Saturday, 30 January 2010

Pencerahan Minda dan Politik UNITEN.

oleh : Panerai

Salam sejahtera sahabat semua. Pencerahan atau Enlightenment adalah perkara yang menyegarkan. Ia akan menyedarkan semua deria kita mengenai kehidupan semasa dan sekeliling kita.

1) Saya amat tertarik dengan artikel-artikel terkini di UnitenKini mengenai perjalanan pilihanraya kampus di IPTA-IPTA. Bagaimana kecamuk, ghairah dan berahi siswa/i di sana mengangkat kumpulan atau ideologi mereka. Mereka sungguh bersemangat untuk mewujudkan kabinet mereka di dalam MPP.

2) Saya kadang-kadang terfikirkan perlukan UNITEN mempunyai sistem tersebut? Saudara Syafeeq Hashim di dalam forum anjuran RTM ada menyatakan "Ia adalah replika politik negara". Bersediakah siswa/i UNITEN menerima replika yang beliau maksudkan?

3) Bagi saya sebelum replika tersebut di laksanakan di UNITEN. Perlulah siswa/i UNITEN mempunyai pencerahan yangs saya maksudkan di atas. Pencerahan atau kebangkitan diri mereka dari menjalankan kehidupan 'robot' yang selama ini mereka selesa dan agungkan. Sistem selamat yang menjamin mereka memperoleh pointer yang tinggi tanpa ada apa-apa pengalaman dan keseronokan di Universiti.

4) Jika tidak, adaptasi replika ini hanya akan melahirkan kelompok taksub dan asabiyah. Malah akan memecahbelahkan satu kesatuan yang perlu utk kesinambungan kecemerlangan UNITEN. Adaptasi tanpa persediaan akan juga membentuk generasi yang tidak akan membesar dan matang, mudah di perkotak-katikkan oleh golongan politik rakus dan kejam di luar sana.

5) Oleh yang demikian, haruslah kita bersedia. Biar lambat asal selamat. Marilah kita semaikan dahulu ko msep asas demokrasi. marilah kita tetapkan diri siswa/i kita mengenai hak-hak siswa di UNITEN. Marilah kita lengkapkan diri siswa/i kita dengan ilmu asas perjuangan. Politik matang dan tanggungjawab.

6) Maka haruslah ada satu platform untuk mencapai misi diatas...Parlimen Mahasiswa di UNITEN. Mari kita cuba dahulu. Einstein ada menyebut, "Apa bila seseorang itu takut akan kesilapan, maka dia adalah seorang yang tidak ingin pembaharuan"

7) Marilah sahabat-sahabat..cuba lar dahulu, cuba lar tanpa ada prejudis, cuba lar dengan niat yang baik

Pasca PRK UM: Motif pelaksanaan e-undi?

Gambar hiasan

Sumber: Zainulfaqar

SEHARi selepas menang tipis Pro Aspirasi (ProA) menguasai Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Pro Mahasiswa (ProM) mendedahkan kebarangkalian bahawa motif di sebalik pengenalan sistem e-undi di Universiti hanya bertujuan membantu kerajaan membaca trend politik pengundi muda pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Menurut Pengerusi ProM Nasional, Mohd Shafie Hashim, strategik sedemikian dengan menjadikan Universiti sebagai ‘pillot test’ telah lama dilakukan oleh parti-parti pemerintah di negara maju.

“Ini baru kebarangkalian…Saya tidak mahu katakan pasti atau sebaliknya (bahawa) motif e-Undi ini sebenarnya untuk membantu Umno BN membaca trend pengundi muda,” jelasnya.

“Tetapi, parti-parti pemerintah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri sudah lama menggunakan cara ini (menjadikan Universiti sebagai ‘pillot-test’),” jelasnya.

Sekiranya kebarangkalian tersebut benar, beliau yang juga Pengerusi ProM Universiti Malaya (UM) memuji parti-parti pemerintah kerana mahir dalam memanfatkan teknologi berkapasiti tinggi.

“Kalau benar, kerajaan serta parti-parti pemerintah boleh dikata hebatlah sebab sudah pakai (menggunakan) strategik berkapasiti tinggi yang lazim digunakan oleh negara-negara maju saja.”

