Friday, 30 October 2009

Perkara 3(1)

8 bulan lepas semasa dalam kuliah Malaysian Studies, seorang rakan ada menyuarakan keraguannya perihal agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Atas nama mencari jawapan, aku menyemak Perlembagaan Persekutuan lalu menjumpai perkara 3(1) yang menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Ternyata memang ada didalam perlembagaan tentang status agama Islam bagi negara kita.



Status Agama Rasmi dalam Perlembagaan
Seperti yang termaktub dalam perkara 3(1), Islam merupakan agama bagi Persekutuan yakni menjadi agama rasmi Malaysia. Namun ianya hanya menjelaskan tentang sifat atau agama yang dianut oleh Malaysia. Ianya tidak merangkumi identitI atau sistem yang diamalkan oleh kerajaan. Adakah Malaysia itu sebagai manusia yang boleh menganut Islam? Dalam hal ini, kerajaan yang memerintah Malaysia bukanlah kerajaan Islam tetapi kerajaan demokrasi yang lebih dekat kepada sekularisme seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin DAP. Contohnya, seorang yang beragama Islam tidak semestinya mengamalkan cara hidup Islam yakni lebih bersifat sekularisme. Jika sistem kerajaan itu berlandaskan Islam, maka kerajaan itu merupakan kerajaan islam. Contohnya, nama Republic Islam Iran dan Islamic Republic of Pakistan jelas memberi makna kerajaan Islam disilia dalam sistem republic Islam. Dalam perlembagaan kedua-dua buah negara ini juga ada menyatakan tentang Islam sebagai agama rasmi. Lebih daripada itu, sistem perundangan juga berasaskan undang-undang shariah.

Rakyat
Sesebuah kerajaan dibina oleh kekuatan rakyat lalu identiti rakyat mencerminkan identiti kerajaan. Sesebuah kerajaan yang demokrasi seperti Malaysia memimpin negara berasaskan amanah rakyat. Oleh itu, rakyat dapat memberi kita maklumat tentang sesuatu perkara seperti agama rasmi. Di Malaysia, kira-kira 60% daripada 26 juta rakyat beragama Islam. Ini mewakili satu kumpulan majoriti lalu menampakan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Adakah agama yang paling banyak dianuti di sesebuah negara merupakan agama rasmi negara itu? Hematnya, angka ini tidak mengubah status agama kerajaan yang memerintah Malaysia. Contohnya, jika majoriti rakyat Malaysia memilih undang-undang barat selain daripada Islam, adakah ini bermakna Islam bukan merupakan agama rasmi?

Kerajaan
Rakyat mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang menerajui negara. Di Malaysia, Barisan Nasional (BN)dipilih rakyat menjelaskan Malaysia bukan ditakbir kerajaan Islam justeru bukan negara Islam. Kerajaan seperti ini lebih bersifat sekular. Namun kehadiran UMNO yang menjadi tungjang pemerintahan sedikit sebanyak mencerminkan imej Islam dalam pemerintahan di peringkat tertinggi. Contohnya, Perdana Menteri dan kabinetnya boleh membuat keputusan ke mana arus atau pilihan negara apabila memilih sesuatu perkara. Kerajaan Malaysia memilih menganggotai Organisation of the Islamic Conferences (OIC) membuktikan kuasa yang ada pada kerajaan dalam menentukan hala tuju negara. Dalam hal ini, Malaysia dikatakan sebuah negara Islam kerana memilih dan seterusnya diterima menganggotai pertubuhan Islam ini. Kerajaan Malaysia juga secara terus menolak hubungan diplomatic dengan Israel menunjukkan tanda sokongan kepada Palestin dan dunia Islam. Walaubagaimanapun, BN tidak berdiri atas platform Islam lalu tidak pula mempunyai pendirian untuk menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang utama. PAS pula dikatakan serius dalam memperkenalkan hudud dan qisas kerana ianya sudah menjadi piagamnya. Matla, jika PAS memerintah negara lalu menukarkan sistem perundangan dan kerajaan kepada sesuatu yang lebih berunsurkan shariah, maka sudah pastilah Malaysia merupakan negara Islam.

