Saturday, 9 January 2010

Bengkel Multimedia PRS UNITEN










Salam alaik.
Bersyukur atas kurniaan nikmat olehNya yang tidak terhingga.
Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberikan, PRS UNITEN telah berjaya menganjurkan Bengkel Multimedia PRS pada 8 Januari 2010.

Pendedahan kepada peserta lebih kepada untuk membuat poster dan banner yang menjadi aset penting dalam mempromosi sesuatu program.

Tahniah kepada penganjur~..^_^

Politik Baru Kampus UNITEN

Pada masa ini, kengkawan kita daripada kampus IPTA sibuk dengan pilihanraya kampus (PRK). Ada yang pro-Mahasiswa, ada yang pro-Aspirasi, ada yang Cap aYam tidak berpihak kemana-mana pihak. Ramai juga yang membantah tentang E-Voting. Dan kita daripada kampus UNITEN sibuk dengan ‘test’, asinmen, dan final year projek (FYP), yang mana yang final sem macam aku.

Topik yang aku ingin hidupkan disini bukan topik yang tidak asing lagi, tapi topik yang biasa diperbincangkan di mana-mana kampus di Malaysia mahupun Indonesia, Politik Kampus Mahasiswa. Busuk sangatkah UNITEN sehinggakan tiada yang sanggup terlibat dengan Kelab dan Persatuan mahupun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)? Tidak sebusuk yang disangka apabila ramai yang mendaftar untuk Unitencup 2010. Sampai ada yang sanggup ponteng kelas sebab semata-mata beralasan “aku ada match petang ni”.

Setelah lama penulis menganalisis, setelah lama MPP dikutuk, tapi tiada suara-suara mana yang membalas dengan lebih berat. Baru ku tahu tahap politik kampus UNITEN yang berada pada tahap 0 a.t.m. Baru ku perasan yang politik kampus UNITEN hanya boleh dihidupkan dengan ‘persamaan’. Yess....Persamaan, bukan ‘perbezaan’ yang di suarakan di kampus-kampus lain.

Persamaan disini, aku namakan politik baru kampus UNITEN. Dimana tiada pihak yang menang, tiada pihak yang kalah sebab kita kecilkan perbezaan, kita tinggikan persamaan.

Penulis tahu, ramai yang tidak suka dengan perkataan ‘politik’ sebab apa? sebab politik kotor, sebab politik jijik, sebab korupsi dalam politik. Tapi yang kata tu sedar tak yang negara, kehidupan, ekonomi MALAYSIA sekarang dikawal oleh politik negara? Stabil politik negara maka stabillah ekonomi negara tersebut. Ramai yang mengimpikan akan ‘grad’ dengan aman dari UNITEN, kerja sebagai Engineer atau Pegawai IT sebagai Robot (tiap-tiap bulan dapat gaji) selama 20 tahun, ada keluarga, ada anak isteri, sudah memadai hidupnya di atas Muka Bumi ini?

Pemikiran yang semacam diatas adalah pemikiran engineer yang sempit. Jadikan UNITEN sebagai pentas politik, jadikan tempat belajar ini tempat yang korang boleh ambil pengalaman semaKsimum Mungkin sebelum korang grad dan TERbergelumang dengan politik yang sebenar yang mengawal hidup korang, anak cucu korang nanti. Betul jika dikatakan yang ijazah yang korang ambil di UNITEN bukannya ‘sains politik’ tetapi kejuruteraan ataupun IT ataupun banking, tetapi apa yang penulis cakapkan ini bukannya bersifat akademik, tetapi sebahagian daripada kehidupan kita.

Penulis bukan mengharapkan UNITEN akan menjadi tempat penguatkuasaan AUKU, tetapi sebagai tempat belajar mengenai kehidupan. Kesedaran yang kehidupan dan politik tidak dapat dipisahkan cuma namanya mungkin lain, mengikut tempat, ada yang menggelarnya siasah kampus supaya bunyinya ‘baik’ sedikit.

Berbalik kepada Politik Baru Kampus UNITEN, siapa aku untuk mencipta politik baru kampus ini? Tidak, aku bukan dewa yang bakal mengubah segalanya. Korang (Unitenians), unitenians bukannya penalist unitenkini, tetapi seluruh pelajar UNITEN yang bakal mengubah masa depan korang sendiri. Kenapa perlu diubah? Sebab politik kampus uniten sudah membusuk hingga ke usus. Sama ada MPP yang sedia ada bersedia untuk berubah menjadi ‘berfikir diluar kotak’ untuk kebaikan kelab-kelab dan pelajar-pelajar UNITEN, ataupun MPP yang sedia ada berfikir dalam ‘loop’ korang dan menunggu untuk pemilihan MPP yang seterusnya dalam 7-8 bulan lagi.

1) Aku mencadangkan setiap presiden kelab terlibat secara langsung dalam MPP sebagai Majlis Penasihat MPP (senang untuk mendapatkan suara unitenians secara kolektif).

