Friday, 12 February 2010

Saiful Bukhari, UNITEN dan kes liwatnya


Bagi warga UNITEN secara umumnya, nama Saiful Bukhari tidaklah berapa dikenali sangat walaupun beliau merupakan bekas Timbalan Presiden 1 MPP UNITEN sesi 2006/07. Hayatnya tidak lama di UNITEN, kerana dalam masa kurang setahun selepas menang pilihan raya MPP 2006/07 beliau telah dibuang universiti kerana mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut. Namun namanya mula dikenali rakyat Malaysia umumnya, warga UNITEN khusus sejak timbul kes pengakuan liwat oleh beliau sendiri iaitu pada bulan JUN 2008. Warga UNITEN, khususnya dalam kalangan pelajar seakan baru mengenali beliau kerana jarang sekali mendengar mengenai penglibatannya dalam mana-mana kelab. Setakat yang diketahui, beliau pernah menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 anjuran Unit Akademik, Pusat Islam UNITEN (kini dikenali sebagai PPIP). Mungkin beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Pusat Islam UNITEN serta staf di sana pada ketika itu, telah menyebabkan beliau dipilih untuk mengarah sebuah program kebajikan yang disertai oleh semua pelajar yang mengambil subjek ‘Islamic Studies’.

Persoalan pertama yang timbul, kenapa beliau boleh mendapat CGPA bawah 2.00 dua semester berturut-turut setelah menjadi MPP? Sedang syarat calon yang ingin bertanding dalam MPP mesti mendapat 3.00 ke atas. Jika beliau sudah melepasi syarat akademik semasa masuk bertanding, kenapa akademiknya boleh jatuh dalam masa dua semester berturut-turut?

Mengikut kronologi peristiwa, beliau menjadi Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 dahulu kemudian baru menyertai pilihan raya MPP pada tahun yang sama juga. Kemudian setahun berlalu dengan rekod buruk pada separuh penggal kedua sebagai timbalan Presiden 1 MPP UNITEN. Ada khabar mengatakan bahawa beliau sudah terlibat secara aktif dengan aktiviti luar kampus melebihi peranannya sebagai MPP di dalam kampus dalam satu masa. Pada tahun 2008, beliau terlibat dengan kempen pilihan raya Umum ke-12. Pada bulan Jun tahun yang sama juga, beliau telah membuat pengakuan telah diliwat.

Persoalan seterusnya yang timbul, kenapa beliau mesti terlibat dengan dengan aktiviti luar pada masa sama masih mempunyai tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden MPP UNITEN? Kemudian setelah keluar dari UNITEN, beliau terlibat dengan kempen PRU ke-12 dan selepas itu mengaku diliwat? Penulis mempunyai dua andaian bila melibatkan kes liwatnya.

Pertama, beliau ini kurang akal (baca: BODOH) kerana telah menyebabkan dirinya diliwat(jika tuduhan beliau diliwat benar). Kedua, beliau ini seorang yang bijak kerana pandai menaikkan namanya sendiri sehingga ke peringkat nasional dan dunia. Secara peribadi, penulis lebih kuat mengatakan ‘YA’ pada kemungkinan kedua, kerana daripada kronologi hayatnya di UNITEN telah membuktikan beliau ini seorang yang bijak serta licik.

Mungkin kita harus berbangga kerana nama UNITEN telah naik selepas pengakuan beliau telah diliwat. Apakah nasib yang akan terjadi pada MPP selepas ini? Adakah lagi MPP seperti Saiful Bukhari akan dilahirkan pada masa akan datang di UNITEN? Nasib UNITEN dan MPP terletak kepada pelajar UNITEN sendiri, bagaimana yang mereka kehendak itulah coraknya.

Thursday, 11 February 2010

Konvoi IPT iLuvislam Hari ke-3: berakhir di UNITEN

sumber: iLuvislam

Konvoi IPT iLuvislam Hari Ke-3..Best!

www.iLuvislam.com



Alhamdulillah, konvoi IPT iLuvislam hari ke-3 berjalan lancar. Konvoi semalam lebih menarik kerana ia turut disertai Deputy Chairman, Director's Office, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB); En. Muhammad Nasir Hamzah.