“Ini baru rumus (dan) kebarangkalian yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Strategik (UKS) kita (ProM),” jelasnya.

Tambahnya lagi, inisiatif kerajaan menggunakan Universiti untuk kepentingan parti-parti pemerintah sudah tentu memberi banyak kelebihan, berbanding pembangkang iaitu Pakatan Rakyat.

“Kerajaan dilihat terkehadapan jika benar menggunakan Universiti (sebagai ‘pillot test’), sedangkan parti-parti Pakatan Rakyat masih dilihat bekerja cara lama (iaitu) kenal pasti penyokong parti masing-masing, kemudiannya didaftarkan mereka sebagai pengundi baru untuk persiapan PRU13 kelak,” jelasnya.

Ditanya tentang kaedah membaca trend pengundian pengundi muda menggunakan e-undi, beliau menjelaskan bahawa data-data perolehan boleh disusun secara automatik mengikut demografi tertentu secara strategik.

“Secara relatif, data ini boleh disusun ikut demografi negeri, faham politik, latar belakang pendidikan dan tahap hidup selesa (sama ada) tinggal di kolej atau di luar (kampus).”

“Kalau keputusan e-undi menunjukkan (bahawa) majoriti mahasiswa (pengundi) peranakan atau bemastautin di Kedah umpamanya cenderung pada parti-parti yang memerintah negeri tersebut, maka ianyanya memberi isyarat (kepada kerajaan persekutuan) bahawa pengundi muda dalam PRU13 kelak mungkin lebih cenderung (pada) mengekalkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) yang sedia ada,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Universiti yang sepatutnya bersifat autonomi akhirnya dijadikan perkakas politik oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) turut mempersoal motif di sebalik pertemuan sulit antara ProA dan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustafa Mohammad yang dijangka akan diadakan pada malam ini.

“Malam ini, saya diberitahu (bahawa) akan ada suatu pertemuan tertutup (yang) melibatkan semua MPP Pro Aspirasi di kediaman peribadi Datuk Mustafa, di ibunegara,” jelasnya.

“TNC HEP (Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris) dan semua staff Universiti yang terbabit menjayakan sistem e-undi ini pun turut dijemput.”

“ Adakah pertemuan tersebut untuk menjelaskan (laporan) trend undi muda di Universiti seperti yang saya perkatakan ini?” soal beliau.

Ditanya pula tentang penyertaan isteri kepada Perdana Menteri, Datik Rosmah Mansor dalam suatu program rasmi Universiti pagi tadi, beliau enggan menjelaskan hal tersebut secara lanjut.

“Janganlah tanya saya (tentang) isteri Perdana Menteri (sama ada) bermotif atau tidak berkaitan dalam isu yang saya bangkitkan ini (e-Undi sebagai ‘pillot test’),” jelasnya.

Semalam, ProA mendapat 21 kerusi manakala ProM mendapat 17 kerusi.

Tiga kerusi berbaki dari 41 kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh calon bebas. -END

Thursday, 28 January 2010

Lagi Perkembangan PRK 09-10 IPTA: Pro-Mahasiswa kekalkan kuasa MPP di UIA

Sumber: Malaysian Insider

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 22 — Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam tadi, buat tahun ke-12 berturut-turut.

Bagaimanapun dalam pilihan raya kampus itu yang diadakan semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa mengalami kemerosotan lima kerusi berbanding sesi pengajian sebelum ini.

Dalam pemilihan MPP sesi pengajian 2009/10 ini, mereka memperoleh 15 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Baki dimenangi oleh calon kumpulan yang mengelar diri mereka Pro-Mahasiswa, Bebas dan pelajar asing menerusi lima kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Sesi lalu mereka memperoleh 20 daripada 29 kerusi di MPP.

Wakil kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat UIAM, Mohd Zaki Shukri memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon pihaknya berjaya mengekalkan kemenangan dan penguasaan berturut-turut sejak tahun pengajian 1998/99.

“Walaupun menang 15 kerusi, kami yakin boleh memperoleh sokongan calon-calon Bebas dalam pentadbiran MPP,” katanya.