Raja-raja Melayu dan Undang-undang Negeri
Simbol pemerintahan negara kita ialah raja-raja Melayu yang menjadi tungjang pembinaan negara ini. Sejak pemerintahan Parameswara, Islam telah menjadi agama anutan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Justeru memperlihatkan status kerajaan yang bersifat keislaman. Namun kesan berkurun penjajahan menyebabkan imej ini pudar. Malaysia dihuni oleh pelbagai komposisi masyarakat yang bebas mengamalkan agama dan ajaran hidup. Namun, raja-raja Melayu masih kekal sebagai ketua negeri dan Yang di-pertuan Agong sebagai ketua negara. Mereka diberi kuasa dalam perkara berkaitan adat resam melayu dan agama Islam. Matla, keluhuran adat resam dan agama menjadi perkara yang penting dan diambil berat. Oleh kerana simbol pemerintahan terletak ditangan raja-raja Melayu, Islam masih kekal relevan sebagai agama rasmi. Contohnya, Pakatan Rakyat (PR) terpaksa meletakkan seorang Melayu yang beragama Islam sebagai menteri besar Perak meskipun DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS. Perlantikan ini diperkenan sultan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Jelas disini, Islam mendapat keistimewaan di peringkat tertinggi lalu bolehka ianya dinobatkan sebagai agama rasmi?

Lain-lain
Bendera Malaysia: Anak bulan yang terdapat dalam Jalur Gemilang membawa maksud agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan.

Kesimpulannya
Mengikut pandangan aku berdasarkan logik dan fakta yang jelas, Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun sistem pemerintahan dan undang-undang bersifat secular. Isu yang timbul sebenarnya berakar umbi dari pemahaman dan manipulasi definisi daripada golongan bijak pandai seperti pengamal undang-undang dan ahli politik. Jika kita berfikir sebagai seorang rakyat biasa yang menggunakan kewarasan akal fikiran, aku yakin jawapan kepada isu ini semakin jelas. ‘Malaysia sebuah negara Islam’ mempunyai 2 makna yang merujuk kepada 2 tahap pengabadian atau pengaplikasian Islam dalam negara. Yang pertama Islam menjadi asas kerajaan, pemerintahan dan undang-undang. Contohnya Iran mempunyai kerajaan Islam yang mengamalkan pemerintahan Islam sambil didokong oleh undang-undang shariah. Yang kedua Islam menjadi agama rasmi akibat kesan langsung kerajaan, pemerintahan dan undang-undang. Contohnyanya kerajaan Malaysia menyertai OIC merupakan tingkah laku yang berpegang pada Islam namun dibuat oleh kerjaan yang tidak meletakkan Islam sebagai perkara tertinggi dalam pemerintahan. Ringkasnya, Malaysia merupakan negara Islam dengan Islam sebagai agama rasmi juga mempunyai sistem pemerintah dan undang-undang yang sekular.

Kita boleh menideologikan diri sendiri dalam isu ini. Apakah agama kita? Setiap warganegara mempunyai kepercayaan masing-masing. Di dalam surat perakuan warganegara seperti MyKad, telah dinyatakan anutan kita. Jika kita seorang Islam, maka tertulis perkataan Islam dalam surat perakuan itu. Secara kasarnya, kita seorang Islam mengikut undang-undang. Dalam hal ini, Islam telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi Malaysia. Namun, tidak pula disebut tahap atau cara kita mengamalkan agama itu samada kita seorang warganegara yang berpegang teguh kepada ajaran Islam ataupun seorang sekular. Dalam hal ini, Malaysia mungkin dikategorikan sebagai negara sekular. Namun mujurlah terdapat kerajaan yang tidak sepenuhnya bersikap sekular lalu menampakkan tag Malaysia sebagai negara secular sesuatu yang janggal.

Ahli politik sering memainkan isu ini demi mendapat pengaruh dan kuasa rakyat. Contohnya UMNO yang menyatakan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka mendapat sokongan rakyat kerana pemikiran rakyat yang seakan liberal dan sudah enak duduk dalam belengu globalisasi seperti sekarang. DAP juga secara konsisten memainkan isu ini demi memenuhi status sebagai pembangkang demi menampakkan kelemahan dan mengoyahkan kerajaan semasa. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan golongan liberal Melayu dan orang bukan Islam. Pendirian PAS pula kelihatan sedikit teguh dengan memperjuangkan hukum dan sistem Islam walaupun bakal berhadapan tentangan ramai khususnya orang bukan Islam. Oleh itu, status negara Islam atau tidak dijelaskan melalui pendirian atau kepentingan diri mereka.
Mahkamah Agung pada tahun 1988 ada mengelaskan perkataan Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hanya merujuk kepada perkahwinan, perceraian dan harta pusaka lantas aspek lain seperti undang-undang dan sistem pemerintahan kekal sebagai aspek bukan Islam yakni berasaskan barat ataupun bersifat sekular. Dalam hal ini, nampak golongan yang berfikir secara objektif dan mendalam seperti peguam mengolah definisi membuat manipulasi berdasarkan hemat, sifat dan maksud satu perkataan.