Bersama Timbalan Naib Canselor UKM, Timbalan Pengerusi KKSB dan ahli Kelab Wawasan UKM.


Bermula di UKM, destinasi lain adalah UPM, Institut Perguruan Islam Bangi, Kompleks PKNS Bangi dan UNITEN kampus Putrajaya.


Pelajar UPM bersama tabloid dan teddy bear iLuvislam.

Dalam ucapan-ucapan En. Nasir, beliau mengatakan bahawa 'brand' Islam di mata dunia adalah kurang baik. Islam dikaitkan dengan keganasan, kemalasan dan lain-lain. Melalui iLuvislam, beliau berpendapat bahawa kita dapat sama-sama membantu mengembalikan semula ketamadunan Islam.


Kami beramai-ramai di Kompleks PKNS, Bangi.

En. Hashim Anang, Pengurus Hubungan Korporat KKSB, menceritakan tentang sejarah penubuhan tabloid iLuvislam. Menurut beliau, ia adalah cetusan idea setelah KKSB mengambil iluvislam.com sebagai anak angkat pada 1 Mei 2009. Pihak KKSB berasa tanggungjawab untuk membantu membawa iluvislam.com ke satu tahap yang lebih jauh melalui kekuatan KKSB, iaitu percetakan. Ia merupakan salah satu sebab utama penubuhan tabloid ini.


Pelajar-pelajar Institut Perguruan Islam, Bangi.

Konvoi IPT iLuvislam akan diteruskan lagi dan hari ini, ia merupakan konvoi yang unik kerana kami telah memilih sebuah sekolah terkenal untuk disinggahi, Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS); 'the only school' yang kami pilih.

Selepas KISAS, kami akan ke KUIS, USIM dan UNITAR Kelana Jaya.


Pusat Islam, UNITEN.

Kritikan dan Pandangan : Adakah ini BACUL dan PENGECUT ?

Oleh : panerai


Saya selalu bertanya, adakah Pandangan dan Kritikan itu berbeza? Mengapakah perkataan Kritikan itu sering disalah ertikan niatnya. Mengapakah Kritikan sering kali diingati sebagai sesuatu yang sangat negatif dan menjatuhkan seseorang. Fonemena kritikan sebagai satu perkara yang hitam ini saya dapat lihat sewaktu saya menjadi mahasiswa. Apabila saya melontarkan ”kritikan”, saya sering dituduh sebagai pengecut dan bacul. Saya mengkritik atas kefahaman saya dan niat saya untuk membantu kerana saya tidak berada di posisi yang untuk membuat perubahan.


Sering saya alami, mereka yang berada di posisi untuk membuat perubahan amat meluat dengan idea dan pendapat saya. Maka keluarlah pelbagai tohmahan dan ayat – ayat benci menyatakan saya ini pengecut, hanya tahu menyalak umpama anjing tidak dapat tulang. Ada juga diantara mereka secara baik menyatakan yang saya tidak memahami situasi sebenar ”mereka”, banyak perkara perlu difikirkan dan dibuat.

”Anda tidak faham situasi kami, Jangan hanya pandai berkata-kata, Masuklah bertanding dan buat perubahan”

Berdasarkan ayat diatas saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya kira kalian semua pembaca dan pemimpin mahasiswa harus pertimbangkan.


Kenapa kita perlu berada diposisi yang sepatutnya untuk membuat perubahan?

Adakah saya sebagai pelajar (ketika itu) tidak boleh bersuara jika tidak berkuasa?

Saya tidak nafikan, apabila seseorang itu berada di posisi khas untuk membuat perubahan, maka lebih mudah dan lebih pantas. Untuk melaksanakan perubahan, penambahbaikan pemimpin itu perlukan ilmu. Dengan ilmu dan kuasa maka semua yang diharapkan dapat berhasil (InsyaAllah). Ilmu itu luas dan tidak pernah cukup untuk manusia memilikinya. Saya ingin bertanya,

Adakah apabila kamu dilantik sebagai pemimpin, secara otomatiknya kamu memiliki ilmu memerintah, ilmu mentadbir dan segala jenis ilmu, sehinggakan kamu tidak perlu mendengar pandangan orang lain?

