Tuesday 6 April 2010

Perletakan jawatan Presiden MPP UNITEN


Saya merasa terkejut apabila membuka facebook petang tadi kerana telah dimaklumkan mengenai perletakan jawatan Presiden MPP oleh saudara Asyraf. Sambil itu, saudara Syed Nabil yang juga merupakan S/U Agung MPP telah diamanahkan untuk memangku tugas Presiden sehingga sesi ini berakhir berkuatkuasa serta merta.

Mungkin belum terlewat untuk saya nyatakan perasaan dukacita terhadap mantan presiden MPP, walhal baru semalam saya terjumpa dengan beliau di bangunan BN ketika saya bercadang untuk bertemu dengan pensyarah. Dari riak mukanya nampak seperti biasa pada ketika itu, setelah bertegur sapa sambil menanyakan mengenai subjek 'final exam' yang terakhir baginya dan FYP(final year project). Kini barulah saya faham bila seorang junior berkata kepada saya pada hari selasa lepas, "Kesian abang acap pegang jawatan presiden MPP masa final year, tapi sekarang dia dah tak pegang lagi". Hatiku berkata-kata,"itulah Hakim, tak buka FB seminggu lebih...".

Kepada saudara nabil, tahniah dan takziah kerana telah diamanahkan memangku jawatan presiden MPP. Tahniah kerana anda sememangnya mempunyai kelayakan. Takziah kerana ianya berupa amanah,bukan untuk memdapat keuntungan kepada diri semata-mata. Walaupun ada cerita-cerita tidak sedap mengenai MPP UNITEN sejak kebelakangan ini, saya mendoakan agar kalian dapat kukuhkan semula kekuatan anda. Mungkin ada hikmah kenapa S/U Agung yang jadi pemangku jawatan Presiden, bukan Timbalan Presiden 1 atau Timbalan Presiden 2!
Jawatan MPP bukan satu kemegahan, tetapi ianya satu amanah & maruah!


~Dari pelajar untuk pelajar, Student Power!!~

3 comments:

Bena said...

haihhh...macam-2...

Anonymous said...

ada lagi 4 bulan? cabaran tu, tapi, kalo kena cara presiden mangku nie wat...dia akan wat lebey baik dari ex-presiden.

mcm dah agk perkara nie akan berlaku..kalo MPP Uniten terkubur...abislah..

puterakuda said...

insyaAllah same2 cr jalan tingkatkan kepimpinan di UNITEN..^_^

 
^ Scroll to Top