Ditanya sebab penurunan kerusi yang dimenangi kali, Zaki menjelaskan ia kemungkinan berkaitan dengan kempen “agresif” kumpulan Pro-Aspirasi, antaranya menggunakan cara-cara berkempen yang tidak diizinkan oleh pengurusan universiti.

“Mungkin pelajar tertarik dengan cara-cara kempen mereka dan mungkin mereka lebih menonjol dengan cara kempen mereka... bagaimanapun kami akan membuat kajian untuk memperbaiki kedudukan kami tahun depan.

“Kami juga akan membuat aduan kepada pengurusan universiti mengenai cara kempen kumpulan Pro-Aspirasi,” kata beliau lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga berkaitan dengan penurunan peratusan keluar mengundi di peringkat MPP.

“Maklumat yang kami terima peratusan keluar mengundi cuma 59 peratus berbanding 87 peratus sesi lalu.... ini juga mungkin salah satu punca.

“Mengapa peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah, juga satu situasi yang perlu dikaji,” katanya.

UIAM juga mengadakan sudut pidato umum, julung kali, menjelang pilihan raya kampus semalam.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor.

Pada hari penamaan calon tiga hari lalu barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran. Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

Khamis depan sebanyak enam universiti awam lagi akan mengadakan pilihan raya.

Perkembangan Pilihan Raya Kampus (PRK) 09-10: ‘Kempen saat-saat akhir’ cemarkan pilihanraya UKM!

Sumber: Zainulfaqar
January 28, 2010 at 4:11 am

BUKTI pencemaran demokrasi kampus oleh pentadbiran Universiti sendiri.

KAKiTANGAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini didakwa menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam tadi.

Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti, Afendy Abdul Rahim berkata, terdapat pondok panas didirikan di luar kawasan pembuangan undi; di beberapa kolej kediaman untuk melancarkan ‘kempen saat-sat akhir’, demi memenangkan calon Pro Aspirasi Universiti (Aspirasi).

Bercakap dari pusat pengundian Kolej Kediaman Keris Mas, beliau berkata, taktik kempen saat-saat akhir tersebut bertentangan dengan peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Sukarelawan kami (ProM) datang sendiri ke pondok panas ini dan mendapati (kakitangan akademik dan felo) SPKG (Sistem Penilaian Kopetansi Generik) sedang kempen saat-saat akhir dengan mengedarkan risalah kempen di mana terdapat hanya (gambar) muka, nombor calon dan nama calon Aspirasi sahaja,” jelas Afendy ketika pagi tadi.

Beliau yang juga bekas anggota MPP representasi Fakulti Pendidikan berkata, Universiti melayan beliau secara tidak profesional apabila beberapa perkara tersebut dibangkitkan.

“Malah ada (risalah kempen) yang dilekat di pintu masuk Universiti, apabila tanya (kepada mereka yang terbabit), salah seorang Felo menengking saya : Kau buat kerja kau dan biar aku buat kerja aku,” jelasnya.

Ujarnya lagi, mereka yang terbabit terus mengedarkan risalah kempen tersebut secara terbuka dan mencabar ProM untuk menghalang tindak-tanduk mereka yang salah itu.

Pengetua bagi Kolej Kediaman Keris Mas, Prof Madya Salahuddin Md Nor kemudiannya cuba dihubungi untuk mendapat maklum balas, namun beliau terus mematikan telefon sejurus mengetahui a identiti Harakahdaily.

Disebabkan insiden tersebut, dilaporkan ProM sedang mendesak Universiti supaya melakukan injunksi serta-merta demi membendung penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan akademik dan fello Universiti terbabit. -END

Monday, 25 January 2010

Wahai Siswa-Siswi UNITEN

oleh : Panerai

Post ini adalah yang tersingkat pernah aku tuliskan di laman UnitenKini.

