Tuesday, 19 January 2010

IPT disaran tubuh Parlimen Mahasiswa


KOTA KINABALU 18 Jan. – Institusi pengajian tinggi tempatan disaran menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform untuk golongan itu mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan berkaitan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri.


“Setakat ini, belum ada yang menubuhkan Parlimen Mahasiswa, tetapi beberapa buah universiti diketahui dalam proses ke arah itu.


“Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari ini,” katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Ilmu Ke Arah Pemantapan Pelajar di Dewan Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah di sini hari ini.


Menurutnya, sebelum ini, proses menyalurkan pendapat dilakukan melalui Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan, tetapi ia kurang berkesan dalam mewakili suara mahasiswa.


Sementara itu, Saifuddin turut meminta pihak pentadbiran universiti agar tidak memperlekeh dan mengetepikan pandangan mahasiswa berhubung sesuatu isu kerana ia boleh menyekat budaya intelektualisme.
Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengekang usaha menyuburkan minda dan memberi pendedahan kepada mahasiswa agar lebih berani bersuara.


“Perkara ini perlu dihentikan. Kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecil atau dianggap seperti budak-budak.


“Kita mesti mengiktiraf suara mereka,” katanya.


Saifuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai tindakan segelintir pemimpin dan pensyarah universiti yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekehkan pandangan mahasiswa.


Katanya, golongan mahasiswa seharusnya diberi pendedahan dan peranan untuk mengemuka idea-idea baru.
Mengenai rancangan untuk menaik taraf tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara menjadi universiti pada tahun ini, beliau memberitahu, perkara itu masih dalam proses pemilihan.






http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_04.htm

Perjuangan Tanpa Wawasan Tanda Tumpul Idealisme Mahasiswa

Aku suka Post ini, ditulis oleh :Mohd Shah Abdullah
Timbalan Rektor Pembangunan Korporat dan Pengantarabangsaan KUIS
Selepas ada gerakan Mahasiswa KUIS yang berdemo membantah kenaikan kadar yuran KUIS.


______________________________



SEKONYONG-konyong sekumpulan mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menggelarkan identiti mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) berarak, berkumpul dan berdemontrasi menuntut apa yang didakwa hak mereka. Sebilangan kecil mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berdemonstrasi menuntut pengurusan universiti menurunkan kadar yuran berasaskan andaian universiti menaikkan kadar harga yuran 50 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Riuh-rendah universiti akibat keletah anak-anak muda ini. Mereka berkumpul dan berarak dalam kumpulan kecil dalam tempoh seminggu sehingga kemuncaknya pada 6 November lalu, mereka menyuarakan bantahan rasmi - Memorandum Desak: Mendesak Pihak Pentadbiran Menurunkan Yuran Pengajian. Gelagat mereka mendapat liputan media cetak dan elektronik. Media alternatif, termasuk blog melaporkan dengan lebih meluas, termasuk umpat keji, maki dan kata nista.

Berbanding suasana era gelombang kebangkitan mahasiswa pada 1960-an dan 1970-an, perjuangan ketika itu membawa tema penting, lebih jitu membumi, menyentuh akar umbi dan hati nurani rakyat. Perjuangan mereka misalnya untuk memartabatkan bahasa Melayu, kemiskinan rakyat dan kejatuhan harga getah yang lebih dekat kepada suara nurani rakyat serta wibawa bangsa. Akibatnya, suara dan perjuangan mahasiswa dipasung dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pemimpin mahasiswa ditangkap, dipenjara dan ada yang membawa diri lari ke luar negara. Pokoknya, wacana mahasiswa ketika itu mendukung satu tema dan gagasan besar memartabatkan perjuangan bangsa.

Demonstrasi terbaru oleh segelintir mahasiswa ini menampilkan citra dan wajah yang berlainan. Di sekitar persoalan dan isu yang diketengahkan, nyata perjuangan mereka menampilkan satu watak bahawa lumpuhnya wawasan dan idealisme golongan itu. Membawa isu terpinggir, remeh-temeh serta dangkal nyata membelenggu dimensi perjuangan kumpulan serpihan ini. Mengapa dikatakan demikian?

Pertama, sebuah IPTS berbeza sama sekali dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Walaupun falsafah dan fungsi IPTS adalah mendukung dasar pendidikan tinggi negara, matlamat IPTS pada akhirnya ialah kemandirian dari sudut kewangan. Berbanding IPTA yang mendapat sokongan dana dan pembiayaan kerajaan, geran penyelidikan dan inovasi serta sokongan berterusan kerajaan dalam pelbagai bentuk yang lain, IPTS secara umumnya beroperasi bersendirian, mencari duit dan mencipta laba menerusi cara yang diharuskan. Kutipan yuran pelajar adalah satu kaedah bahkan menjadi cara yang paling utama.