Akhir kata, semua andaian, pandangan dan kesimpulan seseorang terhadap agama rasmi Malaysia perlu menjurus kepada adakah Malaysia sebuah negara Islam atau tidak bukannya Malaysia sebuah negara Islam atau sekular. Kita patut tanya adakah Malaysia sebuah negara sekular atau tidak bukannya Malaysia sebuah Negara sekular atau Islam. Ini lebih mudah dijawap seperti mudahnya kita berfikir ataupun mudahnya kita bercakap. Fikir-fikirkanlah.

Monday, 26 October 2009

32 Kereta Solar Mula Merentas Benua Australia


Daripada Syed Azwan Syed Ali

DARWIN (Australia), 25 Okt (Bernama) -- Sebanyak 32 kereta kuasa solar termasuk kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) "Solar Ranger1" memulakan cabaran merentas benua Australia pagi Ahad.

Acara pelepasan kereta solar itu berlangsung di Rumah Parlimen Darwin di sini pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

Beratus-ratus pemerhati dan peminat kereta solar termasuk wakil media dari seluruh dunia hadir seawal 7 pagi bagi menyaksikan cabaran solar itu yang disertai pasukan dari 15 negara.

Ketika pasukan Nuon Solar dari Belanda dengan kereta solar "Nuna5" menjadi pilihan perlumbaan itu, Solar Ranger1 yang mengalami kerosakan teknikal sebelum ini, layak meneruskan perlumbaan itu.

Bagi 15 anggota pasukan UNITEN, mereka yakin kereta solar mereka mampu bertahan dan menamatkan perlumbaan sejauh lebih 3,000km dari Darwin, Utara Australia, hingga ke Wilayah Selatan Australia, Adelaide.

Selain keberkesanan mengendalikan sistem kereta solar dan kecekapan pemandu kereta solar, setiap pasukan akan menempuhi beberapa halangan di sepanjang perjalanan itu termasuk faktor cuaca.

Keadaan jalan dan faktor stamina pemandu selain penyelarasan arahan dan maklumat antara kereta pengiring dengan kereta solar juga penting untuk memastikan sebarang cabaran dapat diatasi.

"Ia bukan soal mesin saja, tapi faktor pemandu (manusia) juga main peranan," kata Mohd Syafiq Khasmani, pelajar kejuruteraan yang juga salah seorang pemandu kereta solar UNITEN.

Tiga lagi pemandu ialah Edmund Ti Wee Keat, Aziz Suhaimi dan Yaw Chong Tak.

Setiap pasukan mempunyai empat pemandu yang akan bergilir mengikut stamina pemandu itu di sepanjang perlumbaan yang akan memakan masa selama sembilan sehari, bermula pukul 8 pagi setiap hari.

Ini bermakna pasukan kereta solar akan berhenti dan berkhemah tepat pukul 5 petang di tempat di mana kereta solar itu berada sebelum meneruskan perlumbaan pada keesokan hari.

Perlumbaan kereta solar yang merupakan sebahagian daripada "Global Green Challenge 2009" ini dijangka tamat Jumaat ini.

Kegetiran cabaran kereta solar itu dapat dilihat dengan beberapa kereta solar yang mengalami kerosakan minor pada sistem motor dan brek selepas berlepas kurang 20km dari garis permulaan pagi Ahad.

Ketika berita ini ditulis, kereta solar UNITEN masih belum menghadapi masalah dan meneruskan perjalanan ke pit stop rasmi pertama, berhampiran Katherine, kira-kira 320km dari Darwin melalui Stuart Highway.

Mengambil kira kerosakan dialami, cabaran utama kereta solar universiti itu adalah menamatkan perlumbaan itu sejauh mungkin dengan harapan menggunung 1Malaysia yang tertera megah pada badan kereta solar itu.

Pemerhati dari Jerman, Wolfgang Three, yakin UNITEN mampu melakukan kejutan.

"Ia bukan misi mustahil. Pasukan (UNITEN) anda mampu lakukannya," katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA

Monday, 19 October 2009

TNC & Pengarah HEP baru

Dr. Mohamed Nasser bin Mohamad Noor,
Timbalan Naib Canselor (HEP, ALUMNI, Pengurusan),
Universiti Tenaga Nasional.



Tn Hj Ariffin bin Mohamed Yusof,
Pengarah (HEP),
Pusat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tenaga Nasional.