Isu berkenaan Parlimen Mahasiswa ini nampaknya kurang disambut oleh mahasiswa/i UNITEN. Mungkin benar, Siswa/i siswi hanya berminat dengan hidup yang mudah dan tidak memeningkan. Bangun tidur, solat, pergi ke kelas, makan tengahari, pergi ke kelas, ke ITMS main internet, petang ke padang main bola, balik umah, mandi, dating ngn kekasih, main game, wat asignment, tido.

itular rutin asas untuk melahirkan siswa/i yang mempunyai pointer yang tinggi dan berharap selepas grad nnt akan memperoleh kerja-kerja di multinational company mcm Shell, Petronas, Exxon dan segalanya.

benar kah??

Saya cabar tuan dan puan sekalian untuk at least terlibat di dalam perdebatan mengenai isu ini. Bukan untuk melibatkan secara langsung dengannya. cukup sekadar berbual mengenainya di UPTEN, COE Foodcourt, Masjid dan kelompok masing-masing.

Tulis lar sedikit komen di dalam blog - blog yang mengulas perkara ini. Yang paling mudah untuk menghadiri Sembang Siswa anjuran PRS UNITEN di COIT pada 3 feb ini. Panel - panelnya sangat berwibawa.

Saudara Fairuz Ghani, bekas Presiden MPP 04/05, tokoh pelajar yang berjaya mengangkat MPP sebagai pejuang hak pelajar. Beliau berjaya menggerakkan seluruh bala tenteranya untuk menuntut supaya diskaun penginapan yang dinikmati siswa/i  dapat diteruskan. Beliau berjaya menarik perhatian Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie untuk MPP mengadakan perbincangan yang bersejarah dan berjaya menjadikan diskaun terebut dinikmati sehingga kini.

Saudara Presiden MPP 09/10 juga tidak kurang hebatnya. Berbekalkan pengalaman yang luas di dalam dunia aktiviti pelajar sejak beliau di tahun asas lagi. Menjadi MPP kali ini adalah yang kedua baginya. Beliau amat dikenali sebagai seorang yang ramah dan mesra kepada semua terutamanya kakitangan beliau.

tajuk yang dibincangkan adalah "Hilangnya MPP", Saya rasa ianya amat bertepatan untuk kita semua membincangkan Parlimen Mahasiswa di UNITEN.

rakan-rakan sekalian, Parlimen Mahasiswa tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Ia adalah platform untuk semua kelompok atau kumpulan di UNITEN mengajukan permasalahan dan cadangan secara rasmi dan direct kepada MPP UNITEN.

Ia juga dapat dijadikan badan yang dapat menjadikan semua siswa/i sebagai badan pemantau prestasi MPP. Ia juga dapat menguatkan usaha siswa/i dalam memohon penambahbaikkan di dalam kehidupan semua.

MPP juga dapat menggunakan badan ini untuk mengesahkan semua perancangan dan usaha. Segala polisi baru dan pembaharuan akan sampai kepada semua siswa/i UNITEN.

Apa-apa pun....molek lar jikalau semua dapat terlibat sama. Andai idea ini terlampau tinggi untuk di"synchronise"kan dengan tahap kematangan dan keintelektual siswa/i UNITEN, cukup lar ia dapat membuka mata semua dan menambah pengetahuan.

Thursday, 21 January 2010

Rasional Pembentukan Parlimen Mahasiswa di UNITEN.

Oleh : Panerai

. Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 organ utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Ketiga-tiga cabang berkhidmat dan berkepalakan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Mana-mana siswa/i yang mengambil subjek Perlembagaan Malaysia di UNITEN sudah pasti amat memahami isi penting Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk oleh bapa – bapa pengasas negara bangsa kita.

Legislatif adalah Parlimen. Parlimen adalah badan perundangan tertinggi di negara kita. Parlimen adalah lambang demokrasi. Parlimen adalah badan pembuat undang-undang dan organisasi yang berhak meminda undang-undang tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan.

Eksekutif pula adalah organ pelaksana. Badan yang menggerakkan kerajaan keseluruhannya. Badan membuat dasar dan polisi BERDASARKAN undang-undang yang DITETAPKAN oleh Parlimen. Ketuanya adalah Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan.