Menerusi kutipan yuran itulah, sesebuah IPTS menyokong kesinambungan hayatnya. Ia termasuk belanja operasi, pembayaran gaji dan emolumen, menyediakan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), kemudahan prasarana, penyelenggaraan kemudahan, bayaran bil dan utiliti, perkhidmatan perpustakaan, makmal bahasa dan multimedia serta kemudahan lain yang perlu disediakan menurut piawaian sebuah institusi pengajian tinggi. Akibat perbelanjaan dan kos yang tinggi terus menerus meningkat saban tahun, maka tidaklah mengejutkan ada laporan sebelum ini menyebut sesetengah IPTS terpaksa gulung tikar.

Jangan juga dilupakan, IPTS perlu melakukan kerja promosi dan pemasaran secara bersendirian untuk mencari pelajar. IPTS tidak mempunyai pusat sehenti (one stop centre) seperti Unit Pusat Universiti (UPU) yang memproses kemasukan pelajar terus ke IPTA. Perbelanjaan dan kos bagi pengiklanan serta pemasaran adalah tinggi, kerja yang dilakukan sulit dan sukar di samping memerlukan inisiatif yang tinggi, perancangan strategik, tersusun dan komprehensif. Apatah lagi jika aktiviti pemasaran membabitkan pemasaran antarabangsa, kosnya tentulah lebih mahal dan tinggi. Semua perbelanjaan yang dilabur bagi tujuan pemasaran dan promosi belum tentu berbaloi andainya pelajar tidak datang belajar ke sesebuah IPTS.

Persaingan IPTS nyata semakin sengit. Kini ada 37 kolej universiti dan universiti swasta dan lebih 500 kolej swasta bersaing untuk merebut segmen pasaran sama. Lazimnya, pelajar yang berkelulusan cemerlang cenderung memilih atau dipilih memasuki IPTA. Baki yang lain itulah, sesetengahnya hanya berkelulusan minimum yang hendak direbut untuk memasuki IPTS.

Tanggungjawab IPTS menggalas misi besar, menampung sejumlah pelajar yang tidak mampu ditampung IPTA. Ini misi nasional. Dalam kerangka yang lebih besar, IPTS perlu bersama-sama menjayakan agenda nasional memartabatkan agenda pendidikan tinggi, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjana modal insan berkualiti tinggi.

Kedua, kerana sifatnya yang perlu bersaing dan berdikari, pengurusan IPTS bertanggungjawab melapor kepada lembaga pengarah, pemegang kepentingan dan sesetengahnya langsung kepada pemegang saham. Laporan tahunan kewangan yang mencatatkan defisit tentulah meletakkan pengurusan IPTS tertekan, meresahkan, menjejaskan operasi organisasi dan kemungkinan membawa kepada tragedi gulung tikar. Perbezaan ini amat ketara dengan operasi IPTA yang dijaga rapi oleh pemegang kepentingannya, iaitu kerajaan sendiri. IPTS lebih terbuka untuk menjadi muflis jika penyata dan kedudukan kewangannya goyah.

Kenyataan dan garis penting inilah yang gagal untuk difahami kebanyakan pelajar, malah ibu bapa yang menghantar anak mereka menuntut di IPTS. Mujur agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyediakan dana pinjaman kepada pelajar IPTS. Pinjaman itulah yang membantu pelajar membiayai pengajian mereka selama tiga atau empat tahun di universiti. Namun, pinjaman pengajian itu tidaklah seperti biasiswa. Dengan keterbatasan PTPTN yang terpaksa memikul tanggungjawab sosial begitu besar, ia tentulah tidak berupaya menyediakan jumlah pinjaman yang besar kepada setiap pelajar. PTPTN turut bertanggungjawab menaja pelajar IPTA.

Maka, sebarang tuntutan untuk menaikkan kadar pinjaman adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara dan kuasa PTPTN, bukan pengusaha IPTS. Sekali lagi, bayangkan senario buruk jika PTPTN menutup terus saluran penyediaan dana pinjaman kepada pelajar IPTS. Sesebuah IPTS memang bergantung kepada komitmen sebuah agensi besar seperti PTPTN kerana hampir 70 hingga 80 peratus pelajarnya bergantung kepada dana pinjaman berkenaan.