Sunday, 18 October 2009

KQ ENTERPRISE (KDKB PROJECT)


SILA BANTU MEREKA!MEMBELI SAMBIL MENDERMA!!!
SILA KE:
http://kq-enterprise.blogspot.com/

BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010


Presiden : Asyraf Nuruddin bin Azran

Timb. Pressiden 1 : Neevashan Ganeson

Timb. Presiden 2 : Eric Ong Choon Tat

Setiausaha Agong : Syed Nabil bin Syed Jalal

Timb. Setiausaha Agong : Haziq bin Zairel Oh

Bendahari Kehormat : Prathib a/l Sooria Demudu

Timb. Bendahari Kehormat : Siti Norfaezah binti Ab Hamid

Seketeriat Latihan & Kepimpinan(P) : Nurhana binti Norhan

Seketeriat Latihan & Kepimpinan(M) : Neevashan Ganeson

Seketeriat Kebajikan & Kerohanian (P) : Gokila a/p Thamilselvam

Seketeriat Kebajikan & Kerohanian(M) : Haziq bin Zairel Oh

Seketeriat Akademik(P) : Mohd Khuizham bin Abd Halim

Seketeriat Akademik & Kerjaya (M) : Siti Norfaezah binti Ab Hamid

Seketeriat Sukan & Rekreasi(P) : Mohamad Syahir bin Abu Bakar diknesh

Seketeriat Sukan & Kebudayaan(M) : Diknesh Khanna a/l Thillainathan

Seketeriat Perhubungan Awan : Tan Wei Hao

Seketeriat Publisiti & Informasi : Nurliyana binti Jamaludin

Seketeriat Kebudayaan & Integrasi(P) : Ugendravarman a/l P.Inthiran

Seketeriat Keusahawanan (P) : Muhammad Afiq bin Mohammad Tahir

Seketeriat Kelab dan Persatuan (M) : Erzan Shafizan bin Gulam Mohd

Hope to have the best support from all Unitenians!


Pembodohan Mahasiswa Uniten oleh pihak pentadbiran, Uniten perlukan pro-M

Aku dijentik dengan penulisan Kayrail Fareast dalam postnya yang lepas. Antaranya kekangan kalau ada pro-M di Uniten :


Ianya akan dicantas oleh HEP kerana beranggapan pelajar bermain politik di kampus.Ada yang sokong kerajaan dan sokong pembangkang.


Bagi aku, pro-M wujud bukan semata-mata menyokong pembangkang didalam Kampus, tetapi pentingnya pro-M kepada mahasiswa Uniten sebagai pembela nasib mahasiswa/wi Uniten supaya tidak diperbodohkan oleh Pihak Pentadbiran Universiti.

1. Alasan pihak keselamatan bahawasanya tahap keselamatan uniten tidak diperketatkan sebab

Beliau berkata UNITEN adalah IPTS dimana UNITEN berkonsepkan perniagaan.Maka pelajarnya adalah aset penting universiti kerana merekalah pelanggan.Majikan pihak keselamatan UNITEN ialah UNITEN sendiri.Dan pelanggan UNITEN ialah pelajar UNITEN sendiri.

Jika pelajar adalah ‘pelanggan’ maka kewajipan keatas pihak Uniten untuk menjaga pelanggannya termasuk keselamatan pelanggannya supaya tidak lari/marah/menyampah dengan mereka. Bukannya bersikap terbuka supaya pelanggan lain lebih banyak masuk untuk sesi hadapan! Mahasiswa UNITEN diperBODOHkan dengan alasan yang bodoh!

Kenapa Mahasiswa Uniten diperbodohkan sedemikian rupa? Kerana tiada pembela di UNITEN! tiada pembela nasib pelajar di UNITEN.

2. Bagi yang lain, aku bersetuju dengan Kayrail Fareast tetapi aku mengharapkan UNITEN dapat juga melahirkan pemimpin yang profesional, bukan hanya graduan yang profesional dari segi pelajaran, malah boleh memimpin negara, yang berfikiran luar daripada skop ‘tempurung’ kampus. Janganlah nama IPTS menjadi singkatan kepada = Institut Pengajian Tinggi yg Senang diperbodohkan.

Thursday, 15 October 2009

Rakyat jangan terpukau pemberian kecil pembangkang: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terpesona dengan pemberian tidak seberapa pembangkang sehingga lupa jumlah RM22 bilion yang diperuntuk kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai subsidi dan insentif tahun ini. 

Perdana Menteri berkata sejak puluhan tahun kerajaan yang diterajui Umno telah mengambil pelbagai inisiatif dengan memberikan subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban rakyat.


"Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit akan jasa-jasa kerajaan pimpinan Umno yang telah berbudi selama puluhan tahun. 

"Kata orang janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan," kata Presiden Umno itu dalam ucapan dasar sulung beliau pada perhimpunan agung parti di sini.
 

Sedar atau tidak, kata beliau, sudah banyak yang kerajaan lakukan demi kesejahteraan rakyat.

"Misalnya di bawah sektor pengangkutan dan tenaga, kerajaan telahpun menyediakan subsidi sebanyak RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel, RM2 bilion untuk program rebat tunai, lebih RM600 juta untuk pampasan tol, RM150 juta untuk kadar elektrik dan RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur," katanya. 

