yang berada di Malaysia sahaja. Orang Melayu yang berada di sekitar Asia Tenggara seperti di Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja dan Vietnam juga dukira sebagai orang Melayu. Perkembangan zuriat bangsa Melayu menyebabkan berlaku perpindahan masyarakat dari satu tempat ke tempat lain di Asia Tenggara.

Pada faktor kedua pula, sebelum kehadiran para pendakwah Islam ke benua Asia Tenggara. Masyarakat di sini secara keseluruhannya tidak mempunyai apa-apa agama. Mereka berpegang kepada kepercayaan anamisme, iaitu percaya kepada semangat alam dan roh syaitan. Pada ketika itu hidup mereka berpecah-pecah, identiti masyarakat yang menetap dari satu tempat ke tempat juga berbeza. Namun, kehadiran seruan dakwah dan sinar Islam ke Asia Tenggara telah merubah segalanya. Dari kepercayaan yang sesat kepada kepercayaan benar hanya kepada tuhan yang Maha Esa, Allah s.w.t. Bertitik tolak dari sinilah masyarakat di Nusantara mula berubah, berkembang dan membentuk tamadun yang berasaskan Islam. Sungguhpun pada kurun ke 16, para penjajah asing mula datang ke Asia Tenggara bersama-sama ajaran Kristian ianya tidak mengugat langsung pegangan akidah Islam yang mengakar di dalam kehidupan bangsa Melayu. Selain daripada itu, terdapat juga bangsa asing yang beragama Islam yang tiba di Asia Tenggara serta mengahwini anak tempatan. Mereka serta keturunan mereka turut diiktiraf sebagai ‘Melayu’ berdasarkan kepada pegangan Akidah Islam mereka.

Pada faktor ketiga, secara umumnya masyarakat Melayu bertutur dalam bahasa Melayu. Jika di Indonesia, disebut bahasa Indonesia. Pertuturan bahasa ini telah berlangsung sejak dahulu lagi. Pada kurun ke-15 & 16, bahasa Melayu telah mencapai zaman kemuncaknya kerana ia telah diangkat menjadi ‘lingua franca’. Iaitu antara bahasa perantaraan dunia yang utama pada ketika itu. Hatta bangsa Melayu yang telah menetap jauh dari Asia tenggara seperti di Afrika Selatan, Sri Langka, Madagascar, Eropah sekalipun. Mereka masih pengekalkan pertuturan seharian dalam bahasa Melayu, Cuma tidak sekerap seperti orang di Nusantara.

Sekadar di sini sahaja bicara mengenai definisi Melayu. Sekadar perkongsian pengetahuan supaya kita tahu asal usul kita sendiri. Akan tetapi persoalan yang perlu sentiasa kita sedar, adakah Melayu muncul secara tiba-tiba tanpa Islam? Apa kesan Islam ke atas bangsa Melayu sebelum zaman pra-Islam hingga selepas Islam? Sama-sama kita renungkan dan kaji. Sekian sahaja. Assalamualaikum.

2 comments:

awang said...

begini rupanya sejaraha asas orang melayu...saya nak mintak penulis buat penulisan lanjutan tentang perkembangan semasa orang melayu..contohnya, dari segi ekonomi, kebudayaan,pendidikan ke...

Anonymous said...

Whats is this blogspot all about? is it about Uniten discussing Uniten unresolve problems, or its about the malays? Then i would to suggest that you open a new blog and name it malaykini.blogspot.com

TQ.

 
^ Scroll to Top