Thursday 24 December 2009

Gangguan elektrik di UNITEN kampus Putrajaya

Mukim Sepang, 24 Disember 2009- Unversiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah mengalami gangguan bekalan elektrik di sini pada semalam hari. Kejadian tersebut berlaku sejak awal pagi, iaitu jam 8.00 pagi hinggajam 11.00 pagi. Walau bagaimanapun, gangguan elektrik tidak berkekalan kerana selepas 11.00 pagi bekalan elektrik pulih kembali. Namun tidak semua bangunan yang mendapat kembali bekalan elektrik kerana bangunan perpustakaan dan bangunan kolej IKAL masih bergelap sehingga waktu malam.

Menurut seorang juruteknik UNITEN, masalah tersebut berpunca daripada seekor cencorot yang dikatakan menggigit salah satu wayar di penjana utama UNITEN yang membekalkan elektrik ke seluruh bangunan di UNITEN.

Kesan daripada peristiwa gangguan elektrik tersebut, banyak kelas yang bermula seawal jam 8.00 pagi terpaksa dibatalkan oleh pensyarah masing-masing akibat tidak dapat menggunakan komputer dan ‘projektor’ serta perisian di makmal-makmal sains dan kejuruteraan.

2 comments:

Sesumpah said...

lepaskan cencorot banyak2, tiada lagi kelas di pagi hari :)

Nana^_^Moslim said...

mcm klakar je..ingtkn uniten xbyr bil..kwang3~~pape pn keep updating all the new info..akk nie br pas grad..so tak tau ape da jd kt uniten neh..huhuhu..

 
^ Scroll to Top