Najib berkata kesemua itu membuktikan kerajaan bukan saja prihatin dan empati dengan keadaan penduduk di luar bandar tetapi juga mereka yang di kota kerana masih ada yang hidup ''kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang''.
 

"Pokoknya rakyat berasa lega bahawa mereka tidak sendirian dalam keluh kesah tentang makan pakai, kos sewa rumah mereka, susu dan kain lampin anak, membawa kepada perbelanjaan pengangkutan seharian yang ditanggung," katanya.
 

Di bawah sektor pertanian dan makanan pula kata Najib, kerajaan memperuntukkan hampir RM600 juta untuk subsidi padi, RM400 juta (beras), RM275 juta (baja), RM210 juta untuk tepung gandum, dan RM89 juta untuk roti.

Bagi pendidikan generasi masa depan, Najib berkata sejumlah RM2 bilion telah diagih dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah khususnya di bawah projek pelajar miskin, RM411 juta untuk bantuan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), RM374 juta untuk guru dan penyelia kelas agama dan fardu ain (Kafa), elaun guru takmir termasuk elaun imam serta ketua-ketua kampung. 

Selain itu, katanya, kerajaan juga telah memperuntukkan RM159 juta untuk kanak-kanak prasekolah dan RM36 juta untuk masyarakat orang asli.
 

Kerajaan juga, kata Najib, tidak lupa golongan keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas apabila memperuntukkan RM850 juta sebagai peruntukan untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada mereka.
 

"Selain itu, dari November 1997 hingga Ogos 2009, kerajaan melalui PTPTN telah mengeluarkan lebih RM19 bilion kepada 1.4 juta peminjam terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS dengan ujarah yang sangat rendah.
 

"Bersyukurlah kita atas semuanya ini,"
katanya. - Bernama



Sumber:



Bagi yang dapat PTPTN kat UNITEN, ada apa-apa komen? kahkahkah...

Saturday, 10 October 2009

Rintihan Pelajar Untuk Didengari

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Kami pelajar UNITEN.Kami pelanggan kamu dan kami perlu juga melanggani UNITEN untuk pengajian kami.Kami penuhi tuntutan yuran pengajian kami yang anda tuntut dan kami juga mahu tuntut hak dan kesenangan kami.Kepuasan kami juga tanggungjawab anda.Tanpa kami,tiada kalian.

Ini adalah artikel kedua bagi tag "Suara UNITEN" dari buah fikiran aku untuk tempoh 2 hari.Di sini aku cuba bangkit beberapa isu yang sepatutnya pihak HEP UNITEN sudah mengambil langkah untuk menangani masalah ini.Antaranya:

1)Isu pengambilan tiket exam:Aku cadangkan pada pihak pengurusan UNITEN untuk melewatkan sedikit tempoh pengambilan tiket exam.Maksudnya,jika hari pertama final exam UNITEN yang jatuh pada tanggal 26/11/2009,tidak perlulah diambil 3-4 minggu awal sebelum tarikh pertama peperiksaan ini.Cuba dilewatkan sedikit kerana pertamanya ditakuti kehilangan tiket exam jika diambil terlalu awal dan keduanya menyebabkan ramai pelajar terganggu kerana minggu pengambilan tiket exam dipenuhi dengan ujian dan presentation project.

Cadangan:Dibawa tarikh pengambilan tiket lewat.Seperti ketika study week ataupun sebelumnya.Tidak 3-4 minggu sebelum final exam.Dicadangkan juga untuk mengelakkan kesesakan,buat jadual pengambilan tiket mengikut kursus.Hanya cadangan.

2)Isu tempat jalan kaki sekitar UNITEN:Mungkin perkara ini boleh dibawa oleh MPP yang baru untuk diamdbil kira keperluan pelajar UNITEN.Jika kita perasan,jika waktu hujan lebat,nyatakan laluan yang pasti kita pelajar COE tidak kena hujan untuk bergerak dari COE ke COE Foodcourt?Adapun berdekatan dengan surau COE itupun masih terkena hujan dan berlecak.

Cadangan:MPP atau HEP UNITEN bolehlah memikirkan untuk membuat laluan pejalan kaki berbumbung dari COE Foodcourt hingga ke surau.Tidakpun laluan berbumbung dari tangga meunuju ke COE foodcourt hingga ke pintu masuk di BL berdekatan dengan Lab MoM.Maksudnya full bukannya 'terkantoi' apabila merentasi tempat parking motor COE.Juga boleh dipertimbangkan membuat bumbung di tempat laluan antara surau COE dan tempat mengambil wuduk muslimin.Kalau hujan,kami ambil wuduk satu badan.HeHeHe.Dan tidak dilupakan,tempat menunggu bas depan COIT,tiada laluan pejalan kaki berbumbung.Jika hujan terpaksa meredah hujan untuk menuju ke bus stand tersebut.