Kehakiman pula cukup disinonimkan oleh Ketua Hakim Negara dan mahkamah-mahkamah, tidak kiralah Mahkamah Persekutuan, Rayuan, Tinggi, Sesyen dan Majistret. Ianya ditugaskan untuk memastikan undang-undang ditegakkan. Perlembagaan dipatuhi dan semua keputusan atau polisi selaras dengan undang-undang.

Molek saya tegaskan bagaimana kita boleh tunjukkan disini keindahan pengasingan kuasa ini melalui siapakan yang melantik kepala ketiga-tiga ini. Tiada diantara mereka berkuasa melantik antara satu sama lain, hanya SPB YDP Agong. Mengapa pengasingan ini diperlukan??

INI ADALAH UNTUK MENJAMIN TIADA PIHAK ATAU INDIVIDU UNTUK BERKUASA PENUH DI DALAM KERAJAAN. TIADA DIKTATOR ATAU PEMERINTAH TUNGGAL. IA JUGA UNTUK MEMASTIKAN SETIAP ORGAN MELAKSANAKAN TUGAS – TUGAS MEREKA. SEBUAH SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGIMBANGAN YANG EFISEN SEPERTI PENGASINGAN INI AKAN MENJAMIN HAK-HAK DAN KEHIDUPAN RAKYAT DIANGKAT DAN DIPELIHARA.

Konsep ini lah yang cuba diterapkan melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa di UNITEN. Saban kali kita dengar ada keluhan-keluhan mengenai kepayahan dan kesusahan rakan – rakan siswa/I kita mengenai kualiti hidup dan akademik mereka. Kita juga ada mendengar cadangan – cadangan bagaimana permasalahan itu boleh diselesaikan. Tetapi di manakah semua suara – suara ini??

Ia senyap kerana ada atau tiada pihak yang sepatutnya mengutip idea – idea ini (mungkin) tidur atau (mungkin) tidak berminat mengenainya. Mereka ini (mungkin) hanya berminat dengan nama dan kemahsyuran. Mereka ini (mungkin) lebih berminat untuk menganjurkan program – program yang (mungkin) mereka rasakan berfaedah untuk siswa/i.

Bagaimanakah siswa/I dapat memantau mereka – mereka ini?? Jawapan standard adalah :

“HEP ada untuk bantu, takkan depa nak susahkan kita”

“Aik, kan ada Minggu Maklum Balas??

“Saudara-saudari diharapkan dapat hadir ke majlis mesra kami”

“HEP akan menganjurkan Kursus dimana semua pemimpin pemimpin pelajar akan bersama brainstorm untuk kebaikan semua”

Saya ingin menarik perhatian pembaca sekalian untuk berfikir sendiri, adakah ianya benar – benar membantu siswa/I UNITEN. Adakah aduan-aduan itu diambil tindakan? Atau adakah aduan – aduan itu sekurang-kurangnya dimajukan ke pengetahuan pihak pemtadbiran?? Atau adakah perhimpunan atau mesyuarat mereka sekadar membincangkan program – program ??

Oleh itu?? Bagaimana kita hendak memantau mereka?? Dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka yang sepatutnya (berjanji) untuk memperjuangkan hak siswa/i dan pembangunan siswa/I di UNITEN??

Caranya ada dan telah dibuktikan berkesan. Parlimen Mahasiswa.

Rakan –rakan pembaca jangan beranggapan saya mencadangkan yang Majlis Perwakilan Pelajar adalah teruk dan tidak berkesan. Tidak. MPP adalah sebuah sistem yang baik dan boleh dinaik tarafkan. MPP saya boleh ibaratkan di sini sebagai badan EKSEKUTIF siswa/I di UNITEN. Mereka adalah badan pelaksana keputusan. Mereka juga boleh melaksanakan polisi – polisi baru, pembaharuan untuk kebaikan semua siswa/I UNITEN. Mereka mempunyai kuasa melantik individu untuk aktiviti siswa/i, menguruskan kewangan yang diperuntukan, meyelia tahap kehidupan pelajar. Satu – satuya organisasi yang sah dan dilindungi oleh Perlembagaan UNITEN melalui Artikel 49 . Mereka berhak untuk memajukan apa-apa aduan kepada pihak pengurusan UNITEN.

