Sunday, 1 November 2009

Tahniah UNITEN


Misi kereta solar Uniten berhasil: Kereta solar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Solar Ranger tiba di garisan penamat pada Cabaran Solar Sedunia 2009 di Victoria Square, Adelaide, Australia pada jam 11.40 pagi waktu tempatan, semalam. Ini bermakna Uniten dalam cubaan pertamanya berjaya menamatkan perlumbaan yang disertai 32 pasukan kereta solar dari 15 negara itu. Solar Ranger bergerak dengan kelajuan maksimum 60 kilometer (km) sejam berbanding kelajuan asalnya 110km sejam akibat masalah teknikal sebelum perlumbaan bermula Ahad lalu. Perlumbaan kereta solar sejauh 3,021km merentasi benua Australia bermula dari Darwin ke Adelaide itu dimenangi kereta solar 'Tokai Challenger' dari Jepun yang tiba di garisan penamat Rabu lalu dengan purata kelajuan 100km sejam. - Foto Bernama

//walaupun tidak berjaya memenangi perlumbaan tersebut, tetapi Uniten mampu menamatkannya//

Kereta solar UNITEN lepasi halangan rentas Australia

ADELAIDE 1 Nov. — Kejayaan pasukan kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menamatkan 3,021 km cabaran solar sedunia merentasi benua Australia “bukan misi biasa”.

Ini kerana pasukan Solar Ranger bermula dengan kerosakan teknikal tidak dijangka dan ia juga penyertaan pertama UNITEN dalam perlumbaan kereta solar daripada Darwin ke Adelaide.

Namun dalam kekurangan itu, Solar Ranger yang asalnya merupakan projek 10 pelajar Kolej Kejuruteraan UNITEN dibantu lima pensyarah mampu mengibar Jalur Gemilang di Victoria Square, Adelaide, dalam masa ditetapkan.

Di bawah terik matahari, Solar Ranger dengan badan tertera logo “1Malaysia"

tiba di Victoria Square yang terletak di tengah-tengah bandar pukul 11.40 pagi semalam, disambut meriah dengan laungan `Malaysia Boleh” oleh rakyat Malaysia yang datang beberapa jam awal.

Sebelum Solar Ranger sampai ke garisan penamat, lebih kurang sedozen kereta solar yang bertanding telah menamatkan cabaran, termasuklah tiga pemenang iaitu Tokai Challenger dari Jepun (tempat pertama), diikuti Nuna5 dari Belanda dan Infinium dari Amerika Syarikat. - Bernama

Go..go..UNITEN boleh!!!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Friday, 30 October 2009

Perkara 3(1)

8 bulan lepas semasa dalam kuliah Malaysian Studies, seorang rakan ada menyuarakan keraguannya perihal agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Atas nama mencari jawapan, aku menyemak Perlembagaan Persekutuan lalu menjumpai perkara 3(1) yang menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Ternyata memang ada didalam perlembagaan tentang status agama Islam bagi negara kita.



Status Agama Rasmi dalam Perlembagaan
Seperti yang termaktub dalam perkara 3(1), Islam merupakan agama bagi Persekutuan yakni menjadi agama rasmi Malaysia. Namun ianya hanya menjelaskan tentang sifat atau agama yang dianut oleh Malaysia. Ianya tidak merangkumi identitI atau sistem yang diamalkan oleh kerajaan. Adakah Malaysia itu sebagai manusia yang boleh menganut Islam? Dalam hal ini, kerajaan yang memerintah Malaysia bukanlah kerajaan Islam tetapi kerajaan demokrasi yang lebih dekat kepada sekularisme seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin DAP. Contohnya, seorang yang beragama Islam tidak semestinya mengamalkan cara hidup Islam yakni lebih bersifat sekularisme. Jika sistem kerajaan itu berlandaskan Islam, maka kerajaan itu merupakan kerajaan islam. Contohnya, nama Republic Islam Iran dan Islamic Republic of Pakistan jelas memberi makna kerajaan Islam disilia dalam sistem republic Islam. Dalam perlembagaan kedua-dua buah negara ini juga ada menyatakan tentang Islam sebagai agama rasmi. Lebih daripada itu, sistem perundangan juga berasaskan undang-undang shariah.