2) Juga memikirkan kuasa MPP dibesarkan sehingga boleh menjadi ‘majlis bertindak’ jika ada apa-apa kes yang berat sebelah, sama ada berat ke arah HEP ataupun mana-mana kuasa besar.

3) Perjuangan MPP selepas ini bukan bersifat ‘individual’ tapi bersifat kesejagatan yang memberi manfaat kepada semua dalam majlis MPP dan pelajar UNITEN.

4) MPP memperjuangkan agenda kebajikan secara bersama. Bukan MPP yang membentuk MPP tetapi MPP dibentuk oleh suara mahasiswa UNITEN.


“Bukan setiap yang diketahui wajar diperkata, bukan setiap yang diperkata telah sampai masa, dan bukan setiap yang telah sampai masa, dihadiri oleh orang sepatutnya!”

Thursday, 24 December 2009

Gangguan elektrik di UNITEN kampus Putrajaya

Mukim Sepang, 24 Disember 2009- Unversiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah mengalami gangguan bekalan elektrik di sini pada semalam hari. Kejadian tersebut berlaku sejak awal pagi, iaitu jam 8.00 pagi hinggajam 11.00 pagi. Walau bagaimanapun, gangguan elektrik tidak berkekalan kerana selepas 11.00 pagi bekalan elektrik pulih kembali. Namun tidak semua bangunan yang mendapat kembali bekalan elektrik kerana bangunan perpustakaan dan bangunan kolej IKAL masih bergelap sehingga waktu malam.

Menurut seorang juruteknik UNITEN, masalah tersebut berpunca daripada seekor cencorot yang dikatakan menggigit salah satu wayar di penjana utama UNITEN yang membekalkan elektrik ke seluruh bangunan di UNITEN.

Kesan daripada peristiwa gangguan elektrik tersebut, banyak kelas yang bermula seawal jam 8.00 pagi terpaksa dibatalkan oleh pensyarah masing-masing akibat tidak dapat menggunakan komputer dan ‘projektor’ serta perisian di makmal-makmal sains dan kejuruteraan.

UNITEN generates profesionals, what about electricity?

University Tenaga Nasional might be the daughter of TNB but blackout do occur here too. It is really ironic how a power-related university runs out of power. It's nothing special but its just amazing.

Sunday, 13 December 2009

Kem Rakan Exco 2009




Butiran

- tarikh : 18-20 disember2009
- tempat : Riverstone Eco Resort
- bayaran : RM 35.00 (ahli)
RM 45.00 (bukan ahli)

JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KREX 3!

ajak semua kawan-kawan yang ada...!

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan!!!
- RAKIT TIUB
- NIGHT WALK
- DAN BANYAK LAGI!

OBJEKTIF

1) Memberi latihan dan pendedahan kepada rakan exco tentang Pembimbing Rakan Sebaya

2) Berkongsi pengalaman dan pengetahuan selaras dengan slogan "WE CARE , WE SHARE"

3) Membentuk ukhwah yang mantap tanpa mengira asal-usul seseorang di dalam persatuan

4) Sebagai wadah peserta untuk menunjukkan potensi diri untuk dipertengahkan oleh PRS

5) Mencari pelapis kepimpinan PRS dengan menyerapkan peserta ke dalam exco-exco untuk diberi pendedahan menganjurkan pelbagai program selain meningkatkan
softskill.


untuk pendaftaran
: yaya (0179627576)
: zaza ( 0133941076)


segala pertanyaan
- mahlil (0177465935)
ym:puterakuda@yahoo.com

Saturday, 12 December 2009

4on4 Volleyball Competition

This Friday, 18th December 2009, UNITEN VOLLEYBALL CLUB will be organizing a 40n4 Volleyball Competition. Thus far, 12 teams have registered. Anyone interested can still contact Syazwan or Hwa Xi. Their contact numbers can be found at posters in your respective hostel. Or you can just post a comment here or send me an e-mail, and I will be more than glad to provide you the necessary details and contact person.

For those who are not interested to join, you are welcome to support and join in the fun at the volleyball court (behind Multi Purpose Hall @ DSS). Great prizes await the winners. So spread the news and come support your favorite team play in this mixed event.

Friday, 11 December 2009

UNITEN PPOU STUDENT ACCEPTED TO CORNELL

The PPOU Program in IKAL has been ongoing for quite some years. It holds an unbelievably splendid track record with students being accepted to top universities in the United States like MIT, Harvard, Princeton, Carnegie Mellon and so on.

This morning, Iswari Nallisamy juz received confirmation of her acceptance to Cornell class of 2014. Iswari applied for an Early Decision about a month ago. Her acceptance to this prestigious Ivy League school has proved once again that UNITEN is indeed one of the top universities in Malaysia in terms of overseas preparation program.

I would like to express my heartiest congratulation on behalf of all UNITEN students to Iswari Nallisamy. As the first student in UNITEN this year and probably the first in the whole of Malaysia to be accepted this year, Iswari has certainly set the benchmark high.
 
^ Scroll to Top