Dana pinjaman yang diterima pelajar diguna membayar yuran pengajian bukanlah mutlak sepenuhnya masuk ke kantung kewangan universiti. Sebahagian dana itu dipulangkan bagi kepentingan pelajar, termasuk penyediaan kemudahan P&P, kemudahan dan prasarana. IPTS bukanlah organisasi tamak untuk mencipta keuntungan berlipat ganda. Sejak beberapa tahun beroperasi IPTS terpaksa ditampung menerusi dana asnaf fisabilillah disalurkan syarikat induk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam bentuk pembiayaan geran tahunan untuk membiayai gaji dan emolumen kakitangan. Hakikat ini tidaklah difahami oleh kumpulan serpihan pelajar yang berdemonstrasi menuntut penurunan harga yuran pengajian.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Pepatah ini sesuai untuk menggambarkan IPTS yang berada dalam kedudukan serba salah. Melayan dan menerima sepenuhnya tuntutan pelajar agar menurunkan yuran pengajian pada analisis akhirnya pasti menjejaskan operasi pengurusan. Menolak tuntutan itu pastilah meletakkan pengurusan ditohmah kononnya mengetepikan prinsip keadilan, tamak, boros dan sebarang kutukan lain bukan saja oleh pelajar berkepentingan sempit seperti GMS, tetapi mungkin sesetengah ibu bapa yang tidak memahami situasi sebenar perjalanan operasi sesebuah IPTS.

Jika dibiarkan perangai dan gelagat kelakuan anak muda ini, ia ibarat kaduk naik junjung, ular lidi menjadi naga. Kebebasan bukanlah mutlak kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mereka yang menebar angin pastilah menuai badai. Tindakan pelajar berhimpun secara tidak bertanggungjawab perlu menerima hukuman setimpal mengikut hukum dan ketetapan peraturan undang-undang. Mereka menjejaskan sebuah kehidupan kampus yang harmoni. KUIS bermula sejak 1995 sebagai sebuah kolej, sebuah entiti yang kecil, serba sederhana, dan menumpang premis di sebuah sekolah di Shah Alam. Hanya pada 2002, KUIS berpindah ke kampus tetap di Bandar Seri Putra, bangunan yang dibina hasil inisiatif kerajaan Selangor ketika itu.

Pada 2004, KUIS dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti menerusi sedikit keberanian dan iltizam untuk turut sama memacu agenda pendidikan tinggi negara. Kini ia dalam proses permohonan untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh.

Segelintir ahli GMS ini menampilkan wacana tohor, serba dangkal dan minda terkepung apabila menggerakkan segelintir mahasiswa untuk berdemonstrasi. Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Kejahilan adalah kezaliman. Agenda perjuangan kumpulan serpihan GMS hambar, kosong, tidak bermaya, tidak langsung berguna dan bermakna.


Komen aku:

  • Semua yang dikatakan oleh Timb Rektor ini betul, tepat sekali, aku sokong dan bersetuju.
  • Kalau kita tengok kembali dalam skop mahasiswa, yang buat demonstrasi itu bukan hendak sangat pun penurunan kadar yuran, malah dia tahu hampir mustahil untuk kadar yuran IPTS turun dengan hanya berdemo ramai-ramai. Tetapi KUIS patut berbangga yang seorang mahasiswa hasil daripada KUIS mampu menggerakkan pemikiran seribu mahasiswa lain untuk turun dengan ideologinya yang tidak seberapa, bagaimana seorang mahasiswa mampu membina pengaruh seterusnya diangkat menjadi pemimpin.
  • Pemimpin-pemimpin yang kebanyakannya 'susah mati' sekarang adalah bekas aktivis mahasiswa : Anwar Ibrahim, Khir Toyo, Hisyamuddin Rais, Takiyuddin Hassan, Khir Zahari, Hisyamuddin Ali, Samsuddin Moner, Nazman Mustafa, Mohd. Khairudin Mohamad, Fakurazzi Ibrahim, Jais Sardai, Mohd. Izani Mohd. Zain, Borhan Che Daud, Mohd. Hafeez Samad, Mohd Fuad Mohd Ikhwan dan Mohd. Hisyamuddin Bakar. 
  • Biarpun mereka ini tidak pernah menjadi PERDANA MENTERI malaysia, hanya menjadi pembangkang sahaja (Kecuali DSAI dan Khir Toyo), orang -orang yang semacam inilah yang mampu memimpin, bukannya mahasiswa yang hanya pandai pergi kekelas, seterusnya akan menjadi pak turut politikus-politikus yang berkuasa yang mengubah masyarakat dengan kepala otak mereka, tetapi mahasiswa perlu buktikan yang otak kita juga boleh menjadi pemimpin! "Politik Mahasiswa bukan politik basi, politik Malaysia bukan politik ngeri"



Monday, 18 January 2010

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

Pemandangan di Tasik Uniten

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Malangnya, setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25, gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universiti tersebut.