Rakyat
Sesebuah kerajaan dibina oleh kekuatan rakyat lalu identiti rakyat mencerminkan identiti kerajaan. Sesebuah kerajaan yang demokrasi seperti Malaysia memimpin negara berasaskan amanah rakyat. Oleh itu, rakyat dapat memberi kita maklumat tentang sesuatu perkara seperti agama rasmi. Di Malaysia, kira-kira 60% daripada 26 juta rakyat beragama Islam. Ini mewakili satu kumpulan majoriti lalu menampakan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Adakah agama yang paling banyak dianuti di sesebuah negara merupakan agama rasmi negara itu? Hematnya, angka ini tidak mengubah status agama kerajaan yang memerintah Malaysia. Contohnya, jika majoriti rakyat Malaysia memilih undang-undang barat selain daripada Islam, adakah ini bermakna Islam bukan merupakan agama rasmi?

Kerajaan
Rakyat mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang menerajui negara. Di Malaysia, Barisan Nasional (BN)dipilih rakyat menjelaskan Malaysia bukan ditakbir kerajaan Islam justeru bukan negara Islam. Kerajaan seperti ini lebih bersifat sekular. Namun kehadiran UMNO yang menjadi tungjang pemerintahan sedikit sebanyak mencerminkan imej Islam dalam pemerintahan di peringkat tertinggi. Contohnya, Perdana Menteri dan kabinetnya boleh membuat keputusan ke mana arus atau pilihan negara apabila memilih sesuatu perkara. Kerajaan Malaysia memilih menganggotai Organisation of the Islamic Conferences (OIC) membuktikan kuasa yang ada pada kerajaan dalam menentukan hala tuju negara. Dalam hal ini, Malaysia dikatakan sebuah negara Islam kerana memilih dan seterusnya diterima menganggotai pertubuhan Islam ini. Kerajaan Malaysia juga secara terus menolak hubungan diplomatic dengan Israel menunjukkan tanda sokongan kepada Palestin dan dunia Islam. Walaubagaimanapun, BN tidak berdiri atas platform Islam lalu tidak pula mempunyai pendirian untuk menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang utama. PAS pula dikatakan serius dalam memperkenalkan hudud dan qisas kerana ianya sudah menjadi piagamnya. Matla, jika PAS memerintah negara lalu menukarkan sistem perundangan dan kerajaan kepada sesuatu yang lebih berunsurkan shariah, maka sudah pastilah Malaysia merupakan negara Islam.

Raja-raja Melayu dan Undang-undang Negeri
Simbol pemerintahan negara kita ialah raja-raja Melayu yang menjadi tungjang pembinaan negara ini. Sejak pemerintahan Parameswara, Islam telah menjadi agama anutan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Justeru memperlihatkan status kerajaan yang bersifat keislaman. Namun kesan berkurun penjajahan menyebabkan imej ini pudar. Malaysia dihuni oleh pelbagai komposisi masyarakat yang bebas mengamalkan agama dan ajaran hidup. Namun, raja-raja Melayu masih kekal sebagai ketua negeri dan Yang di-pertuan Agong sebagai ketua negara. Mereka diberi kuasa dalam perkara berkaitan adat resam melayu dan agama Islam. Matla, keluhuran adat resam dan agama menjadi perkara yang penting dan diambil berat. Oleh kerana simbol pemerintahan terletak ditangan raja-raja Melayu, Islam masih kekal relevan sebagai agama rasmi. Contohnya, Pakatan Rakyat (PR) terpaksa meletakkan seorang Melayu yang beragama Islam sebagai menteri besar Perak meskipun DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS. Perlantikan ini diperkenan sultan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Jelas disini, Islam mendapat keistimewaan di peringkat tertinggi lalu bolehka ianya dinobatkan sebagai agama rasmi?

Lain-lain
Bendera Malaysia: Anak bulan yang terdapat dalam Jalur Gemilang membawa maksud agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan.

Kesimpulannya
Mengikut pandangan aku berdasarkan logik dan fakta yang jelas, Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun sistem pemerintahan dan undang-undang bersifat secular. Isu yang timbul sebenarnya berakar umbi dari pemahaman dan manipulasi definisi daripada golongan bijak pandai seperti pengamal undang-undang dan ahli politik. Jika kita berfikir sebagai seorang rakyat biasa yang menggunakan kewarasan akal fikiran, aku yakin jawapan kepada isu ini semakin jelas. ‘Malaysia sebuah negara Islam’ mempunyai 2 makna yang merujuk kepada 2 tahap pengabadian atau pengaplikasian Islam dalam negara. Yang pertama Islam menjadi asas kerajaan, pemerintahan dan undang-undang. Contohnya Iran mempunyai kerajaan Islam yang mengamalkan pemerintahan Islam sambil didokong oleh undang-undang shariah. Yang kedua Islam menjadi agama rasmi akibat kesan langsung kerajaan, pemerintahan dan undang-undang. Contohnyanya kerajaan Malaysia menyertai OIC merupakan tingkah laku yang berpegang pada Islam namun dibuat oleh kerjaan yang tidak meletakkan Islam sebagai perkara tertinggi dalam pemerintahan. Ringkasnya, Malaysia merupakan negara Islam dengan Islam sebagai agama rasmi juga mempunyai sistem pemerintah dan undang-undang yang sekular.