Dan adakah ini bermakna Parlimen Mahasiswa tidak diperlukan kerana ianya hanya redaduncy di dalam memperjuangkan hak pelajar?? Tidak rakan - rakan pembaca sekalian. Parlimen Mahasiswa adalah salah satu alternatif untuk meningkatkan tahap pengumpulan aduan dan penyampaian permasalahan kepada pihak pengurusan. Ia juga dapat memberikan sistem check and balance untuk memastikan tugas – tugas dan kualiti perkhidmatan MPP sentiasa ditahap terbaik. Parlimen Mahasiswa adalah jalan yang tertib dan bermaruah untuk mana – mana pihak atau individu menyuarakan permasalahan, cadangan, idea bernas. Tiada lagi bunyi – bunyi sumbang dan salakan dari jauh menyatakan ketidakpuasan hati. Parlimen Mahasiswa adalah konsep syura atau mesyuarah yang dianggotai oleh wakil kelompok atau kumpulan mahasiswa di UNITEN. Mereka ini akan memperjuangkan rasa hati dan kehendak mereka kepada kepada MPP untuk di ambil tindakan.

Jadi tiada alasan lagi MPP tidak menerima aduan rasmi, tiada alasan lagi siswa/i UNITEN mengeluh suara tidak didengari oleh pihak pengurusan, tiada lagi alasan untuk MPP mendiamkan diri tanpa sebarang justifikasi tindakan atau keputusan mereka, tiada alasan lagi untuk pihak pengurusan universiti merasakan pelanggan UNITEN itu lemah dan senang diperkotak-katikkan, tiada lagi alasan untuk menghentam MPP membuta-tuli.

Sungguhpun idea ini lewat dilaksanakan di IPT. Saya dapat merasakan sistem ini dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan siswa/i di UNITEN sekaligus membantu meningkatkan kecemerlangan akademik mereka. Selain itu, sistem ini juga dapat melahirkan pemimpin – pemimpin yang berkualiti dan berintegriti. Pembudayaan akauntabiliti dan integeriti dapat direalisasikan. Amanah dan tanggungjawab diserapkan di dalam diri. Pengetahuan dan ilmu ditempa. Akhir hasilnya Professional yang Berjaya.

Saya juga ingin menyeru rakan – rakan siswa/i untuk menyahut idea ini. Meningkatkan tahap perdebatan isu ini melalui komen – komen bernas di mana – mana forummaya dan blog. Masukkan isu ini ke dalam perbualan seharian kalian. Saya juga mencabar pihak MPP atau mana – mana persatuan untuk menganjurkan satu forum mengenai isu ini bagi semua bersama – sama memikirkan yang terbaik untuk semua. Kepada MPP, ambil ini sebagai satu peluang keemasan kalian, bukan satu bala atau kesusahan. Anjurkan lar forum, pidato, perbincangan, adakan kutipan suara atau suvey. Marilah bersama – sama memanfaatkan peluang yang jarang hadir ini.

Wednesday, 20 January 2010

Cadangan Pembentukan Parlimen Mahasiswa UNITEN.

Objektif Parlimen Mahasiswa UNITEN.

Memantapkan sistem penyampaian aduan mengenai pembelajaran dan kehidupan kampus siwa-siswi UNITEN.

Mewujudkan ruang bagi siswa-siswi UNITEN untuk menyuarakan pandangan,cadangan,kritikan dan keluhan ke pengetahuan MPP dan pihak Pengurusan Universiti.

Membentuk sebuah sistem pemantauan dan pengimbang (check and balance) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan MPP didalam memperjuangkan hak-hak siswa.

Melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan untuk Universiti dan Negara di masa hadapan.

Menyemai semangat demokrasi dikalangan siswa-siswi UNITEN.

Syarat asas.

Pelajar semasa Universiti yang berdaftar sepenuh masa.

CGPA sekurang-kurangnya 2.30.

Tidak pernah didakwa atau disabitkan apa-apa kesalahan dalam atau di luar UNITEN.