Busuk sangatkah pandangan dan kritikan orang luar organisasi kamu untuk kamu nilai dan mudahnya kamu mengandaikan mereka hanya menyalak, menarik perhatian, kecewa, dengki dan hasut?

Mereka yang mengkritik memang wujud pelbagai tujuan. Ada yang baik dan ada yang buruk niatnya. Saya tidak boleh menjamin semua kritikan itu berniat membantu. Apa yang saya boleh katakan, ada segelintir yang berniat baik, dan mereka harus diberi perhatian dan sambutan oleh para pemimpin.


Maka moleklah jika pemimpin merendahkan diri untuk melayan mereka. Mungkin ada diantara idea dan pandangan tersebut boleh kalian ambil dan laksanakan. Idea – idea ini mungkin radikal dan jauh dari kemampuan diri. Tetapi ia masih idea dan MAMPU dicapai. Saya kira, idea – idea ini juga boleh membantu pemimpin – pemimpin meningkatkan kekuatan pentadbiran mereka, meraih lebih banyak sokongan pelajar kepada mereka, mencapai lebih banyak kejayaan.

Atas isu inilah, saya tergerak untuk menghasilkan artikel ini. Lama telah berlaku, tiada sebarang perubahan. Konsep ”Jangan Dengar Kritikan – Kritikan dari media alternatif ini” sudah berakar umbi dan menusuk dalam di dalam perawakan pemimpin – pemimpin di UNITEN kita. Mereka hanya ingin mendengar pandangan dalam bentuk paling tradisional, Borang Aduan dan Maklum Balas. Itu lah yang sah bagi mereka.


Wahai pemimpin di UNITEN, Janganlah kamu menghadkan kemampuan kamu. Janganlah kamu letakkan diri kamu sebagai tradisionalis. Janganlah kamu terkongkong dengan amalan – amalan yang telah lama dilaksanakan.

Pelbagaikan medium membuat aduan, menyampai kritikan, meluaskan pandangan. Selepas itu dengar mereka, beri perhatian kepada mereka. Selalu tanya diri, apakah yang kami masih kurang perjuangkan sehingga kami dikritik. Jangan lar melatah. Jadikan diri professional. Kumpulkan bijak pandai yang kamu ada untuk membantu kamu dan jangan bodohkan diri sendiri dengan mengangap orang lain bodoh.

DENGAR MEREKA, SELAMI HASRAT MEREKA, FAHAMI IDEA MEREKA.

Monday, 8 February 2010

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.



Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.


Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.


"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Sunday, 7 February 2010

Saya Ada Hak Rampas ID anda!!

Al-kisah seorang camera man hendak mengambil gambar sempena “photography competition” di halang guard uniten di main gate….

Rasa tidak puas hati ini disebabkan guard datang terus kata “anda lakukan satu kesalahan”

Tangkap gambar dalam uniten satu kesalahan?????

Lepas tuh secara paksa dia meminta ID aku dan ikutnya ke pejabat

Aku cakap aa buat apa nak bagi ID..apa salah saya??…

Guard berkata : MENGIKUT ARAHAN PUAN ZARINA > DILARANG MENANGKAP GAMBAR DALAM UNITEN TANPA SURAT KELULUSAN…WTFun

So apa gunanya photography competiton??...mana pegi hak kita sebagai student untuk menangkap gambar dalam uniten??...apesal strict sangat sampai gambar pun tak boleh tangkap….Keselamatan??.....wah tangkap gambar leh rosakkan nama uniten ke…hebat….

Lepas tuh guard tuh emo….dia cakap “awak tau tak kami saper”……aku cakap la guard

Lagi dia emo cakap “bukan, Kami Pegawai kesalamatan” bukan nak peril tapi apa point dia nak cakap....ok selesai

Lepas tuh dia cakap, kami ada hak untuk rampas ID kamu…sekali lagi aku tanya…ada ke aku buat salah??…kalo aku orang luar pun nak amik jugak ke ic orang tuh….

Then dia tak puas hati lagi tak dapat ID….dia kata “ kalo tak nak bagi ID, jangan tangkap gambar”….ok, fine aku pun balik aaa….lepas tuh guard tuh ikut aku nak cek no plate keta n keta apa aku bawak…aku pun pelik la ape la masalah dia ni….