3)Aircond COE:Bukanlah mahu membangkitkan bahawa COE tidak sesejuk COIT.Itu tak mengapa namun.Namun yang mahu diutarakan ialah,jika adalah kuliah mahupun kelas tambahan di COE BN/BM/BL pada jam 6pm onward,selalu sangat main aircond COE ditutup selepas jam 6pm mahupun jam 7pm.

Cadangan:Mungkin COE perlu memeriksa jadual kuliah di BN/BM dan BL dimana jika ada kuliah pada waktu berkenaan,maka perlulah dilanjutkan tempoh pengoperasian penghawa dingin.

4)Palang ada tapi tak berfungsi:Ini berkaitan dengan pintu masuk utama UNITEN.Aku mengetahui palang automatik pintu masuk Uniten tidak sehebat di tol kerana kadar efficiencynya tidak baik seperti kata penyelia keselamatan.Orang luar akan sesenang masuk ke UNITEN tanpa sebarang sebab.Bukan untuk menyusahkan pelajar namun untuk juga mendisiplin pelajar dengan membawa ID untuk memasuki UNITEN.Apabila touch pada pad palang,ianya akan terbuka seperti mana ketika mula-mula palang automatik itu diperkenalkan.

Cadangan:Mendapatkan bajet untuk menaik taraf palang tersebut agar tidak hanya menjadi perhiasan di UNITEN.Seperti menunjukkan UNITEN itu canggih namun sama seperti KLIUC malah mungkin KLIUC lebih baik.

5)Traffic Light di pintu masuk 1 UNITEN:Ini untuk kesenangan staff,lecturers dan pelajar UNITEN itu sendiri ketika waktu puncak.Kenderaan yang melalui jalan besar depan UNITEN adalah berkelajuan tinggi.Bahaya buat penunggang motor UNITEN.

Cadangan:Merujuk pada JKR untuk memasang lampu isyarat di hadapan pintu masuk 1 UNITEN.Lebih baik beroperasi pada waktu puncak sahaja iaitu jam 7.30am-9.30am dan jam 4.30pm-6.30pm.Mungkin boleh dibangkitkan isu ini oleh MPP baru.



6)Isu melihat nama pensyarah,section dan waktu kuliah sebelum Registration Subject Day:Memang kadang-kadang tak logik apabila sistem online UNITEN yang canggih tidak mampu memasukkan senarai nama pensyarah dan waktu kuliahnya ketika mana sampai waktu untuk hari pendaftaran subjek secara online.Lihat sahaja minggu ini,penuh orang bertapa di HEP.

Cadangan:Amat diharapkan masa akan datang,HEP dan ITMS boleh memasukkan secara online data nama pensyarah beserta waktu kuliahnya bukannya sekadar seksyen dan waktu kuliah tanpa nama lecturernya seperti mana yang berlaku sekarang.

Rasanya cukup dulu setakat ini.Jika sahabat sekalian ada tambahan sila nyatakan.Mahu juga sahabat-sahabat lain dari UNITEN mengetahuinya.


Admin Destinasimu.blogspot.com dan Penalis Unitenkini.blogspot.com...

Friday, 9 October 2009

UNITEN oh UNITEN

Salam ukhwah fillah dan salam sejahtera...

Memandangkan diri ini salah seorang pelajar UNITEN dan diberi hak untuk memberi pendapat dalam mengimarahkan UNITENKINI,maka ada sesuatu yang mahu aku kongsikan dengan sahabat sekalian.Setuju atau tidak itu pendapat masing-masing.

Untuk pengetahuan kalian,aku pernah bekerja rapat dengan pihak pengurusan keselamatan UNITEN apabila aku dan persatuanku menjalankan suatu kerjasama yang perlu ku rahsiakan untuk kebaikan agama Islam di UNITEN.Sebagai AJK Tertinggi program tersebut,aku sering dipanggil bermesyuarat bersama pihak keselamatan UNITEN untuk membincangkan gerak kerja untuk operasi kami.