Katanya, kemalangan membabitkan mahasiswa tahun dua dari Fakulti Teknologi Maklumat itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 pagi.

'Mengikut laporan, mahasiswa berusia 20 tahun yang memandu kereta Perodua Viva bersama seorang mahasiswi itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya semasa mahu keluar dari kawasan kampus.

'Keretanya terbabas lalu melanggar pagar besi di situ lalu mengenai seorang polis bantuan,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke HKL selepas itu.

Selepas dua hari bertarung nyawa, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini.

Che Hussin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mahasiswa terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kecuaian menyebabkan kematian.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm

Komen:

1. Allah berfirman,"...Jangan kamu menghampiri zina....". Maksudnya di sini, Alllah bukan setakat mengharamkan zina, bahkan perbuatan seperti 'dating',berdua-duaan serta apa juga perbuatan yang boleh menimbulkan nafsu melakukan maksiat mesti dijauhi.

2. Masalah ini sebenarnya dah lama berleluasa di UNITEN, bukan setakat di tasik, malah di ILMU, AMANAH, CENDI dan lain-lain tempat. Memang ada hikmat kenapa kejadian minggu lepas menyebabkan kematian seorang guard. Mungkin Allah nak sedarkan kita warga UNITEN akan gejala buruk yang berlaku di kawasan kita. Apa-apa pun kita mesti berbaik sangka dengan segala takdir Allah.

3.Masalah ini bukan berada di bawah kuasa Keselamatan Uniten, Masjid mahupun mana-mana individu sahaja. Tetapi ia adalah tanggungjawab bersama muslim dan warga Uniten yang lain untuk menegur kawan-kawan kita yang lain supaya menjauhi perbuatan yang Allah tidak suka.

Friday, 15 January 2010

LaSamBa De' Malacca by SAQ

No yang tertera untuk Muslimin adalah salah.Sila hubungi Waqar Hamman di talian 012-9519700.Harap Maaf...

Thursday, 14 January 2010

""COE PARKING CAMPAIGN""

Assalammualaikum w.b.t

Kalo korang prasan dlm inbox korang, korang ade dpt email from Dr Azree pasal final year project sorang student ni regarding on COE parking campaign.. yang mana, dlm projek tersebut, dia adakan kempen, LETS PARKING @ BV PARKING LOT..

Apa PENDAPAT korang pasal nih..??
Excellent?? Ridiculous?? OK? Bagus?? X LOGIK??

Dr pandangan ak,,
1) bleh thn la idea tuh.. utk sesape yg mmg kelas die kat COE je dr awal pg smpai petang boleh la..
2) ntah pappa... sbbnya.. benda nih pernah dijalankan skali dlu.. mse guard buat kawalan ketat kat COE parking awal sem lepas...
3) n then.. cne kalo korang ade kelas kat COIT n COE.. n kelas korang xde gap...
nak ke korang rushing dr COIT.. parking kat BV.. jln kaki g BM masuk kelas?
da la rushing, penat... masuk kelas blajar lg.. bleh concentrate ke..??
4) ape mslh nak buat parking br??

bg la pendapat korang ek..
tp.. overall ak rasa benda nih ridiculous.. :p

-Siti Nursyafiqah Derani-

Tuesday, 12 January 2010

Idea dan Pendapat Amzar Zamri







hahhaha..lontarkan idea dan pendapat..???....

1st--- parking macam haram sampai bila nak sempit.

alasan biasa dipakai:
1) suruh student pakai public transport yang slalu sampai awal...booooo

2) takde duit nak buat tempat parking

3) petisyen student buat cadangan tak terima langsung..

·         kalo tak nak masalah parking..besarkan la tempat parking...jangan samakan uniten dengan IPTA..
·         atau mantapkan public transport bagi lebey efisyen

2nd-- apa guna sticker uniten kalo keje guard saman je orang....dah la parking takde...think about it....korang bayar sticker untuk kena saman...WTFun....