Then last kali paling best..guard berkata….”awak ingat kami tak kenal awak, kami nampak awak setiap hari, kami boleh cam awak(ayat last tuh xsure, lebih kurang ayat dia)….so ape motif dia??...nak ugut??....

Nak fakta aku leh bagi fakta….kat student tak dapat pun surat mengatakan tak leh tangkap gambar dalam uniten..fakta lagi…kalo nak samakan macam rokok haram buat dalam uniten…yet ramai jerk rokok dalam uniten…..

Last kali aku bagi ID aku dalam keadaan dia merajuk…yang lawaknya dia tulis atas kertas je ID tuh…tak perlu masuk office

Kesimpulan, Cmna orang nak respect guard kalo cakap dengan student macam tuh….sikap tuh penting melambangkan pegawai tersebut. Kalo guard mintak no ID jer boleh je cek kat database….tak perlu la sampai masuk2 office…macam aku buat kesalahan berat lak….last kali kalo photography tak leh buat dalam uniten, at least bagitau student dlu….information tak sampai kat student langsung

Saturday, 30 January 2010

Pencerahan Minda dan Politik UNITEN.

oleh : Panerai

Salam sejahtera sahabat semua. Pencerahan atau Enlightenment adalah perkara yang menyegarkan. Ia akan menyedarkan semua deria kita mengenai kehidupan semasa dan sekeliling kita.

1) Saya amat tertarik dengan artikel-artikel terkini di UnitenKini mengenai perjalanan pilihanraya kampus di IPTA-IPTA. Bagaimana kecamuk, ghairah dan berahi siswa/i di sana mengangkat kumpulan atau ideologi mereka. Mereka sungguh bersemangat untuk mewujudkan kabinet mereka di dalam MPP.

2) Saya kadang-kadang terfikirkan perlukan UNITEN mempunyai sistem tersebut? Saudara Syafeeq Hashim di dalam forum anjuran RTM ada menyatakan "Ia adalah replika politik negara". Bersediakah siswa/i UNITEN menerima replika yang beliau maksudkan?

3) Bagi saya sebelum replika tersebut di laksanakan di UNITEN. Perlulah siswa/i UNITEN mempunyai pencerahan yangs saya maksudkan di atas. Pencerahan atau kebangkitan diri mereka dari menjalankan kehidupan 'robot' yang selama ini mereka selesa dan agungkan. Sistem selamat yang menjamin mereka memperoleh pointer yang tinggi tanpa ada apa-apa pengalaman dan keseronokan di Universiti.

4) Jika tidak, adaptasi replika ini hanya akan melahirkan kelompok taksub dan asabiyah. Malah akan memecahbelahkan satu kesatuan yang perlu utk kesinambungan kecemerlangan UNITEN. Adaptasi tanpa persediaan akan juga membentuk generasi yang tidak akan membesar dan matang, mudah di perkotak-katikkan oleh golongan politik rakus dan kejam di luar sana.

5) Oleh yang demikian, haruslah kita bersedia. Biar lambat asal selamat. Marilah kita semaikan dahulu ko msep asas demokrasi. marilah kita tetapkan diri siswa/i kita mengenai hak-hak siswa di UNITEN. Marilah kita lengkapkan diri siswa/i kita dengan ilmu asas perjuangan. Politik matang dan tanggungjawab.

6) Maka haruslah ada satu platform untuk mencapai misi diatas...Parlimen Mahasiswa di UNITEN. Mari kita cuba dahulu. Einstein ada menyebut, "Apa bila seseorang itu takut akan kesilapan, maka dia adalah seorang yang tidak ingin pembaharuan"

7) Marilah sahabat-sahabat..cuba lar dahulu, cuba lar tanpa ada prejudis, cuba lar dengan niat yang baik

Pasca PRK UM: Motif pelaksanaan e-undi?

