Friday, 5 March 2010

Kes Keracunan Makanan di UNITEN




Semalam, saya sempat bersembang dengan seorang rakan semasa berada di UPTEN. Beliau mengadu mengalami keracunan makanan, yang dimakan di kafe MPH. Kalau tidak silap, beliau beli makanan tersebut ketika waktu pagi untuk bersarapan. Hari ini, seorang lagi pelajar UNITEN memberitahu saya bahawa beliau telah mengalami keracunan makanan pada hari sabtu minggu lepas. Kesannya, beliau terpaksa mengambil cuti berehat di rumah sehingga ke hari ini serta terlepas ujian-ujian untuk 3 subjek.

Tempoh masa antara dua contoh kes keracunan makanan ialah lima hari. Bayangkan, berapa ramai kes keracunan yang berkemungkinan berlaku dalam masa lima hari ini. Saya amat terkilan kerana pihak kafe MPH tidak teliti dalam penyediaan makanan untuk tujuan jualan. Saya berharap agar sesiapa sahaja yang mengetahui rakan-rakan yang turut mengalami keracunan makanan, boleh tampil ke hadapan untuk membuat laporan kepada pihak HEP, kelompok Cendekiawan atau mana-mana saluran yang dirasakan sesuai.

Kita sebagai pelajar wajar prihatin dengan kes seperti ini kerana makanan yang tidak berkualiti akan menjejaskan kesihatan pelajar, seterusnya memberi kesan terhadap prestasi akademik dan motivasi seseorang pelajar. Kes seperti ini semestinya menjadi iktibar kepada semua penjaja makanan dan kedai makan di UNITEN. Kualiti makanan diutamakan, disamping untuk memperoleh keuntungan.

2 comments:

bobchanz said...

haritu dlm 2 pagi b4 cafe kat mph tu tutup, saya singgah di sana utk membeli sedikit minuman dan makanan ringan...apa yg saya perhati, terdapat makanan yang tidak habis disimpan di dalm peti ais...
ader kemungkinan besar ia disebbkn oleh itu...
makanan tu dipanaskn balik keesokan harinyer...

Anonymous said...

Btul saya poon setuju dgn kamu..saya lahh yg terkena cirit tuu kena skip 3 test bapak aii ..dah rasa de-motivated nk study..yg hairannye 1 minggu ak kena recover balik betapa hebatnyee keracunan makanan tuuu

 
^ Scroll to Top