·         Solution- besarkan tempat parking...

3rd-- MPP actually banyak buat keje student kena gak respect diaorang....yang tak join kelab/persatuan mana nak tau MPP buat apa....ni asyik kutuk2 diaorang kenapa korang tak volunter jadi MPP ....cabar student uniten ni....


4th-aku tak sure aaa ni tapi last time i check kat COE takde Wifi( correct me of i'm wrong k) tulis je COE WiFi tapi yang ada connection hanya ada kat COE food court jerk.... what's wrong kalo besarkan range ke seluruh COE..ooohhh nak student pergi ke ITMS kot..takut takde orang pergi sana..kalo itu kesnya, memang narr...

·         solution dia besarkan lagi range WiFi kat COE...


5th- nak mintak bahagian registrar la.....kalo time nak tengok lecterur timetable untuk sem baru...tak leh ke upload dalam info @ moodle....bnyk kali dah kes jadi...lambat tampal la...budak bawak balik jadual la...lepas tuh cari gado dengan akak kat registrar...tak ke

saya sokong amzar,,,
amzar. dlm info ada. tp problem nya kita taktau sapa lecture je ;) just tau time table and section je :D
kira letak skali la semua tuh detail....tuh maksud aku

 

6th- nak minta maaf pada semua yang terasa...tapi actually..ni la
masalah yang kita hadapi kat uniten skang...kalo aku ada pape idea n
pendapat nnti aku suarakan..hoohoho


Monday, 11 January 2010

Parlimen Mahasiswa Uniten??

Asalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

YB. Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju secara dasarnya mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM). Ini berdasarkan laporan akhbar berbahasa Ingggeris semalam yang menyebut usaha ini sebagai memenuhi gagasan 1Malaysia dimana Mahasiswa Didahulukan.

Beliau berpendapat usaha ini akan mewujudkan sebuah pelantar untuk semua pelajar menyuarakan hasrat kapada pihak pengurusan universiti dan Kerajaan.

Rakan-rakan boleh mengetahui lebih lanjut perkara ini di link url seperti berikut

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/4/nation/5406278&sec=nation

Apa yang saya ingin kupaskan disini, Adakah Idea Ini Sesuai Dilaksanakan di UNITEN? Jujur saya katakan...YA dan ianya sesuai dilaksanakan di UNITEN Pusaka Tersayang ini.

Ini berdasarkan pemerhatian saya selama saya menuntut ilmu dan pengalaman disana. Pada awal pembabitan saya di dunia aktiviti pelajar UNITEN, saya amat mempercayai sistem republik yang kuat dimana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sepatutnya mempunyai kuasa eksekutif yang kuat. Ini bertujuan memberikan ruang dan peranan yang kukuh kepada pimpinan MPP terutamanya Presiden MPP untuk merencana dan melaksanakan janji-janji mereka kepada pelajar-pelajar.

Seiring dengan waktu, saya merasakan kuasa eksekutif yang kuat umpama Presiden Amerika Syarikat ini menampakkan ketirisan dan kelemahan. Ini bukan disebabkan kelemahan sistem, akan tetapi individu yang diberi mandat untuk memakmurkan kerusi pimpinan itu. Di negara-negara maju dan sistem strong precidency ini kukuh dan membuahkan hasil, prinsip pengasingan kuasa dan people centric ini menjadikan negara itu kuasa besar dan kuasa ekonomi dunia.

Perlu saya nyatakan disini, tidak semua pimpinan-pimpinan MPP sebelum ini merosakkan sistem ini, ada sesetengahnya memaksimumkan peluang yang diberikan oleh sistem ini dan mencipta kejayaan demi kejayaan didalam perjuangan memartabatkan MPP dan pelajar-pelajar UNITEN seperti Saudara Fairuz Ghani dan Saudara Syafeeq Hashim. Akan tetapi sebahagian besar pimpinan termasuklah pemimpin diperingkat kelompok dan kelab/persatuan kurang menyedari manfaat sistem ini dan mereka lebih senang memandu organisasi mereka seperti sebuah organisasi kecil dan bermotifkan politik populis tanpa memandang jauh kehadapan.

Di samping itu, keadaan ini juga melahirkan pemimpin yang sukar ditegur, kurang peramah dengan rakyat, ’poyo’ dan menganggukkan kepala kepada kuasa atau individu yang bagi mereka berkuasa. Mereka ini tidak lagi mengembalikan diri mereka ke akar umbi, lantas lupa janji dan manifesto yang jeritnya padu sewaktu kempen-kempen pilihanraya.