Kita boleh menideologikan diri sendiri dalam isu ini. Apakah agama kita? Setiap warganegara mempunyai kepercayaan masing-masing. Di dalam surat perakuan warganegara seperti MyKad, telah dinyatakan anutan kita. Jika kita seorang Islam, maka tertulis perkataan Islam dalam surat perakuan itu. Secara kasarnya, kita seorang Islam mengikut undang-undang. Dalam hal ini, Islam telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi Malaysia. Namun, tidak pula disebut tahap atau cara kita mengamalkan agama itu samada kita seorang warganegara yang berpegang teguh kepada ajaran Islam ataupun seorang sekular. Dalam hal ini, Malaysia mungkin dikategorikan sebagai negara sekular. Namun mujurlah terdapat kerajaan yang tidak sepenuhnya bersikap sekular lalu menampakkan tag Malaysia sebagai negara secular sesuatu yang janggal.

Ahli politik sering memainkan isu ini demi mendapat pengaruh dan kuasa rakyat. Contohnya UMNO yang menyatakan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka mendapat sokongan rakyat kerana pemikiran rakyat yang seakan liberal dan sudah enak duduk dalam belengu globalisasi seperti sekarang. DAP juga secara konsisten memainkan isu ini demi memenuhi status sebagai pembangkang demi menampakkan kelemahan dan mengoyahkan kerajaan semasa. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan golongan liberal Melayu dan orang bukan Islam. Pendirian PAS pula kelihatan sedikit teguh dengan memperjuangkan hukum dan sistem Islam walaupun bakal berhadapan tentangan ramai khususnya orang bukan Islam. Oleh itu, status negara Islam atau tidak dijelaskan melalui pendirian atau kepentingan diri mereka.
Mahkamah Agung pada tahun 1988 ada mengelaskan perkataan Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hanya merujuk kepada perkahwinan, perceraian dan harta pusaka lantas aspek lain seperti undang-undang dan sistem pemerintahan kekal sebagai aspek bukan Islam yakni berasaskan barat ataupun bersifat sekular. Dalam hal ini, nampak golongan yang berfikir secara objektif dan mendalam seperti peguam mengolah definisi membuat manipulasi berdasarkan hemat, sifat dan maksud satu perkataan.

Akhir kata, semua andaian, pandangan dan kesimpulan seseorang terhadap agama rasmi Malaysia perlu menjurus kepada adakah Malaysia sebuah negara Islam atau tidak bukannya Malaysia sebuah negara Islam atau sekular. Kita patut tanya adakah Malaysia sebuah negara sekular atau tidak bukannya Malaysia sebuah Negara sekular atau Islam. Ini lebih mudah dijawap seperti mudahnya kita berfikir ataupun mudahnya kita bercakap. Fikir-fikirkanlah.

Monday, 26 October 2009

32 Kereta Solar Mula Merentas Benua Australia


Daripada Syed Azwan Syed Ali

DARWIN (Australia), 25 Okt (Bernama) -- Sebanyak 32 kereta kuasa solar termasuk kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) "Solar Ranger1" memulakan cabaran merentas benua Australia pagi Ahad.

Acara pelepasan kereta solar itu berlangsung di Rumah Parlimen Darwin di sini pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

Beratus-ratus pemerhati dan peminat kereta solar termasuk wakil media dari seluruh dunia hadir seawal 7 pagi bagi menyaksikan cabaran solar itu yang disertai pasukan dari 15 negara.

Ketika pasukan Nuon Solar dari Belanda dengan kereta solar "Nuna5" menjadi pilihan perlumbaan itu, Solar Ranger1 yang mengalami kerosakan teknikal sebelum ini, layak meneruskan perlumbaan itu.

Bagi 15 anggota pasukan UNITEN, mereka yakin kereta solar mereka mampu bertahan dan menamatkan perlumbaan sejauh lebih 3,000km dari Darwin, Utara Australia, hingga ke Wilayah Selatan Australia, Adelaide.