Pihak yang kami membuat rundingan ialah Penyelia Keselamatan UNITEN dan namanya perlu dirahsiakan.Sejak dari saat itu aku tahu kenapa pihak keselamatan UNITEN tidak mengambil berat soal keselamatan di UNITEN.Apakah sebab musabab utama yang dia hujahkan?Sudah tentu perniagaan.Beliau berkata UNITEN adalah IPTS dimana UNITEN berkonsepkan perniagaan.Maka pelajarnya adalah aset penting universiti kerana merekalah pelanggan.Majikan pihak keselamatan UNITEN ialah UNITEN sendiri.Dan pelanggan UNITEN ialah pelajar UNITEN sendiri.Disini kelihatan siapa yang lebih tinggi dalam kedudukan di UNITEN.Pelajar UNITEN tertinggi kerana kuasanya sebagai pelanggan diikuti pengurusan UNITEN dan syarikat keselamatan yang diberi tender oleh UNITEN adalah Security UNITEN itu sendiri.Maka kesimpulannya,Security UNITEN dibawah pelajar itu sendiri.

Ini memang fakta.Penyelia terbabit mengatakan bahawa,jika pihak keselamatan UNITEN mengetatkan tahap keselamatan di dua pintu masuk utama,maka akan berlaku konflik yang berpanjangan.Pelajar UNITEN dan ibubapa mereka akan memikirkan kesusahan kerana tahap disiplin yang terlalu tinggi.Ini akan menyebabkan kurang minat pelajar UNITEN mahu memasuki UNITEN pada tahun yang akan datang kerana kelihatan seperti di IPTA.Mindset mereka mengatakan IPTS adalah bebas dan merekalah yang berkuasa dalam banyak hal kerana duit mereka memberikan sumber rezeki kepada pihak UNITEN itu sendiri.

Pelajar yang memasuki UNITEN bukan calang-calang orang.Beliau ada menyatakan,konflik UNITEN dan pelajarnya ada juga berlaku dimana ada juga dibawa kepada tribunal pengguna.Ini memburukkan nama UNITEN.Dalam hal ini tidak diketahui salah siapa tetapi kadang-kadang pelajar UNITEN yang bersalah tidak mahu mengaku kesalahannya dan membawa sesuatu perkara yang boleh diselesaikan hanay di meja rundingan.Tak perlu dibawa hingga ke mahkamah tribunal pengguna.Last-last ianya diselesaikan di luar juga kerana kes yang dibawa oleh pelajar tersebut tidak kukuh.

Mengenai kecurian di UNITEN,memang menggila dan semakin menjadi-jadi.Terbaru ada motor 125z kawan yang lesap disambar orang walaupun dikunci dengan mangga.Bulan lepas kereta Honda yang diletakkan di perkarangan parking COE juga dicuri orang dan Security perasan masa kereta tersebut dibawa keluar UNITEN iaitu kira-kira 15 minit selepas pelajar yang memiliki kereta itu masuk ke kuliah.Apa tindakan Security dalam hal ini?Hanya memandang sepi?Terbaru lagi,berlaku pula kisah seorang pelajar UNITEN lelaki membawa pelajar perempuan ke AMANAH!Security di AMANAH sangat teruk berbanding di Cendi namun di Cendi pun kes kehilangan barangan elektronik tak pernah surut.Tapi kontra akan berlaku pula apabila kempen keselamatan dijalankan di AMANAH,dimana pelajar Asasi dan Tahun Pertama UNITEN yang membawa kereta tanpa sticker akan memaki hamun Security yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak atasan.Bila kereta dan motor hilang kerana tiada pengawasan Security,pihak ini juga dipersalahkan.Maka Security UNITEN menjadi 'bahan' antara dua pihak iaitu pelajar UNITEN dan pengurusan UNITEN.

Hal kedua yang mahu dikongsi bersama ialah,adakah kita memerlukan Pro-Asprirasi dan Pro-M di UNITEN menjelang pilihanraya MPP kelak?Aku sendiri berpendapatan kita memerlukan dua kelompok yang berlainan ideologi ini namun banyak kekangan akan dihadapi antaranya:

  1. Ianya akan dicantas oleh HEP kerana beranggapan pelajar bermain politik di kampus.Ada yang sokong kerajaan dan sokong pembangkang.
  2. Pelajar UNITEN yang ramainya lemau yang hanya tahu belajar sahaja tanpa mengaktifkan diri dengan kepimpinan.Namun keputusan peperiksaan majoritinya tidak pun gempak.
  3. Pelajar UNITEN berbeza dengan pelajar IPTA.IPTA adalah terpilih namun syarat memasuki UNITEN rendah berbanding IPTA.Maka kualiti yang memasuki UNITEN tidak sebaik IPTA.
  4. Kempen pilihanraya MPP UNITEN disponsor oleh siapa?Pelajar atau UNITEN?Yuran pengajian UNITEN yang mahal membantutkan minat pelajar menceburi bidang kepimpinan kerana mereka tidak mahu merugikan duit yuran yang mahal dengan tidak skor dalam pengajian.Maka dipinggirkan kepimpinan.
  5. Lebih ramai yang mengutuk MPP dari yang mahu membantu mereka dari belakang.Benda yang baik tak pernah dihargai namun yang buruk senantiasa diingati.Itu lumrah kehidupan manusia.
Insya-Allah,aku akan luahkan lagi apa yang perlu diperbaiki oleh pengurusan UNITEN dan juga pelajar UNITEN itu sendiri agar impian UNITEN menjadi universiti top di Malaysia menjadi kenyataan.Nasihat dan luahan ini pendapatku sendiri.Untuk kebaikan bersama.Tanpa pengurusan UNITEN,tiada tempat kita belajar dan tanpa pelajar UNITEN,tiada juag sumber perniagaan pengurusan UNITEN.Kedua-duanya saling memerlukan.