Pecahan keanggotaan Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya

Keanggotaan secara otomatik :

Majlis Perwakilan Pelajar - 12 orang

Wakil Pelajar Kelompok Penginapan - 8 orang

Wakil Persatuan / Kelab - 8 orang

Wakil Persatuan Sukan - 2 orang

Wakil Persatuan Akademik - 2 orang

Jumlah = 32 orang

Keanggotaan secara undi

Yang Di Pertua / Speaker - 1 orang

Jumlah Peruntukan Keanggotaan Parlimen Mahasiswa UNITEN = 33 orang


Jumlah 33 kerusi adalah berdasarkan nisbah wakil dan jumlah pelajar UNITEN Kampus Putrajaya dimana seorang wakil akan bertanggungjawab kepaa 150 orang pelajar.

Wakil bagi ii,iii,iv, dan v dipilih berdasarkan Mesyuarat/Perhimpunan diantara kelompok masing-masing. Mereka dilantik bagi mewakili kumpulan-kumpulan yang berkenaan.

Speaker dipilih melalui undi ahli-ahli otomatik pada Persidangan Sesi Pertama Parlimen Mahasiswa.

Presiden MPP akan bertindak sebagai Pengerusi Sementara sehingga Parlimen Mahasiswa membuat pemilihan Speaker.

Tempoh Masa Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya.

Penggal Parlimen Mahasiswa UNITEN Kampus Putrajaya adalah selama 1 tahun.

Tempoh yang dicadangkan bermula dari tarikh keputusan pilihanraya sehingga notis pembubaran MPP.

Parlimen Mahasiswa UNITEN secara otomatik akan dibubarkan serentak dengan notis pembubaran MPP.

Jumlah Persidangan

Parlimen Mahasiswa akan bersidang sebanyak 4 kali setahun.

Tempoh masa persidangan minima adalah sehari atau 8 Jam.

Walaubagaimanapun, Speaker boleh mengeluarkan notis persidangan khas jika mendapat permohonan mana-mana ahli parlimen dan disokong oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada keseluruhan ahli parlimen.

Perbezaan diantara MPP dan Parlimen Mahasiswa UNITEN

Parlimen Mahasiswa UNITEN adalah organ perundingan dan penetapan keputusan-keputusan yang berkait rapat dan kualiti dan kehidupan siswa-siswi UNITEN.

MPP adalah organ pelaksana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Parlimen Mahasiswa UNITEN

Jika MPP hendak melaksanakan dasar baru atau perubahan, MPP hendaklah mencadangkan perkara tersebut ke pengetahuan Parlimen Mahasiswa UNITEN untuk kelulusan.

Jika usul atau cadangan telah diluluskan oleh Parlimen Mahasiswa UNITEN, MPP berkuasa penuh untuk melaksanakan usul tersebut tanpa gangguan atau campur tangan Parlimen Mahasiswa UNITEN. Sebarang bantahan atau campur tangan hendaklah mempunyai kelulusan Parlimen Mahasiswa. Speaker boleh memanggil sidang khas mengikut budi bicara dan pertimbangan beliau sekiranya ada permohonan.

MPP mempunyai kuasa eksekutif. Ini bermakna MPP boleh menggunakan kuasa untuk membuat perlantikan AJK, Ketua Pengarah Program, Ketua Projek. MPP boleh menggunakan peruntukan kewangan yang mereka ada tanpa campur tangan Parlimen Mahasiswa UNITEN. MPP boleh mewujudkan hubungan dengan mana-mana MPP IPT dalam dan luar Malaysia. MPP boleh menganjurkan apa-apa program di dalam dan luar UNITEN. MPP boleh mengeluarkan surat arahan atau makluman, notis kepada di dalam UNITEN.

Parlimen Mahasiswa UNITEN pula boleh untuk mempersoalkan mana-mana di dalam perkara 5 di atas, hanya dengan adanya usul yang dibuat di dalam Parlimen Mahasiswa. Parlimen Mahasiswa boleh membuat usul untuk menyekat mana-mana usaha atau perancangan MPP, jika mempunyai undi majoriti di dalam Parlimen Mahasiswa.

Penerai V


 
^ Scroll to Top