Selain keberkesanan mengendalikan sistem kereta solar dan kecekapan pemandu kereta solar, setiap pasukan akan menempuhi beberapa halangan di sepanjang perjalanan itu termasuk faktor cuaca.

Keadaan jalan dan faktor stamina pemandu selain penyelarasan arahan dan maklumat antara kereta pengiring dengan kereta solar juga penting untuk memastikan sebarang cabaran dapat diatasi.

"Ia bukan soal mesin saja, tapi faktor pemandu (manusia) juga main peranan," kata Mohd Syafiq Khasmani, pelajar kejuruteraan yang juga salah seorang pemandu kereta solar UNITEN.

Tiga lagi pemandu ialah Edmund Ti Wee Keat, Aziz Suhaimi dan Yaw Chong Tak.

Setiap pasukan mempunyai empat pemandu yang akan bergilir mengikut stamina pemandu itu di sepanjang perlumbaan yang akan memakan masa selama sembilan sehari, bermula pukul 8 pagi setiap hari.

Ini bermakna pasukan kereta solar akan berhenti dan berkhemah tepat pukul 5 petang di tempat di mana kereta solar itu berada sebelum meneruskan perlumbaan pada keesokan hari.

Perlumbaan kereta solar yang merupakan sebahagian daripada "Global Green Challenge 2009" ini dijangka tamat Jumaat ini.

Kegetiran cabaran kereta solar itu dapat dilihat dengan beberapa kereta solar yang mengalami kerosakan minor pada sistem motor dan brek selepas berlepas kurang 20km dari garis permulaan pagi Ahad.

Ketika berita ini ditulis, kereta solar UNITEN masih belum menghadapi masalah dan meneruskan perjalanan ke pit stop rasmi pertama, berhampiran Katherine, kira-kira 320km dari Darwin melalui Stuart Highway.

Mengambil kira kerosakan dialami, cabaran utama kereta solar universiti itu adalah menamatkan perlumbaan itu sejauh mungkin dengan harapan menggunung 1Malaysia yang tertera megah pada badan kereta solar itu.

Pemerhati dari Jerman, Wolfgang Three, yakin UNITEN mampu melakukan kejutan.

"Ia bukan misi mustahil. Pasukan (UNITEN) anda mampu lakukannya," katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA

Monday, 19 October 2009

TNC & Pengarah HEP baru

Dr. Mohamed Nasser bin Mohamad Noor,
Timbalan Naib Canselor (HEP, ALUMNI, Pengurusan),
Universiti Tenaga Nasional.



Tn Hj Ariffin bin Mohamed Yusof,
Pengarah (HEP),
Pusat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tenaga Nasional.

Sunday, 18 October 2009

KQ ENTERPRISE (KDKB PROJECT)


SILA BANTU MEREKA!MEMBELI SAMBIL MENDERMA!!!
SILA KE:
http://kq-enterprise.blogspot.com/

BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010


Presiden : Asyraf Nuruddin bin Azran

Timb. Pressiden 1 : Neevashan Ganeson

Timb. Presiden 2 : Eric Ong Choon Tat

Setiausaha Agong : Syed Nabil bin Syed Jalal

Timb. Setiausaha Agong : Haziq bin Zairel Oh

Bendahari Kehormat : Prathib a/l Sooria Demudu

Timb. Bendahari Kehormat : Siti Norfaezah binti Ab Hamid

Seketeriat Latihan & Kepimpinan(P) : Nurhana binti Norhan

Seketeriat Latihan & Kepimpinan(M) : Neevashan Ganeson

Seketeriat Kebajikan & Kerohanian (P) : Gokila a/p Thamilselvam

Seketeriat Kebajikan & Kerohanian(M) : Haziq bin Zairel Oh

Seketeriat Akademik(P) : Mohd Khuizham bin Abd Halim

Seketeriat Akademik & Kerjaya (M) : Siti Norfaezah binti Ab Hamid

Seketeriat Sukan & Rekreasi(P) : Mohamad Syahir bin Abu Bakar diknesh

Seketeriat Sukan & Kebudayaan(M) : Diknesh Khanna a/l Thillainathan

Seketeriat Perhubungan Awan : Tan Wei Hao

Seketeriat Publisiti & Informasi : Nurliyana binti Jamaludin

Seketeriat Kebudayaan & Integrasi(P) : Ugendravarman a/l P.Inthiran

Seketeriat Keusahawanan (P) : Muhammad Afiq bin Mohammad Tahir

Seketeriat Kelab dan Persatuan (M) : Erzan Shafizan bin Gulam Mohd

Hope to have the best support from all Unitenians!


 
^ Scroll to Top