Admin Destinasimu.blogspot dan Penalis Unitenkini...

Saturday, 3 October 2009

Keadaan di dalam kampus Uniten sudah tidak selamat: Apa tindakan MPP?

Semakin lama keadaan dalam kampus menjadi semakin tidak selamat. Apa tidaknya, sudah banyak bencana yang berlaku sejak kebelakangan ini. Lebih menambahkan parah, institusi paling tinggi yang mewakili para pelajar tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. MPP! Hanya gah pada nama! Mari sini MPP, kami nak AJAR apa yang kalian perlu tahu dan apa yang yang mesti kalian buat!

Pertama, wabak H1N1 yang menular di seluruh dunia telah mengakibatkan kematian mengejut jiwa manusia melebihi SERIBU NYAWA! Di Uniten kampus Putrajaya telah disahkan kes positif H1N1 seramai tiga orang daripada sebelah orang pelajar. DI kampus KSHAH, Muadzam Shah telah diumumkan cuti seminggu lebih awal daripada pengesahan kes H1N1 di kampus Putrajaya akibat daripada kes positif H1N1. Kes yang berlaku di sana lebih ramai. Jumlah kes positif H1N1 di kedua-dua kampus bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi yang menjadi punca utama perbincangan ialah apa tindakan MPP sebelum pengesahan kes tersebut? Apa pula tindakan susulan daripada MPP selepas pengesahan kes di kedua-dua kampus? Tiada..tiada..tiada..

Kedua, seminggu sebelum cuti raya berlaku kejadian pecah rumah di kelompok cendekiawan (lelaki). Barang-barang seperti ‘handphone’, laptop menjadi sasaran. Motor-motor seperti LC juga menjadi sasaran pencuri. Malah, lebih memeranjatkan lagi kereta Honda civic yang di parkir di kawasan cendi turut dijadi bahan curi! Kami pelajar di Uniten memandang berat kejadian ini memandangkan kes kecurian kerap kali berlaku di dalam kampus, di kira di kelompok mana sekalipun. Persoalannya, apa yang pihak MPP buat bila timbul isu ini dulu, kini, selamanya?

Ketiga, pada 30 september yang lepas telah berlaku gegaran gempa bumi di sekitar kawasan Asia tenggara termasuk Malaysia. Gegaran tersebut turut dirasai di Uniten khususnya di kelompok Murni (Perempuan). Ini bukanlah kes kali pertama berlaku gegaran di Murni. Pelajar siswi yang berada di kelompok tersebut mengalami ketakutan yang teramat akibat kejadin tersebut. Ada juga yang mengalami trauma. Namun, sekali lagi kami lihat MPP tidak memainkan peranan sebenar dalam menjamin keselamatan pelajar yang bernaung di bawah mereka!

Tiga kes di atas hanya sebagai contoh paling dekat yang berlaku di Uniten, tetapi tiada apa-apa tindakan daripada MPP! Sepatutnya, MPP lah yang menjadi pelindung, perantara, pembela bagi kami pelajar Uniten. Pergilah berjumpa dengan pihak kelompok untuk mengenalpasti punca kes kecurian masih terus berlaku sehingga kini. Berbincanglah dengan unit Keselamatan untuk merangka strategi pengawalan keselamatan di kelompok dan kampus. Naiklah ke tingkat 1 bangunan pengurusan berjumpa dengan Naib chanselor mengenai bencana yang berlaku di Uniten. Namun, seperti biasa MPP bersenang-senang duduk di atas takhta MPP dengan status dan kebanggaan bergelar MPP semata-mata! Juga dengan mudah memakan duit elaun MPP yang diterima setiap bulan dan duit aktiviti pelajar untuk kepentingan sendiri! Persetan sama MPP! Kalian sama seperti HEP. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Jika beginilah sikap yang tunjukkan oleh MPP, jangan harap kelab persatuan akan memberi sokongan kepada kalian. Kalian buatlah kerja kalian sendirian. Kami lebih senang bersama dengan ahli kelab kami.
 
^ Scroll to Top