Alhamdulillah, berita yang secara tidak sengaja disedari semalam mengenai usaha mahasiswa USM di sesi teh tarik bersama YB Menteri KPT mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa sangat bertepatan dengan situasi dunia aktivit pelajar UNITEN. Sistem ini memberikan kembali check and balance kepada organisasi MPP. Ia memberikan alternatif kepada siswa-siswi UNITEN bagi memperbaiki hak pelajar yang jika dibiarkan akan terhakis.

Kewujudan Parlimen yang dianggotai oleh bukan sahaja MPP malah Jawatankuasa Kelompok dan wakil Kelab/Persatuan akan memberikan perencah yang meransang jiwa muda pemimpin kita, ia juga bakal memberikan peluang memperhalusi sesuatu perkara itu dengan teliti untuk kebaikan semua siswa-siswi UNITEN.

Jangan samakan organisasi ini seperi Majlis Presiden Kelab dan Persatuan (MPKP). Majlis ini kurang fungsinya untuk mengetengahkan isu-isu asas pelajar-pelajar. Ianya hanya platfom penyelarasan aktiviti diantara penganjur-penganjur program di UNITEN. Majlis ini kecil skopnya, terbatas otoritinya. Malah ianya dibawah Exco kelab dan Persatuan sebelum ini. Kecil sekali peranannya. Ditambah dengan kurangnya kefahaman ahli-ahli Majlis memanfaatkan kepentingannya menjadikan ia hanya perkara wajib sekadar melepaskan batuk di tangga.

Berbalik kepada penubuhan Parlimen Mahasiswa di UNITEN (InsyaAllah), Ia dapat memberikan asas kukuh untuk siswa-siswi UNITEN melengkapkan diri bagi menyertai kabinet MPP di masa depan. Ia dapat memberikan latihan dan peluang kepada semua untuk memahami keperluan dan kehendak siswa-siswi semasa. Melatih pewaris-pewaris kepimpinan negara kelak, berbahas, membuat penyelidikan, memberikan penerangan, merangka dan memantau polisi. Nah, begitu banyak manfaatnya bukan sahaja kepada siswa-siswi UNITEN malah individu yang menduduki kerusi Parlimen Mahasiswa ini.

Majlis Perwakilan Pelajar juga akan mengalami penambahbaikkan dan penjenamaan yang selama ini mereka dambakan. Saya sedang membayangkan Presiden MPP akan bersoal-jawab dengan semua ahli-ahli Parlimen ini. Sesi wajib seperti yang digunakan di House Of Commons di England atau ’Prime Minister Questions’ akan memberikan ruang siswa-siswi UNITEN mengajukan apa jenis soalan berkaitan kehidupan mereka di UNITEN. MPP juga akan bersedia dengan jawapan-jawapan berkualiti dan bernas. Mereka terpaksa bersedia, membuat penyelidikan, melaksanakan polisi mereka. Bertungkus lulus menjelmakan polisi atau keputusan malah membuat laporan lengkap untuk pihak-pihak berkepentingan di universiti. Suasana yang kondusif dan mesra pelajar akan merealisasikan MPP hamba siswa-siswi.


Apapun, pelaksanaan sistem ini akan melahirkan individu yang berintegriti dan berwawasan. Berkeupayaan menangani kepayahan dan situasi mencabar dan menghasilkan jiwa yang tegas dan berilmu. Ia juga seiring dengan moto UNITEN iaitu Menjana Professional. Pewaris-pewaris ini bukan sahaja berjaya melengkapkan diri mereka dengan ijazah-ijazah mereka, malah menjadi insan yang terbilang dan segala aspek kehidupan seorang professional yang ulung.

Akhir artikel inii, saya ingin menyeru semua, baik siswa-siswi, pemimpin mahupun pihak pengurusan UNITEN terutamanya Timbalan Naib Canselor (HEPAP) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar untuk menilai cadangan ini. Buatlah satu kajian menyeluruh mengenai cadangan ini, dapatkan pandangan professional dari pakar pendidikan, pensyarah-pensyarah malah siswa-siswi UNITEN sendiri untuk mengetahui kesan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang untuk UNITEN, baik siswa dan universiti. Tanyalah pendapat dan kongsikan pandangan. InsyaAllah, jika niat kita semua baik, maka baiklah hasil yang kita usahakan.

Oleh : Panerai
 
^ Scroll to Top