Gambar hiasan

Sumber: Zainulfaqar

SEHARi selepas menang tipis Pro Aspirasi (ProA) menguasai Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Pro Mahasiswa (ProM) mendedahkan kebarangkalian bahawa motif di sebalik pengenalan sistem e-undi di Universiti hanya bertujuan membantu kerajaan membaca trend politik pengundi muda pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Menurut Pengerusi ProM Nasional, Mohd Shafie Hashim, strategik sedemikian dengan menjadikan Universiti sebagai ‘pillot test’ telah lama dilakukan oleh parti-parti pemerintah di negara maju.

“Ini baru kebarangkalian…Saya tidak mahu katakan pasti atau sebaliknya (bahawa) motif e-Undi ini sebenarnya untuk membantu Umno BN membaca trend pengundi muda,” jelasnya.

“Tetapi, parti-parti pemerintah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri sudah lama menggunakan cara ini (menjadikan Universiti sebagai ‘pillot-test’),” jelasnya.

Sekiranya kebarangkalian tersebut benar, beliau yang juga Pengerusi ProM Universiti Malaya (UM) memuji parti-parti pemerintah kerana mahir dalam memanfatkan teknologi berkapasiti tinggi.

“Kalau benar, kerajaan serta parti-parti pemerintah boleh dikata hebatlah sebab sudah pakai (menggunakan) strategik berkapasiti tinggi yang lazim digunakan oleh negara-negara maju saja.”

“Ini baru rumus (dan) kebarangkalian yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Strategik (UKS) kita (ProM),” jelasnya.

Tambahnya lagi, inisiatif kerajaan menggunakan Universiti untuk kepentingan parti-parti pemerintah sudah tentu memberi banyak kelebihan, berbanding pembangkang iaitu Pakatan Rakyat.

“Kerajaan dilihat terkehadapan jika benar menggunakan Universiti (sebagai ‘pillot test’), sedangkan parti-parti Pakatan Rakyat masih dilihat bekerja cara lama (iaitu) kenal pasti penyokong parti masing-masing, kemudiannya didaftarkan mereka sebagai pengundi baru untuk persiapan PRU13 kelak,” jelasnya.

Ditanya tentang kaedah membaca trend pengundian pengundi muda menggunakan e-undi, beliau menjelaskan bahawa data-data perolehan boleh disusun secara automatik mengikut demografi tertentu secara strategik.

“Secara relatif, data ini boleh disusun ikut demografi negeri, faham politik, latar belakang pendidikan dan tahap hidup selesa (sama ada) tinggal di kolej atau di luar (kampus).”

“Kalau keputusan e-undi menunjukkan (bahawa) majoriti mahasiswa (pengundi) peranakan atau bemastautin di Kedah umpamanya cenderung pada parti-parti yang memerintah negeri tersebut, maka ianyanya memberi isyarat (kepada kerajaan persekutuan) bahawa pengundi muda dalam PRU13 kelak mungkin lebih cenderung (pada) mengekalkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) yang sedia ada,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Universiti yang sepatutnya bersifat autonomi akhirnya dijadikan perkakas politik oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) turut mempersoal motif di sebalik pertemuan sulit antara ProA dan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustafa Mohammad yang dijangka akan diadakan pada malam ini.

“Malam ini, saya diberitahu (bahawa) akan ada suatu pertemuan tertutup (yang) melibatkan semua MPP Pro Aspirasi di kediaman peribadi Datuk Mustafa, di ibunegara,” jelasnya.

“TNC HEP (Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris) dan semua staff Universiti yang terbabit menjayakan sistem e-undi ini pun turut dijemput.”

“ Adakah pertemuan tersebut untuk menjelaskan (laporan) trend undi muda di Universiti seperti yang saya perkatakan ini?” soal beliau.

Ditanya pula tentang penyertaan isteri kepada Perdana Menteri, Datik Rosmah Mansor dalam suatu program rasmi Universiti pagi tadi, beliau enggan menjelaskan hal tersebut secara lanjut.

“Janganlah tanya saya (tentang) isteri Perdana Menteri (sama ada) bermotif atau tidak berkaitan dalam isu yang saya bangkitkan ini (e-Undi sebagai ‘pillot test’),” jelasnya.

Semalam, ProA mendapat 21 kerusi manakala ProM mendapat 17 kerusi.

Tiga kerusi berbaki dari 41 kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh calon bebas. -END

 
^ Scroll to Top